24 Feb 2016

Tempat Penyimpanan Alatulis | Kitar Semula

Projek kitar semula kali ini diteruskan dengan menggunakan lebihan kotak yang telah digunakan untuk projek kitar semula akuarium ikan (klik sini untuk baca). Kalau akuarium menggunakan bahagian utama kotak iaitu bahagian bawah, projek kali ini menggunakan lebihan penutup kotak pula. RIS-FAMILI kitar 100% kotak kasut.
Jika projek akuarium ikan, Amin meminta idea dari abah maka projek kali ini pula Amin joint venture bersama-sama mak. Tambahan pula bahan-bahan sampingan akan menggunakan bahan kitar semula dari dapur.
 Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah penutup kotak kasut, gam, gunting, kertas pembalut, tali reben dan barangan hiasan. Yang penting sekali adalah bekas/botol yang tidak lagi digunakan. Mak menggunakan botol susu Husna semasa kecil yang tidak lagi digunakan. Juga bekas jem kacang yang telah dicuci.
 Caranya mudah dan mengikut kreativiti sendiri. Mula-mula potong kertas pembalut mengikut saiz penutup kotak. Gamkan kertas tersebut kesemua bahagian kotak tersebut. Kemudian tebuk lubang pada bahagian atas dan letakkan tali reben mengikut panjang yang dikehendaki.
 Tampalkan hiasan yang ada. Untuk projek ini, manik-manik berwarna merah menjadi pilihan. Selain menjadi hiasan, manik-manik ini juga berfungsi sebagai penahan untuk mengelakkan bekas dari tergelincir terkeluar dari tempatnya.
 Akhir sekali letakkan bekas/botol ke dalan penutup kotak tersebut. Isikan alat tulis yang ada.
Tempat penyimpanan ini boleh digantung di dinding semasa tidak digunakan dan diletakkan di di meja semasa menggunakannya, Barulah nampak kemas.

SELAMAT MENCUBA

15 Feb 2016

Happy Birthday | Flashback Birthday Humaira @ 4 Tahun


 Imbas kembali gambar 2015 lalu kerana terlupa nak update pada Februari lalu. Jadi walaupun dah terlambat setahun, kena update juga sebab ini kan online diary.
Sambutan birthday ke 4 juga dibuat disekolah sebab hari birthday jatuh pada hari sekolah. Lagipun kawan-kawan ramai untuk sama-sama meraikannya di sekolah. Sambut dengan kawan lebih meriah dan kawan-kawan pun boleh tumpang makan kek.
Ini masa Humaira dikelilingi oleh boyfriend-boyfriend yang sekelas dengan Humaira. Nampak diorang dah tak sabar nak makan kek birthday Humaira.
Ini pula kawan-kawan perempuan yang sekelas dengan Humaira. Comel-comel semuanya terutama sekali yang menyambut birthday.
Cikgu kelas Humaira pun nak bergambar bersama birthday girl. Sambil bergambar bolehlah cikgu bagi hadiah. Besarnya hadiah tu.
Salah satu agenda sambutan birthday adalah makan kek. Mmmm sedapnya kek coklat ni. Tapi tak sempat nak ajak akak-akak dan abang-abang semua sebab kawan Humaira dah makan kesemuanya.

12 Feb 2016

Happy Birthday | Humaira Kini 5 Tahun

Pada 11 Februari 2016 lalu adalah hari ulangtahun kelahiran Humaira yang ke 5. Jadi mak dan abah telah menempah kek untuk majlis hari dan tahun ini sambutan hari jadi di buat di Tadika. Kek di atas adalah kek pilihan Humaira sendiri. Masih ada aura Frozen lagi walaupun dah lama cerita tu.
Inilah kawan-kawan Humaira di tadika. Disebabkan cuti sekolah (cuti tadika juga) selama seminggu sempena Cuti Raya Cina, hanya seramai ini saja kawan-kawan satu kelas dengan Humaira di tadika.
Humaira bersama salah seorang kawan baik di tadika. Nama kawan Humaira ini adalah Khalisa. Kebetulan dia pun pakai baju gambar Frozen.
Ini pula cikgu kelas Humaira dan dikenali sebagai Teacher Mira. Teacher Mira memberi hadiah birthday sempena birthday Humaira. Terima kasih teacher.
Sebelum hadiah dibuka dan kek dipotong, Humira bergambar dulu. Seperti biasa, banyak cerita yang diberitahu selepas Humaira balik ke rumah. Suka mak dan abah tengok Humaira gembira sambut birthday. Semoga Humaira membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam kehidupan.

9 Feb 2016

Jom Berbasikal

Awal bulan November yang lalu, mak dan abah membawa Amin untuk membeli basikal baru memandangkan basikal yang ada tidak lagi sesuai dinaiki oleh Amin disebabkan Amin dah semakin besar.
 Jadi abah dan mak membawa Amin ke kedai yang biasa mak kunjungi. Kedai ini merupakan kedai lama yang telah ada sejak mak kecil lagi malahan basikal mak masa kecil dulu pun dibeli di sini.
 Inilah basikal pilihan Amin setelah Amin rambang mata untuk memilih basikal disebabkan ada banyak pilihan. Selepas pembelian selesai, Amin bergambar dulu bersama taukeh kedai.
 Petang hari yang sama juga Amin mengajak abah dan mak untuk ke taman untuk mencuba basikal baru. Buat permulaan agak sukar juga untuk Amin memgayuh basikal ini disebabkan sebelum ini basikal Amin rendah. Tapi lama-lama dah cekap. Cepat betul Amin menyesuaikan diri.
 Si kakak Humaira pun tak mau melepaskan peluang untuk turut berbasikal kerana Humaira juga telah ada basikal yang turut dibeli di kedai yang sama. Tapi basikal Humaira telah lama dibeli.
Ehhh. Mak pun tak melepaskan peluang mencuba mengayuh basikal baru Amin. Cam tu, kena berkongsi basikal la Amin dengan mak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails