1 Jan 2020

Cuti-cuti Malaysia | Alor Setar

Tarikh : 24 - 26 November 2019

Check -in : TH Hotel & Covention Centre, Alor Setar.

      RIS-FAMILI memang mencari hotel yang ada kolam renang, ada famili room dan restoran hotel yang ada dalam senarai Halal Directory. Jadi TH Hotel antara yang menepati ciri tersebut. Tambah menarik, hotel ini dikelilingi oleh kehijauan sawah padi. Menarik.
      Selepas je check in, agenda pertama adalah kedebummm dalam kolam renang la. Jadi masuk je bilik terus solat dan bersiap. Memang mandi kolam renang antara yang ada dalam agenda percutian kali ini. Bukan sekali, bukan dua kali tapi tiga kali. Setiap hari berenang dan berendam. Petang selepas checkin, petang hari kedua dan pagi sebelum check out.
      Yang bestnya, ada 4 kolam renang; 2 kolam renang untuk lelaki dan 2 lagi untuk wanita. Kolam renang wanita terletak di kawasan bertutup bersebelahan kolam lelaki. Oh ye. Kali ini percutian turut disertai oleh Tok Besah.




Lokasi Lawatan 1 : Muzium Negeri Kedah

     Muzium Negeri Kedah memaparkan sejarah di negeri Kedah, Terletak di laluan utama Lebuhraya memudahkan pencarian Muzium ini. Yang bestnya, masuk adalah percuma. Semasa RIS-FAMILI ke sana, terdapat bahagian yang masih dalam proses penambahbaikan. Disebabkan tak boleh ambil gambar dalam muzium, jadi letak gambar bahagian luar muzium je la.




Lokasi Lawatan 2 : Mahawangsa River Cruise

     Bersebelahan Muzium Negeri Kedah, ada perkhidmatan river cruise. Dan pastinya RIS-FAMILI tak lepaskan peluang. Menaiki bot menelusuri Sungai Anak Bukit. Harganya bermula RM5 seorang untuk menaiki bot selama 5 minit.
      RIS-FAMILI mengambil pakej menaiki bot selama 45 minit kerana ingin menikmati suasana Sungai Anak bukit lebih lama. Pada masa RIS-FAMILI sampai tak ramai pengunjung kerana hari tersebut adalah hari kerja dan masih awal pagi. Jadi dapatlah RIS-FAMILI menguasai keseluruhan bot tersebut tanpa gangguan pengunjung lain.
     Sepanjang perjalanan, terdapat pemandu pelancong yang akan memberi penerangan berkenaan maklumat tempat di sepanjang pejalanan. Yang menarik minat Kak Ira dan Una adalah itik yang berenang dan tumbuhan disepanjang sungai.
     Namun yang kurang menarik adalah pencemaran pada sungai tersebut. Banyak sampah terapung dan tersadai di tebing sungai. Harap dibersihkan dan tiada lagi pembuangan sampah ke dalam sungai.







Lokasi Lawatan 3 : Muzium Padi

Terletak kira-kira 10 KM dari hotel penginapan, Muzium Padi antara tempat yang perlu dikunjungi memandangkan Kedah terkenal dengan panggilan Negeri Jelapang Padi. Rugi kalau tak datang. Tiket masuk dewasa adalah RM5 dan RM2 untuk kanak-kanak.
Pameran yang menarik tentulah di tingkat 3 iaitu melihat panorama kawasan perkampungan dan sawah padi yang dilukis secara 3D sepanjang 103 meter mengelilingi tingkat 3 tersebut. Lantainya berputar membolehkan menikmati lukisan 3D tersebut sambil duduk bersantai. Kekurangan yang ada adalah tiadanya lif untuk ketingkat 3 bagi orang OKU dan warga emas.
Dan seperti namanya, pamerannya adalah berkisar berkenaan padi dan beras di seluruh dunia. Banyak info-info boleh dilihat. Recommended...
















Lokasi Lawatan 4 : Menara Alor Setar

      Tak sah melawat Alor Setar kalau tak melawat Menara Alor Setar yang merupakan menara komunikasi kedua tertinggi di Malaysia. Ketinggiannya adalah 165.5 meter. Sememangnya RIS-FAMILI menjadikan lawatan ke Menara Alor Setar sebagai salah satu destinasi mesti dilawati.
      Malam pertama ke sana sekadar meninjau dari dalam kereta sambil santai meronda-ronda bandaraya Alor Setar. Parking penuh kerana malam minggu. Jadi RIS-FAMILI pergi semula pada malam kedua dan dapatlah parking strategik tak jauh dari menara.
      Tiket untuk menaiki menara adalah berharga RM12 Dewasa dan RM8 kanak-kanak. Namum ada promosi cuti sekolah, beli satu tiket dewasa percuma tiket kanak-kanak. Jadi penjimatan sebanyak RM16 untuk RIS-FAMILI.
















Lokasi Lawatan 5 : Kompleks Pekan Rabu

      Satu lagi mercutanda Alor Setar yang perlu dilawati sudah tentunya Kompleks Pekan Rabu yang terletak di tengah bandaraya Alor Setar. Banyak produk pakaian, makanan dan cenderhati dijual di sini. Yang bestnya, bahulu panas yang dimasak di situ pun ada.
      Check out je hotel terus gerak ke Kompleks Pekan Rabu. Tersangkut la juga beberapa bag plastik ditangan RIS-FAMILI hasil rambang mata di Pekan Rabu ni.
      Tapi sayangnya tak banyak kedai menjual cenderahati yang bertulis Alor Setar atau Pekan Rabu seperti t-shirt, keychain dan lain-lain sepertimana yang mudah ditemui di Melaka, Langkawi dan Pulau Pinang. Beberapa kedai sahaja dan tak ada pilihan.
   



      Selesai je cuci-cuci mata dan dompet di Pekan Rabu, tibalah masa RIS-FAMILI bergerak balik ke Ipoh kerana esoknya dah habis cuti. Tak sempat untuk ke Pusat Sains Negara cawangan Kedah kerana kesuntukan masa. Insha Allah akan berkunjung ke Pusat Sains Negara di lain masa.


***********ADVERTISEMENT***********

Tiada ulasan: