3 Jul 2009

Rumahku Bukan Rumahku (Bandar Bukit Raja | Klang)


Inilah rumah saya dan kereta kesayangan saya. Rumah yang memang milik saya, tapi terpaksa disewakan sebab kami sekeluarga dok di KT ni. Mula- mula ingatkan husband akan dapat promotion kat area Selangor/ KL/ Putrajaya... rupanya dapat nun di KT. Tapi, tak apalah dah rezeki kami sekeluarga memang di sini. Rumah ni saya sewakan kepada pharmacist juga, dan kebetulan lak jiran sebelah rumah pun pharmacist juga. Macam tak berkembang je social networking saya nih..

Ini plak pandangan daripada dalam rumah mengarah ke luar. Depan rumah saya adalah padang permainan, jadi kiranya privacy juga. Sekarang ni, kawasan lalang tu dah ditanam dengan rumput mutiara... Saya ingatkan murah aje rumput mutiara ni, sebab pikir lambat panjang dan tak perlu trim, rupanya upah tanam dan pasang RM450, pergh... rumput je kan sebenarnya. Itulah kereta MyVi ku yang disayangi kerana tidak membebankanku tiap- tiap bulan.

Ini plak bahagian belakang rumah. Developer Sime Darby dah simenkan siap- siap sampai belakang habis. Jadi bagi yang tanam niat nak bercucuk tanam, lupakan saja. Ini tempat nak letak mesin basuh dan menjemur baju. Tak payah pasang awning, sebab memang dah berbumbung sampai ke hujung (no additional cost kepada pembeli). Ramai gak owner lain yang sambung dapur sampai belakang, so pecahlah bahagian dapur ni.

Ni area ruang tamu. Macam biasalah, rumah teres sekarang ni, ruang tamu berkongsi dengan ruang makan sebab dapur kecik. Tapi, kalau meja makan 4 seater, boleh aje letak di bahagian dapur. Kena pandailah susun aturnya... Nampak tak bantal golek Amin tu?

Ni plak tangga dari pandangan ruang tamu dan stor bawah tangga. Bagus jugak stor bawah tangga ni. Boleh letak barang- barang yang jarang digunakan. Sebenarnya tak sempat nak snap gambar bilik semua sebab bateri kamera dah habis. Apapun, haraplah penyewa boleh jaga rumah ni dengan baik dan buat macam rumah sendiri.

Adios!


***********ADVERTISEMENT***********


1 ulasan:

Nina Rizwina berkata...

yati..at last dapat gak tgk rumah baru awak w/pun tak duduk..heheh..cantik la rumah tu...sayangnye sewa kat org,..tp apa nk wat kan..takpe la..tawakkal jer la penyewa tu jaga elok2..mmg cantik la...hehheh...