19 Jan 2013

Sesi Pembelajaran Rasmi Bermula

      Ahad ini iaitu 20 Januari 2013 bermulalah sesi pembelajaran secara rasmi bagi Amin di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1. Ini kerana Amin akan mengikuti Jadual Waktu yang telah diberikan. Jika sebelum ini hanya pembelajaran tak formal iaitu sesi pengenalan kepada persekolahan.
      Jika sebelum ini waktu rehat pada 9.00 pagi dan balik pada 12.30 tengahari tapi kali ini dah berubah ke kepada masa yang telah ditetapkan dalam jadual. Selain dari jadual ditunjukkan di atas, Amin juga dikehendaki mengikuti sesi solat Zohor berjemaah pada setiap hari Isnin iaitu hari untuk pelajar-pelajar tahun 1.
      Pada masa ini mak dan abah masih tak tahu keseluruhan jadual yang diberikan kerana nama matapelajaran hanya diberikan mengikut kod sahaja. Yang dah pasti BM untuk Bahasa Melayu, BI untuk Bahasa Inggeris, MT untuk matematik, PH untuk perhimpunan, PJK untuk Pendidikan Jasmani, BA untuk Bahasa Arab dan Rehat je. Bagi kod TQM, PK, TS, DSV, DSDT dan DM masih blur. Mungkin dalam beberapa hari lagi boleh lah tahu kot.
      Susunan kedudukan meja juga telah berubah. Jika sebelum ini Amin berada di barisan kanan hadapan kelas tapi kali ini Amin berada di bahagian tengah kelas. Susunan juga diselang seli lelaki dan perempuan. Mungkin nak elakkan pelajar membuat bising kot. Tak kisahlah macamana pun kedudukan kelas, yang penting Amin seronok untuk bersekolah dan rajin belajar.

9 Jan 2013

Hari Pertama Amin Ke Sekolah

      1 Januari 2013 tercipta sejarah buat RIS-FAMILI apabila Amin menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu untuk memulakan sesi persekolahan. Bersemangat Amin untuk ke sekolah. Tak perlu dikejutkan bangun pagi sebab Amin sendiri yang terjaga sendiri malah kira-kira pukul 5 pagi pun dah terjaga dan bertanyakan samaada dah boleh bangun bersiap pergi sekolah.
      Bagi meraikan Amin memulakan sesi persekolahan maka mak dan abah serta Humaira bercuti bagi menghantar dan menemani Amin di sekolah. Alhamdulillah bila lihat Amin dah boleh menyesuaikan diri dalam kelas. Tambahan pula ada kawan yang sama satu tadika turut ada dalam kelas dengan Amin. Dua minggu pertama di sekolah adalah sesi penyesuaian dan tak ada jadual khusus lagi untuk diikuti. Rehat dan balik pun ditetapkan lebih awal dari pelajar-pelajar lain bagi membiasakan diri dengan persekitaran sekolah.
      Baju dan seluar adalah sama seperti sekolah lain, hanya kasut dan stokin je yang lain iaitu warna hitam. Disebabkan dah beli kasut dan stokin putih, jadi pakailah juga tapi tetap beli sepasang kasut hitam untuk Amin supaya dia tak rasa lain dari kawan-kawan. Pakai selang-seli minggu.
      Hari pertama abah dan mak pantau di sekolah kira-kira 70 peratus dari masa persekolahan, hari kedua pantau waktu rehat dan balik manakala hari ketiga abah pantau dari jauh je (Amin tak tahu) masa rehat dan balik. Alhamdulillah Amin berjaya menyesuaikan diri dan harap-harap berterusan.
Sesi Taklimat pada 29 Disember 2012

Senarai Nama Rakan Amin

Amin Diletakkan Dalam Kelas 1 Aktif

Cikgu Yang Menjadi Cikgu Kelas Bagi Tahun 1. Cikgu Amin 4 Dari Kanan

Amin Bersemangat Untuk Ke Sekolah

Amin Tak Sabar Nak Belajar

Belajar Rajin-Rajin Ya Abang - Humaira Nasihatkan Abang Amin

Amin Pilih Meja Paling Depan. Satu Meja Dengan Ali Imran dan Azim.

Cikgu Kelas Amin Sedang Memberi Penerangan. Nama Cikgu : Cikgu Zuraida

Beratur Untuk Pergi Ke Kantin

Masa Rehat. Makan Bekal Yang Mak Sediakan

Mak Memantau Amin Dari Luar Kelas

      Sebanyak 8 kelas dibuka untuk Tahun 1 dan dalam kelas Amin ada seramai 32 orang murid. Bilangan murid lelaki dan perempuan hampir seimbang. Jadual belum dikeluarkan lagi jadi tak tahu lagi jadual yang akan diikuti oleh Amin nanti. Sekarang ni kelas bermula pukul 7.30 pagi, rehat pada 9.00 pagi dan balik pada 12.30 pagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails