Memaparkan catatan dengan label Kenderaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenderaan. Papar semua catatan

06 Januari 2020

Ke Langkawi Menaiki Kereta.


      Membawa kereta atau menyewa kereta di pulau Langkawi semasa bercuti? Yang mana lebih bebaloi. Jadi RIS-FAMILI pun membuat pengiraan. Rancangan kali ini adalah untuk bercuti selama 5 hari 4 malam. JOM KITA KIRA. Tapi sebelum tu dapatkan maklumat dan kos dengan cara bertanya dengan kawan, carian di internet dan bacaan pengalaman kawan-kawan di media sosial. Terdapat dua syarikat mengendalikan feri dari Kuala Perlis ke Langkawi iaitu Langkawi Ro Ro Ferry Services dan Langkawi AutoExpress.

      Memandangkan percutian kali ini adalah semasa cuti sekolah, kosnya adalah lebih tinggi berbanding hari-hari yang lain. Contohnya parkir di jeti biasanya dalam RM10 tapi masa masa cuti sekolah harganya boleh naik sehingga RM20.
      Inilah hasil dari pengiraan yang RIS-FAMILI dapat berdasarkan info-info yang didapati dari pertanyaan kawan dan carian di internet. Wow… ada penjimatan di situ. Namun penjimatan ini hanya berbaloi bagi percutian yang melibatkan 4 hari ke atas. Kalau hanya pergi untuk 1 atau 2 hari, menyewa kereta adalah lebih menjimatkan.


      Jadi dari pengiraan ini, RIS-FAMILI memilih untuk bercuti ke Langkawi dengan membawa kereta ke Langkawi. RIS-FAMILI memilih Sebenarnya rancangan untuk bercuti ke Langkawi memang telah dirancang lebih awal namun tarikhnya hanya ditentukan sebulan sebelum pergi kerana ingin memastikan tidak bertembung dengan jadual kerja yang kadang-kala diberi pada saat-saat terakhir. Jadi tarikh pilihan RIS-FAMILI adalah pada 10 hingga 14 Disember 2019.

      Memang menjimatkan. Kos penjimatan oleh RIS-FAMILI adalah sebanyak RM224.00. Itu pun sekadar anggaran kerana nilai yang diambil adalah kos terendah pada masa cuti sekolah. Contohnya kos parkir di Jeti Kuala Perlis RM15 (ada yang letak RM20) dan sewa kereta RM110 (ada yang letak RM150). Kalau ambil kira kos tersebut, penjimatan meningkat ke RM440.00. Tambahan diskaun lagi RM20 bagi tempahan tambang feri (kereta) yang dibuat secara online.

      Kos-kos lain tak diambil kira kerana kosnya adalah sama sahaja samada menyewa atau bawa kereta seperti minyak, penginapan, makan, minum, tiket masuk dan duit shopping.

      Selain itu, membawa kereta ke Langkawi bagi RIS-FAMILI amatlah berbaloi kerana tak perlu lagi mengangkut barang-barang dari jeti ke feri semasa pergi (terutama jika parkir jauh) dan begitulah sebaliknya semasa balik. Keselamatan kereta di parkir juga tak perlu dibimbangkan kerana kereta dibawa sekali dan sentiasa dibawa ke sana-sini semasa percutian tersebut. Seringkali terbaca di facebook berkenaan pengunjung yang ditipu oleh ulat-ulat parking, jadi dengan membawa kereta juga dapat mengelakkan risiko seperti itu.

Gambar di depan pejabat syarikat Feri dan di depan Masjid Al Husain, jeti Kuala Perlis semasa menunggu ketibaan Feri





Gambar di jeti Kuala Perlis semasa hendak menaiki feri





Gambar di atas feri
















09 Oktober 2018

Petronas Street Smart @ Mydin Meru Raya


Pada 7 Oktober 2018 lalu, RIS-FAMILI mengambil kesempatan untuk mengunjungi Petronas Street Smart yang diadakan di Mydin Meru Raya.



Ini adalah kali kedua RIS-FAMILI mengunjungi pameran Petronas Street Smart. Yg pertama adalah semasa tinggal di Kuala Terengganu. Masa tu Street Smart diadakan di Perpustakaan Negeri Terengganu. Kali ni pula diadakan di Mydin Mall Meru Raya, Ipoh.



Terbuka kepada semua dan tiada bayaran dikenakan. Ingatkan hanya untuk kanak-kanak sbb gegantung promosi gambar kanak-kanak. Aktiviti yang ada semuanya gamas bertemakan keselamatan jalanraya. Amin, Ira dan Una begitu cekap menunggang motosikal dan memandu kereta walaupun tak pernah memandu.



Memandangkan RIS-FAMILI pergi waktu pagi, tak la ramai pengunjung. Jadi dapat cuba semua aktiviti berulang kali. Abah pun tak melepaskan peluang tumpang sekaki.
Pertunjukan bertemakan keselamatan jalan raya juga diadakan dan RIS-FAMILI pun sempat join persembahan tersebut. Sesiapa yg dapat jawab soalan akan dapat hadiah dinasour. Selain tu semua yg masuk akan dapat lencana street smart dan belon (untuk kanak-kanak).
Berbaloi lah. Mungkin RIS-FAMILI pergi lagi sebab pameran ni lambat lagi nak habis. Rasanya Februari 2019 baru tamat.

Mai sama-sama ke Petronas Stree Smart.

#Inilah dinosaur yg dapat. Jadilah sbb tak keluarkan duit pun. Barang dapat, ilmu pun dapat.


***********ADVERTISEMENT***********

30 Mac 2017

Pindah Terengganu ke Perak

Pertengahan Disember 2016, abah mendapat surat memberitahu permohonan pindah ke Perak telah diluluskan. Alhamdulillah.
Memandangkan Mak, Amin, Husna dan Humaira memang telah berada di Perak jadi masa mengangkat barang Abah uruskan berseorangan di Terengganu.
Emak telah menolong mengemas barang sebelum emak berpindah tempat tugas ke Perak pada bulan Julai 2016 lalu. Mana-mana barangan yang dijangka tidak digunakan oleh abah atau barang-barang yang tak begitu penting, mak telah masukkan ke dalam kotak. Jadi masa nak angkat barang, dah tak banyak barang perlu dikemas.
Ada beberapa barangan perabot yang dijual memandangkan tidak akan digunakan bila balik Perak. Jadi 1 set meja makan, 4 unit almari, 1 unit kolah mandi, 1 rak bertingkat, 1 almari dapur dan 1 meja dapur gas dijual. Memang laris, tak sampai sehari diiklankan di facebook, bertalu-talu peminat bertanya. Jadi boleh jiimat ruang lori masa angkat barang.
RIS-FAMILI menggunakan khidmat lori yang dicari melalui online. Turut ditambah adalah 3 orang untuk mengangkat barang di Terengganu dan menurunkan barang di Perak. Tapi servisnya tak begitu memuaskan.
8.3.16 lori datang pada 2.00 petang untuk mengambil barangan untuk dimuatkan ke dalam lori. Dan ketika proses mengangkat, hujan lebat baru reda tapi masih rintik. Barang terpaksa juga diangkat sebab abah dah beli tiket untuk balik Perak pada malam tu.
9.3.16 lori sampai Perak dalam pukul 9.00 pagi. Mak dah minta Cikgu Izzul dan seorang ex opis mak untuk membantu semasa barang sampai. Proses memunggah barang selesai dalam 12 tengahari. Alhamdulillah selesai proses pindah barang.
SELAMAT TINGGAL TERENGGANU. Hampir 8 tahun di sana. Kenangan di Terengganu takkan kami lupakan.