24 April 2025

SPM : Terbaik SMKA Malaysia & Terbaik Negeri Perak 2023

Hari ini keluar keputusan peperiksaan SPM 2024. Tahniah kepada Akademi Sains Pendang dan SBP Integrasi Gombak memperoleh nilai GPS bawah 1.0

Sempena masih panas 🔥🔥🔥 bercerita tentang keputusan SPM ni, tetibe rasa nak flashback pencapaian Abg Amin masa ambil SPM tahun 2023 lalu. Masa tu, online diary ni sejuk membeku tak berupdate.

Walaupun Abg Amin menduduki peperiksaan dalam keadaan bertongkat kerana tulang kaki retak sebelum SPM bermula, kesungguhan Abg Amin mengatasi kesakitan amat membanggakan RIS-FAMILI.

Abg Amin berjaya mendapat 10A dan seterusnya membantu SMKA Sultan Azlan Shah merampas kedudukan terbaik SPM negeri Perak dan Mengekalkan kedudukan SMKA terbaik Malaysia bagi tahun 2023. Alhamdulillah & Tahniah.

Lepas ambil result... Terus RIS-FAMILI vrooommm bercuti bawa Abg Amin bercuti.

Tiada ulasan: