27 Feb 2012

Cuti-Cuti Malaysia | Aquaria

Eh.... dah lama dah tak sambung cerita RIS-FAMILI bercuti sempena cuti sekolah tahun lepas. Lepas tulis entri pasal Petrosains dan i-City terus senyap je. Bukan lupa tapi tak ada kesempatan disamping ada cerita-cerita lain untuk di updatekan. Disebabkan dah berjanji nak update, ini cerita berikutnya.
Percutian kali ini diteruskan dengan mengunjungi Aquaria yang terletak di Kuala Lumpur Convention Centre.
Harga tiketnya, puhhhh.... boleh tahan. RM35 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak serta warga tua emas 60 tahun ke atas. Disebabkan dah sampai dari jauh ke sana, beli lah juga. Lagipun nak gak tengok apa yang ada kat dalam tu (ni sebenarnya tujuannya).
Pada masa RIS-FAMILI kes sana, ada kempen selamatkan jerung. Jadi sesapa yang isi borang akan diberikan keychain kempen tersebut. Jadi RIS-FAMILI pun menyahut cabaran tersebut untuk mendapatkan keychain menyelamatkan jerung dengan mengisi borang tersebut.
Disebabkan cuti sekolah, ramai la pengunjung sampaikan nak beli tiket pun kena berbaris panjang. Sementara tunggu giliran utk dapatkan tiket, bolehlah layan video yang dipasang berkenaan kempen selamatkan jerung.
Disebabkan namanya pun aquaria dah tentunya benda yang banyak dipamerkan dah tentunya haiwan dalam air. Tapi haiwan bukan dalam air pun ada jugak. Amin paling teruja bila tengok memerang beraksi dan ketika melalui terowong bawah air.

Rasa macam underwaterworld kat Langkawi pun ada sbb konsepnya hampir sama. Tak sempat melihat aktiviti haiwan makan kerana masa pergi bukan waktu utk haiwan makan. Waktu haiwan makan adalah pukul 12 tgh dan 3 petang.

Sebagai promosi info, Aquaria dibuka dari pukul 11 pagi hingga 8 malam (Isnin - Jumaat) dan diawalkan sejam waktu buka pada hari Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti Umum. Tapi kemasukan terakhir adalah pukul 7 malam.
Seperti mana-mana tempat tumpuan lain, laluan terakhir adalah melalui kedai cenderamata. Dan dah jadi kemestian sejak akhir-akhir ini, RIS-FAMILI akan mendapatkan fridge magnet untuk dijadikan cenderamata. untuk diri sendiri.
Ada sapa-sapa nak sponsor RIS-FAMILI UNTUK pergi Aquaria lagi?
Kalau ada - Kecil Tapak Tangan, Mulut Jaws Kami Tadahkan.
Last Episod : Taman Burung KL

22 Feb 2012

Al-Fatihah | Pengarah JKKP Perak

Ehsan Email JKKP : Klik Imej untuk besarkan saiz.
Al-Fatihah buat Pengarah JKKP Perak yang juga merupakan bekas Pengarah Abah semasa berkhidmat di JKKP Perak.
Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini (22 Februari 2012) kira-kira pukul 3 petang sepertimana yang diterima dalam email sebentar tadi.
Semoga ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.
Takziah diucapkan kepada ahli keluarga beliau.
#dariNya kita datang... kepadaNya kita kembali#
ALFATIHAH

11 Feb 2012

Berkelah & Mandi | Lata Belatan, Besut

Hujung Januari 2012 lalu, RIS-FAMILI bersantai di Lata Belatan, Besut. Santai sambil berkelah dan bermandi manda. Aktiviti kali ini diterajui oleh sepupu mak iaitu Teacher Along (Izzul) yang sekarang ini sepenuh masa berada di Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut.
Berkelah?... Dah tentunya mak yang paling sibuk di pagi hari menyediakan juadah untuk dibawa ke Lata Belatan. Yummy, sedap nasi dan lauk yang mak masak. Licinnnnnn.
Mandi?... Dah tentunya yang paling sibuk sebelum pegi adalah Amin, siap kumpulkan pelampung, pakaian mandi dan goggle. Dan pakaian mandi dah siap pakai di rumah.

Dan ini pula gambar yg sempat diabadikan sebagai kenangan untuk dicoretkan dalam 'online diary' kali ini.
Gambar Atas : Humaira berposing selepas selesai sesi berkelah. Gambar Bawah : Amin dan Hunaira berposing sebelum balik.
Pada pandangan RIS-FAMILI, Lata Belatan ini bersih dan dijaga dengan baik oleh pihak pengurusan. Ada kemudahan surau, tandas, parking dan kedai di kawasan tersebut.
Kawasan parking disediakan jadi tak perlu tercari-cari parking di bawah pokok atau ditepi jalan. Sampai je RIS FAMILI terus cari port untuk dihamparkan tikar terbang untuk aktiviti berkelah. Kagum melihat kawasan tersebut boleh dikatakan terurus dengan baik.
Gambar Atas : Antara gelongsor yang ada. Gambar Bawah : Teacher Along mendukung Amin.
RIS-FAMILI memilih kawasan mandi yang cetek saja sebab senang nak jaga Amin semasa dia mandi. Gelongsor juga disediakan untuk kanak-kanak gunakan tapi ada sesetengahnya telah rosak. Namun Amin tak suka main gelongsor disebabkan air agak dalam di penghujung gelongsor. Mujur ada Teacher Along sentiasa menemani Amin mandi. Bolehlah abah menikmati kesejukan air di Lata Belatan ni. Airnya memang sejuukkk...
Gambar Kiri : Amin mengigil kesejukan. Gambar Kanan : Humaira turut mandi, Mak cuma mandi kaki je.
Disebabkan kesejukan, Humaira hanya dibawa mandi sekejap sahaja iaitu pada akhir sesi mandi. Jadilah ye Humaira. Ada kesempatan nanti, bila besar boleh pergi lagi dan mandi puas-puas. Lepas mandi, Amin sambung makan lagi sebab kepenatan main air.
Gambar kenangan sebagai bukti pernah datang ke sini.
Sekadar maklumat : Lata Belatan ini berada di Kaki Gunung Tebu dan antara laluan yang akan dilalui jika hendak mendaki Gunung Tebu. Tapi RIS-FAMILI tak pula pergi jauh sekadar berada di sekitar air terjun saja.

Rasa macam nak pergi lagi. Terima Kasih Teacher Along.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails