Pada 11.11.17 lalu, RIS-FAMILI telah melawat Muzium Coklat yang terletak di Damansara. Lawatan ini adalah acara sampingan kerana abah ada urusan di Kuala Lumpur.
Muzium Coklat ni taklah begitu besar kerana terletak kawasan kilang, jadi tak mengambil masa yang lama untuk melawat. Kemasukan adalah percuma dan dibuka 10 pagi hingga 5 petang. Jika bertuah bolehlah tengok demo pembuatan produk coklat. Tapi pada masa RIS-FAMILI pergi tiada demo tersebut.
Sesuailah utk percutian bajet sebab kemasukan adalah percuma. Cuma kalau mak beli coklat, kenalah sediakan duit. Seperti kebiasaan, RIS-FAMILI berjaya mendapatkan seunit fridge magnet dan semestinya sedikit produk coklat sebagai kenangan.
Info lanjut di tentang muzium coklat (klik sini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan