29 Nov 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2014 | SKSS1

      Majlis Anugerah Kecemerlangan 2014 bagi Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu telah berlangsung pada 19 November 2014 iaitu minggu terakhir persekolahan. Alhamdulillah, Amin adalah salah seorang yang akan menerima anugerah pada majlis tersebut.
      Majlis berlangsung di Dewan Sulaiman, Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1. Mak, Abah, Humaira dan Baby Husna tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan majlis anugerah tersebut. Ini adalah kali kedua Amin menaiki pentas untuk menerima anugerah kerana tahun lepas juga Amin antara penerima anugerah (klik sini untuk baca entri anugerah tahun lepas).
      Jika tahun lepas tiada peperiksaan diadakan untuk menilai pencapaian pelajar maka tahun ini diadakan ujian setelah mendapat maklubalas dari ibubapa yang ingin peperiksaan diadakan bagi memudahkan ibubapa memantau pencapaian. Maka berdasarkan ujian yang diadakan, Amin mendapat tempat pertama dalam kelasnya iaitu 2 inovatif tapi jika dilihat dari pencapaian murid tahun 2, Amin berada dalam kedudukan ke 10 atau ke 11.

(Markah setiap subjek sengaja dikaburkan)

      Majlis kali ini dirasmikan oleh En. Jelani bin Sulong iaitu Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu. Selain dari pencapaian akademik juga terdapat anugerah untuk aktiviti kokurikulum dan kelas KAFA. Berikut gambar-gambar yang ingin RIS-FAMILI abadikan dalam online diari kali ini.






8 Nov 2014

TCM | Urut Lepas Bersalin

Sambungan kisah Baby Aidiladha (klik utk baca).
      Baby Aidiladha telah pun ada nama sendiri. Mak dan Abah sepakat untuk menamakan Husna Syifa. Husna bermaksud 'Yang Baik / Kebaikan' dan Syifa bermaksud 'Penawar / Penyembuh'. Kalau dicantum 'Kebaikan Penawar' atau 'Penawar yang Baik'.


      Nama dah selesai, sekarang masa berurut pula untuk mak baby. Melalui survey melalui kawan rupanya hospital ada menyediakan khidmat mengurut bagi mama-mama yang baru lepas bersalin. Jadi mak pun pilih khidmat mengurut oleh Hospital. Dua jenis urutan tradisional yang mak ambil adalah urut susu dan urut lepas bersalin. Yang bestnya, semuanya adalah PERCUMA. Tapi hanya terhad kepada mama-mama yang bersalin di hospital ini sahaja. Tempat juga terhad kerana kekurangan tenaga pengurut.

      Kali pertama sampai, terpegun melihat dekorasi dan suasana tempatnya. Cantik dan eksklusif macam berada di spa hotel walaupun spa ini hanya berada dalam kawasan hospital dan bukannya di hotel atau kompleks komersil. Kalau tak percaya lihatlah gambar-gambar di bawah ni.

 

 

 

 

      Terdapat 4 bilik mengurut iaitu bilik mengurut melayu perempuan, bilik urut melayu lelaki dan bilik akupuntur lelaki manakala satu bilik tak pasti pula sebab tiada tanda. Mungkin bilik akupuntur wanita (?). Keadaan bilik bersih dan selesa. Tapi terlupa pula nak ambil gambar bilik-bilik tersebut. Bagi bilik mengurut melayu wanita terdapat juga baby cot untuk letak baby semasa mama mengurut sebab senang mama menyusu bayi kalau baby lapar. Oh ya... sebelum mengurut perlu jumpa misi dulu untuk mendapatkan tekanan darah dan sedikit info kesihatan.

 


      Pada hari kedua mak mengurut, ada pihak media datang untuk buat liputan tentang rawatan tradisional dan komplimentari di hospital. Kalau tak silap dari TV Al-Hijrah. Penuh la kawasan TCM ni maklumlah bukannya besar sangat kawasan TCM ni. Abah yang menemani mak apa la, terpaksa menyisihkan diri dari kawasan tersebut disebabkan ruangan yang terhad. Nyaris-nyaris jurugambar suruh abah berlakon konon-konon sedang berurusan. Kalau tak dah tentu abah dah jadi pelakon popular sekarang ni.

 

      Rasanya perkhidmatan ini tidak ditawarkan di semua hospital kerajaan kerana kat Terengganu pun hanya kat Hospital Sultanah Zahirah je. Perkhidmatan ini pun tak diwar-warkan secara besar-besaran mungkin disebabkan masih baru dan masih kekurangan tenaga kerja. RIS-FAMILI tahu pun sebab ada member mak yang kerja kat situ yang bagitahu.
      Bagi RIS-FAMILI perkhidmatan seumpama ini perlu dikembangkan ke semua hospital dan diwar-warkan sebab memang diperlukan oleh orang ramai.

*TCM - Tradisional & Complimenty Medicine*

3 Nov 2014

RIS FAMILI Buat Asam Keping

Balik raya aidilfitri baru-baru ni, RIS-FAMILI berpeluang untuk turut serta memproses asam keping. Kat kampung RIS-FAMILI asam keping ni juga dipanggil asam gelugur. Rasanya kat tempat lain pun panggil nama yang sama.
Bagi yang tak tau macam mana rupa buah asam gelugur sebelum diproses, ni lah rupanya buah asam gelugur tu. Comei kan...

Sebenarnya ini bukan kali pertama RIS-FAMILI buat asam keping ni terutamanya abah sebab masa abah kecil dulu pun dah biasa buat. Asam keping yang dibuat ni bukan untuk dijual sebab hanya untuk kegunaan sendiri je.
Kegunaan asam keping ni memang semua dah tau iaitu sebagai ramuan dalam masakan. Tapi ada juga yang guna untuk dijadikan ubatan tradisional.
Untuk membuat asam keping ni hanya perlu kepakaran memotong dan menjemur je. Peralatan yg perlu ada adalah pisau @ pericih, papan pemotong dan tikar @ talam. Manakala bahan yg utama dah tentunya buah asam gelugur.

Prosesnya memang mudah tapi agak renyah. Mula-mula kena cuci buah tu dahulu untuk memastikan kebersihan dan tiada bendasing terlekat. Lepas tu hanya perlu memotong tapi perlu sesuai ketebalan yg dipotong untuk memastikan tidak terlalu tebal dan juga tak terlalu nipis. Proses ni yg paling mengambil masa. Tapi AWAS semasa memotong sbb takut terluka.
Selepas tu jemur di kawasan panas. Yg ni memang sesuai kalau dilakukan masa musim el-nino supaya cepat kering. Sebelum kering mungkin penuh setalam tapi bila dah kering tinggal 1/3 je dlm talam tu. Tempoh jemur ikut keadaan cuaca ye.

Dah kering, bolehlah diangkat dan disimpan dlm bekas untuk digunakan bila memasak nanti. Tapi lebih sedap kalau bila dah masak tu terus hantar sikit kat RIS-FAMILI. Sharing is Caring.