Membawa kereta
atau menyewa kereta di pulau Langkawi semasa bercuti? Yang mana lebih bebaloi.
Jadi RIS-FAMILI pun membuat pengiraan. Rancangan kali ini adalah untuk bercuti
selama 5 hari 4 malam. JOM KITA KIRA. Tapi sebelum tu dapatkan maklumat dan kos
dengan cara bertanya dengan kawan, carian di internet dan bacaan pengalaman
kawan-kawan di media sosial. Terdapat dua syarikat mengendalikan feri dari
Kuala Perlis ke Langkawi iaitu Langkawi Ro Ro Ferry Services dan Langkawi AutoExpress.
Memandangkan
percutian kali ini adalah semasa cuti sekolah, kosnya adalah lebih tinggi berbanding
hari-hari yang lain. Contohnya parkir di jeti biasanya dalam RM10 tapi masa
masa cuti sekolah harganya boleh naik sehingga RM20.
Inilah hasil
dari pengiraan yang RIS-FAMILI dapat berdasarkan info-info yang didapati dari
pertanyaan kawan dan carian di internet. Wow… ada penjimatan di situ. Namun
penjimatan ini hanya berbaloi bagi percutian yang melibatkan 4 hari ke atas. Kalau
hanya pergi untuk 1 atau 2 hari, menyewa kereta adalah lebih menjimatkan.
Jadi dari pengiraan ini, RIS-FAMILI
memilih untuk bercuti ke Langkawi dengan membawa kereta ke Langkawi. RIS-FAMILI
memilih Sebenarnya rancangan untuk bercuti ke Langkawi memang telah dirancang
lebih awal namun tarikhnya hanya ditentukan sebulan sebelum pergi kerana ingin
memastikan tidak bertembung dengan jadual kerja yang kadang-kala diberi pada saat-saat
terakhir. Jadi tarikh pilihan RIS-FAMILI adalah pada 10 hingga 14 Disember
2019.
Memang menjimatkan. Kos penjimatan oleh RIS-FAMILI
adalah sebanyak RM224.00. Itu pun sekadar anggaran kerana nilai yang diambil
adalah kos terendah pada masa cuti sekolah. Contohnya kos parkir di Jeti Kuala
Perlis RM15 (ada yang letak RM20) dan sewa kereta RM110 (ada yang letak RM150).
Kalau ambil kira kos tersebut, penjimatan meningkat ke RM440.00. Tambahan
diskaun lagi RM20 bagi tempahan tambang feri (kereta) yang dibuat secara
online.
Kos-kos lain tak diambil kira kerana
kosnya adalah sama sahaja samada menyewa atau bawa kereta seperti minyak,
penginapan, makan, minum, tiket masuk dan duit shopping.
Selain itu, membawa kereta ke Langkawi
bagi RIS-FAMILI amatlah berbaloi kerana tak perlu lagi mengangkut barang-barang
dari jeti ke feri semasa pergi (terutama jika parkir jauh) dan begitulah
sebaliknya semasa balik. Keselamatan kereta di parkir juga tak perlu
dibimbangkan kerana kereta dibawa sekali dan sentiasa dibawa ke sana-sini
semasa percutian tersebut. Seringkali terbaca di facebook berkenaan pengunjung
yang ditipu oleh ulat-ulat parking, jadi dengan membawa kereta juga dapat
mengelakkan risiko seperti itu.
Gambar di depan pejabat syarikat Feri dan di depan Masjid Al Husain, jeti Kuala Perlis semasa menunggu ketibaan Feri
Gambar di jeti Kuala Perlis semasa hendak menaiki feri
Gambar di atas feri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan