Lokasi : Langkawi Skycab / Gunung Mat Cincang
Tarikh : 11.12.19
Antara agenda mesti pergi bagi percutian RIS-FAMILI kali ini adalah menaiki Skycab memandangkan pada 2014 pernah ke sana tapi tak naik disebabkan kesilapan startegi. Bercuti semasa cuti umum yang tak berapa panjang dan lambat beratur beli tiket. Akibatnya barisannya nak beli tiket terlalu panjang.
Kali ini strategi menjadi. Bangun pagi, mandi, bersiap, solat, sarapan dan terus berdesup pergi. Dan hasilnya, RIS-FAMILI antara yang terawal dapat menaiki Skycab. Bagi yang ada duit extra, tak kisahla nak datang lambat sbb ada tiket 'potong Q' berharga RM50 seorang. Bagi RIS-FAMILI, amatlah besar nilainya.
Mula-mula tengok tiketnya (RM43 Dewasa & RM33 Kanak-kanak), gulp... mcm mahal tapi rupa
harga tu adalah harga kombo. Boleh naik Skycab, masuk Muzium 3D, mengalami suasana 4D di Skyrex dan menonton tayangan 3D di Skydome.
Semasa RIS-FAMILI sampai di atas, angin terlalu kuat, sampaikan nak berdiri pun kena berpaut. syukurlah masa dalam kereta kabel, angin tak terlalu kuat.
Kagum melihat Abg Amin, Kak Ira dan Una selamba je dalam kereta kabel, langsung tak gayat. Boleh bergelak tawa dan berposing untuk mengambil gambar.
Pemandangan sangat indah, sejuk dan berangin. Dari puncak dapat lihat kawasan sekeliling termasuk pulau-pulau dan hutan belantara yang ada. Bestnya.
Ni lah hasil bidikan kamera telefon untuk diabadikan bagi tatapan RIS-FAMILI masa akan datang.
Harga tiket (Disember 2019)
(Klik gambar utk beli secara online)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan