11 Jul 2011

Tok Besah Gi Umrah

Bulan Jun lalu, Tok Amin sebelah abah pergi umrah. Tok pergi bersama-sama dengan jiran sekampung. Ingatkan tak ramai yang mengikuti pakej umrah ni. Rupa-rupanya kat Lapangan Terbang Kuala Lumpur ramai dah yang berkumpul. Maklumlah rombongan bersama Tok hanya ada tujuh orang sahaja. Bila dicongak-congak rasanya lebih dari 70 orang. Semuanya datang dari serata Malaysia. Terasa kemeriahan dan keseronokan apabila ramai yang turut serta.
Berikut adalah gambar-gambar kenangan yang diambil oleh abah Amin sebelum Tok berangkat mengerjakan umrah.
Baru Sampai Di KLIA, Menunggu Lain-Lain Jemaah Umrah
Antara Ahli Rombongan Umrah bersama Tok
Sepupu Amin Pun Datang Untuk Hantar Tok (Tok Amin Pakai Tudung Putih)
Tok Semasa Nak Daftar Masuk (Abah Ambil Gambar Dari Jauh Sebab Dah Tak Boleh Masuk)
Di Kaunter Daftar Masuk
Kapalterbang Yang Tok Naik. Kalau tak silap, Bahrain Airlines.

Pada masa entri ini di publish, Alhamdulillah Tok Besah dah selamat mengerjakan umrah dan telah kembali ke tanahair.

7 Jul 2011

Aktiviti Hujung Minggu | Karnival Motor @ Kuala Terengganu

Hujung minggu baru-baru ni ada Karnival Motor di Terengganu Trade Centre, jadi Amin dengan Abah ambil kesempatan untuk meninjau motor-motor yang dipamerkan dan juga yang dijual. Namun yang menarik perhatian Amin hanyalah koleksi motosikal lama yang disolek semula menjadikan menarik untuk diambil gambar. Lihatlah koleksi motosikal tersebut bersama-sama model yang dijemput khas.
Selain motosikal ini terdapat juga pameran dan jualan kereta, lori, tayar, aksesori dan lain-lain barangan berkaitan motor. Tapi tak banyak pempamer/penjual kerana masih ada ruangan kosong dalam dewan pameran. Namun jadi la tu daripada tak de langsung.

3 Jul 2011

Jom Ronda - Galeri Petronas

Entri sebelum ini ada dimasukkan entri berkenaan Petrosains ini atau juga lebih glamer dipanggil Galeri Petronas (klik sini utk baca entri tersebut) dan kali ini masih nak cerita tentang galeri tersebut. Buat kali keduanya Amin dan Abah pergi ke sana kerana pada kali pertama tak puas nak menerokai kesemua aktiviti yang ada. Kali kedua ni dah buat persediaan supaya tak jadi seperti yang pertama dahulu.
Memandangkan kali ini pergi pada masa cuti persekolahan, ramailah famili yang datang bersama dengan anak-anak. Jadi nak masuk galeri ni pun kena tunggu giliran sebab dah terlalu ramai. Penjual tiket memberitahu hanya boleh masuk sejam setengah lagi sebab ramai sedang berbaris. Memandangkan abah dah berjanji nak bawa Amin ke galeri ini, jadi kena setuju jugalah.
Sejam masa menunggu ni, abah bawa Amin pergi ronda Suria KLCC ni dulu. Pergi makan, solat, rehat, tandas dan window shopping. Tepat je seperti masa yang dijanjikan, berDESUPPPPP... abah dengan Amin terpacak di depan Galeri Petronas. Bermulalah pengembaraan Amin dan abah di alam petronas. Saksikan gambar-gambarnya.
Antara Aktiviti Sementara Tunggu Giliran Masuk.
Aktiviti Yang Diminati - Lego Saiz Besar.
Menerokai Terowong Masa - Kembali ke Zaman Dahulu.
Jangan Takut - Dinasour ni tak makan orang, malah boleh menari dan menyanyi.
Cermin Pantulan - Macam Kaleidescope yang besar. Kat Sekolah dulu kecik je.
Mengimbau Kenangan Lalu - Basikal Tua
Jom Lumba. Terdapat Model Kereta Formula 1 Saiz Sebenar dan juga Simulasi / Games Formula 1
Suasana di Pelantar Minyak. Bukan Sekadar Alatan Gerudi Minyak je Malah Lengkap dengan Kabin Tidur dan Dapur Sekali

Dan hasilnya - Amin puas beraktiviti dan abah puas mengambil gambar Amin.

(Banyak gambar tak dimasukkan sebab hampir sama je dengan gambar pada entri sebelum ini)