Memaparkan catatan dengan label Taiping. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Taiping. Papar semua catatan

12 Disember 2019

Santai di Taman Tasik Taiping

Lokasi : Taman Tasik Taiping
Tarikh : 15 September 2019








RIS-FAMILI banyak kali ke Taman Tasik Taiping tapi tak pernah letak entri berkenaan Taman Tasik Taiping. Kali ni letak juga tapi hanya berkenaan taman permainan kanak-kanak kerana kakak Ira dan Una nak bermain gelongsor dan buaian.
Sebenarnya banyak lagi kawasan-kawasan menarik di Taman Tasik ini tapi disebabkan kesuntukan masa kerana perhentian kali ini hanyalah secara mengejut dalam perjalanan balik dari rumah Tok Besah ke Ipoh.
Lokasi ini adalah antara lokasi wajib disinggah oleh para pelancong yang datang ke Taiping selain Zoo Taiping yang juga berada di kawasan ini. Terdapat juga dikawasan yang sama adalah Muzium Taiping, Kawasan Perkelahan Burmese Pool, Penjara Taiping dan Bukit Larut.


***********ADVERTISEMENT***********

24 Mac 2017

Cuti-cuti Malaysia - Ecopark

Cuti sekolah baru ni @21.3.17, RIS-FAMILI sekadar bercuti secara jimat kos. Tempat yang menjadi pilihan adalah Spritzer Eco Park
Nak tau sebab apa percutian jimat kos? Tengok gambar kat atas ni. Yesss... free entrance je.
Lokasinya adalah seberang jalan je dengan kilang memproses air mineral spritzer / cactus. Tak jauh dari bandar Taiping.
Tak la begitu luas tapi redup je sebab dipayungi oleh pokok. Antara tarikan adalah 'cactus rock', sudut 'forever love', kawasan mini golf (free je kalau nak main, alatan bawa sendiri) dan pemandangan yang menarik.
Bagi RIS-FAMILI sesuailah untuk bawa famili bersantai memandangkan terletak dalam lokasi nak balik kampung. Tapi kalau semata-mata dari jauh nak ke sini saja macam tak berbaloi pula kerana tak la besar mana taman ini. Namun jika dah ada di Taiping, apa salahnya terus ke sini.

15 April 2016

Flashback | Sepupu @ Zoo Taiping 2011

      Imbau kembali kenangan Amin bersama-sama sepupu Amin sebelah abah melawat Zoo Taiping pada 22 Disember 2011. Masa tu Humaira masih kecil jadi tak de dalam gambar ni. Ini merupakan minggu-minggu akhir sebelum Amin masuk darjah 1. Selain RIS-FAMILI sekeluarga, lawatan ini turut disertai oleh sepupu Amin iaitu Along Muhammad, Kak Ayu dan Kak Aya. Abah ditugaskan mengawasi Amin dan sepupunya dan mak menjaga Humaira yang ditolak dalam stroller. Antara gambar yang sempat dikongsi dan disimpan dalam blog ini.
Bergambar di Papan Tanda Zoo sebelum masuk
Aksi bersama haiwan
Ronda-ronda sampai penat
Sebelum balik, bermanja-manja dengan replika haiwan.

27 Mei 2012

Asrama S.M. King Edward VII, Taiping | Reunion

Selepas 20 tahun meninggalkan Asrama Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping, maka pada 5 Mei 2012 lalu, abah telah kembali semula ke asrama K.E. VII. Ini disebabkan adanya reunion pelajar asrama K.E. VII pada tarikh tersebut. Reunion yang dihadiri kali ini adalah reunion yang dijalankan secara rasmi dan juga reunion secara tak rasmi bagi batch abah.
Bagi reunion rasmi ini adalah kali kesepuluh dan terbuka kepada semua bekas penghuni asrama tak kira tahun bila namun bagi abah ini adalah kali pertama join. Aktivitnya dibuat secara formal dari pagi ke malam iaitu mesyuarat agung, bacaan yassin, perlawanan outdoor / indoor dan majlis makan malam bersama pelajar asrama. Manakala bagi aktiviti secara tak formal pula adalah untuk bekas pelajar yang sama batch dengan abah je. Aktivitinya pun tak formal seperti borak-borak, bergambar dan menjamu selera di kedai yang sering dikunjung masa student dulu.
Antara kawan abah yang satu batch
Pada asalnya abah hanya ingin join aktiviti yang melibatkan batch yang sama je tapi disebabkan tempat reunion adalah sama dengan yang rasmi jadi kena join jugalah yang rasmi. Yang rasmi bermula lewat pagi dan berakhir malam tapi abah join sampai pukul 2 petang je.
Antara aktiviti yang sempat di join dan diambil gambar.
# Aktiviti Reunion Bekas Pelajar Asrama King Edward VII diadakan setiap tahun pada setiap Sabtu pertama bulan Mei di Asrama S.M.K.E. VII, Taiping. Semua bekas pelajar dijemput hadir.


***********ADVERTISEMENT***********