14 Mei 2017

Little Caliph Ocean Sport Day

6 Mei 2017 lalu tadika kakak ada menganjurkan sukaneka yang dinamakan Ocean Sport Day. Walaupun namanya ocean, majlis tersebut tak dibuat di laut mahupun di kawasan berair.
Sukaneka ni dijalankan di dalam dewan PBSM berdekatan Stadium Perak. Selain sekolah kakak kat Little Caliph Al-Ameen, Little Caliph Taman Idris pun turut serta.
Jadi pertandingan adalah antara sekolah kakak melawan sekolah satu lagi. Pertandingan yang ada adalah kategori 4 tahun, 5 tahun, 6 tahun, bekas pelajar dan ibu bapa.
Disebabkan kategori ibu bapa mendapat sambutan hangat jadi mak abah bagi bagi peluang orang lain sertai sukaneka ibu bapa. Kakak Humaira sertai kategori umur 6 tahun dan berjaya dapat pingat. Tahniah kakak.
Selepas selesai sukaneka, ada kejutan untuk ibu bapa dan kanak-kanak. Kemunculan maskot bumble bee membuatkan dewan kecoh seketika. Semua kanak-kanak bertempiaran mengejar bumble bee. Tengoklah gambar di atas ni. Untuk meredakan keadaan, semua diberikan peluang bergambar dengan bumble bee tapi secara beramai-ramai la. Jadi la.
RIS-FAMILI bagi 5 ☆☆☆☆☆

10 Mei 2017

Cuti-Cuti Perak : Taman Rekreasi Gunung Lang

Cuti Wesak orang lain beraya atau melancong ke Langkawi, RIS-FAMILI merayau-rayau jalan kat Taman Rekreasi Gunung Lang je. Ada la juga bunyi Lang. Ingatkan tak ramai orang, rupanya ramai la juga.
Aktiviti yang mula-mula sekali RIS-FAMILI buat kat sini adalah bagi makan ikan. Roti dah dibawa dari rumah. Besar-besar ikannya. Banyak pulak tu.
Dah puas melayan ikan, RIS -FAMILI gi naik bot untuk ronda-ronda atas air. Ok la gak harga tiketnya, RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak.
Sampai je bot di taman di seberang, RIS -FAMILI turun dulu ronda. Ada gak yang tak turun. Kat sini banyak gak tarikannya, ada rusa, burung unta, ayam, monyet, pelbagai burung, taman permainan dan 3 biji rumah tradisional untuk bergambar.
Ni antara dua haiwan yang jadi tumpuan. Macam mini zoo la. Husna dan Kakak Humaira suka sangat la tengok haiwan sampai kena pujuk banyak kali untuk pergi tempat lain pula.
 Sesuai dengan namanya, ada la mural gambar helang kat satu tembok yang ada. Ceria je mural tu, sesuai sangat nak bergambar. RIS-FAMILI pun bergambarlah jugak.
 Aktiviti terakhir sebelum naik bot untuk ke stesen asal adalah membiarkan Abang Amin, Kakak Humaira dan Adik Husna bermain di taman permainan yang ada. Lepas tu baru lah naik bot semula. Tiket yang beli tadi boleh digunakan untuk pergi dan balik.

30 Mac 2017

Pindah Terengganu ke Perak

Pertengahan Disember 2016, abah mendapat surat memberitahu permohonan pindah ke Perak telah diluluskan. Alhamdulillah.
Memandangkan Mak, Amin, Husna dan Humaira memang telah berada di Perak jadi masa mengangkat barang Abah uruskan berseorangan di Terengganu.
Emak telah menolong mengemas barang sebelum emak berpindah tempat tugas ke Perak pada bulan Julai 2016 lalu. Mana-mana barangan yang dijangka tidak digunakan oleh abah atau barang-barang yang tak begitu penting, mak telah masukkan ke dalam kotak. Jadi masa nak angkat barang, dah tak banyak barang perlu dikemas.
Ada beberapa barangan perabot yang dijual memandangkan tidak akan digunakan bila balik Perak. Jadi 1 set meja makan, 4 unit almari, 1 unit kolah mandi, 1 rak bertingkat, 1 almari dapur dan 1 meja dapur gas dijual. Memang laris, tak sampai sehari diiklankan di facebook, bertalu-talu peminat bertanya. Jadi boleh jiimat ruang lori masa angkat barang.
RIS-FAMILI menggunakan khidmat lori yang dicari melalui online. Turut ditambah adalah 3 orang untuk mengangkat barang di Terengganu dan menurunkan barang di Perak. Tapi servisnya tak begitu memuaskan.
8.3.16 lori datang pada 2.00 petang untuk mengambil barangan untuk dimuatkan ke dalam lori. Dan ketika proses mengangkat, hujan lebat baru reda tapi masih rintik. Barang terpaksa juga diangkat sebab abah dah beli tiket untuk balik Perak pada malam tu.
9.3.16 lori sampai Perak dalam pukul 9.00 pagi. Mak dah minta Cikgu Izzul dan seorang ex opis mak untuk membantu semasa barang sampai. Proses memunggah barang selesai dalam 12 tengahari. Alhamdulillah selesai proses pindah barang.
SELAMAT TINGGAL TERENGGANU. Hampir 8 tahun di sana. Kenangan di Terengganu takkan kami lupakan.

28 Mac 2017

Downtown Meru Raya, Ipoh

Hujung minggu baru ini, RIS-FAMILI bersantai ke Downtown Meru Raya yang baru sahaja dibuka. Cadangannya hanya nak window shopping je sbb nak tengok juga apa aktiviti dan barangan yang dijual. Lokasinya tak jauh dari rumah iaitu berhampiran bulatan Meru Raya,
Antara barangan yang dijual adalah pakaian, kosmetik, mainan dan turut terdapat juga perkhidmatan menggunting rambut dan urutan tapak kaki.
Parkir ada disediakan tapi rasanya perlu ditambah kerana tidak mencukupi terutamanya semasa cuti umum dan cuti persekolahan.

24 Mac 2017

Cuti-cuti Malaysia - Ecopark

Cuti sekolah baru ni @21.3.17, RIS-FAMILI sekadar bercuti secara jimat kos. Tempat yang menjadi pilihan adalah Spritzer Eco Park
Nak tau sebab apa percutian jimat kos? Tengok gambar kat atas ni. Yesss... free entrance je.
Lokasinya adalah seberang jalan je dengan kilang memproses air mineral spritzer / cactus. Tak jauh dari bandar Taiping.
Tak la begitu luas tapi redup je sebab dipayungi oleh pokok. Antara tarikan adalah 'cactus rock', sudut 'forever love', kawasan mini golf (free je kalau nak main, alatan bawa sendiri) dan pemandangan yang menarik.
Bagi RIS-FAMILI sesuailah untuk bawa famili bersantai memandangkan terletak dalam lokasi nak balik kampung. Tapi kalau semata-mata dari jauh nak ke sini saja macam tak berbaloi pula kerana tak la besar mana taman ini. Namun jika dah ada di Taiping, apa salahnya terus ke sini.

16 Feb 2017

Kakak Kini 6 Tahun

Selamat hari jadi kakak. Jika sebelum ini sambutan diraikan di Tadika Rossa, Kuala Terengganu namun kali ni sambutan di sekolah baru iaitu di Little Caliph sebab dah berpindah. Tiada pula.gambar sambutan untuk dikongsikan kerana pihak sekolah tak ambil gambar.
 
Selain sambutan di sekolah, sambuatan juga dibuat di rumah. Sekadar beli kek dan roti canai. Lepas makan roti canai baru makan kek. Tak dilupakan kek juga dihantar ke rumah tok di Ipoh dan tok di Selama.
Semoga Kakak Humaira Soleha membesar sihat dan menjadi anak yang solehah. Menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin..

31 Jan 2017

Banjir Datang Lagi

Awal tahun 2011 lalu, rumah yg Ris-Famili tinggal dilanda banjir. (Klik utk baca). Hampir 6 tahun selepas itu tiada banjir berlaku di rumah.
Ingatkan sebelum pindah keluar Kuala Terengganu dah tak kena banjir. Tapi sangkaan meleset. Hujan yg tak berhenti-henti sejak dari malam 25 Nov 2016 melimpahkan air yg banyak menyebabkan longkang tidak dapat menampung air. Hasilnya pagi esoknya semasa abah di opis, pemilik rumah sewa menelefon bgtau air dah naik. Bergegaslah abah kesorangan dalam hujan lebat balik dan meredah air banjir utk menyelamatkan barang. Syukurlah barang2 banyak dah dimasukkan dlm kotak dan diletakkan di tingkat atas.
Sebenarnya mak, Humaira dan Husna dah berpindah ke Ipoh sejak Julai 2016 lagi. Hanya tinggal abah dan Amin je yg masih berada di  Terengganu. Tapi masa kejadian banjir kali ini Amin pun dah dihantar balik ke Ipoh sebab cuti persekolahan akhir tahun.
Jika dibandingkan banjir kali ini dengan banjir tahun 2011 lalu, kedua-duanya hampir sama ketinggian airnya. Dalam rumah hanya bahagian dapur dan bilik depan sahaja yg dimasuki air banjir kerana binaannya agak rendah berbanding binaan bahagian lain
Hampir tengahari, banjir pun surut apabila hujan mulai reda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails