21 Dis 2013

Kenduri Kahwin Anak Saudara

Hari ini RIS-FAMILI menghadiri majlis kenduri perkahwinan anak saudara di Seberang Perak. Selamat Pengantin Baru RIS-FAMILI ucapkan kepada Khairul Nazreen dengan pasangannya iaitu Fadhilla. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke syurga. Welcome Fadhilla to our family.
Ini adalah 'sepupu ipar' pertama buat Amin dan Humaira. Juga merupakan anak saudara pertama yang berumahtangga bagi mak dan abah bagi kedua-dua belah famili.

8 Dis 2013

Jom Renang | Kompleks Akuatik Negeri Terengganu

Dah lama rasanya RIS-FAMILI tak pergi mandi di kolam renang. Selalunya RIS-FAMILI ambil kesempatan bila berkursus atau bercuti di hotel. Pantang nampak kolam renang, mulalah Amin nak pergi mandi. Tapi memandangkan dah lama tak ke hotel, jadi RIS-FAMILI mengambil peluang untuk mencuba mandi di kolam renang yang terletak berhampiran Pantai Batu Buruk iaitu ke Kompleks Akuatik Negeri Terengganu yang RIS-FAMILI lebih mesra panggil Kompleks Renang Batu Buruk. Kompleks renang ni adalah kompleks rasmi bagi acara renang dan sukan berasaskan air masa Terengganu jadi tuan rumah SUKMA tahun 2008 lalu.
Bayaran masuk adalah RM4.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak. Terdapat pengasingan kolam renang untuk kanak-kanak, lelaki dewasa dan wanita dewasa. Tapi yang tak bestnya, ibubapa yang nak masuk untuk mengawasi anak-anak mandi pun akan dikenakan bayaran walaupun hanya duduk di tepi kolam.
Waktu dibuka adalah setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang. Dan dibahagikan kepada 3 sesi. Kalau nak sambung ke sesi berikutnya, kena la tambah bayaran lagi. RIS-FAMILI memilih sesi ketiga iaitu bermula pukul 5.00 petang iaitu selepas solat Asar. Lagipun waktu ni dah tak begitu panas maklumlah kawasan kolam tak berbumbung.
Inilah aksi Amin dan Humaira mandi kolam dan mak tak melepaskan peluang masuk sekali dalam kolam walaupun tak mandi, maklumlah dah kena bayar. Ramailah juga kanak-kanak lain turut bersama dalam sesi renangan kali ini. Walaupun hanya mandi di kolam kanak-kanak, pelampung tetap dipakai bagi tujuan keselamatan.
Selepas sejam bermain air, tibalah masa untuk balik. Lihatlah betapa cerianya Amin dan Humaira dapat bermain air kali ini. Dan seperti biasa Amin bagitahu nak datang lagi mandi di sini. Baiklah Amin, In Sha Allah nanti bila ada kelapangan kita datang sini lagi.



***********ADVERTISEMENT***********