Sambungan kisah Baby Aidiladha (klik utk baca).
Baby Aidiladha telah pun ada nama sendiri. Mak dan Abah sepakat untuk menamakan Husna Syifa. Husna bermaksud 'Yang Baik / Kebaikan' dan Syifa bermaksud 'Penawar / Penyembuh'. Kalau dicantum 'Kebaikan Penawar' atau 'Penawar yang Baik'.
Nama dah selesai, sekarang masa berurut pula untuk mak baby. Melalui survey melalui kawan rupanya hospital ada menyediakan khidmat mengurut bagi mama-mama yang baru lepas bersalin. Jadi mak pun pilih khidmat mengurut oleh Hospital. Dua jenis urutan tradisional yang mak ambil adalah urut susu dan urut lepas bersalin. Yang bestnya, semuanya adalah PERCUMA. Tapi hanya terhad kepada mama-mama yang bersalin di hospital ini sahaja. Tempat juga terhad kerana kekurangan tenaga pengurut.
Kali pertama sampai, terpegun melihat dekorasi dan suasana tempatnya. Cantik dan eksklusif macam berada di spa hotel walaupun spa ini hanya berada dalam kawasan hospital dan bukannya di hotel atau kompleks komersil. Kalau tak percaya lihatlah gambar-gambar di bawah ni.
Pada hari kedua mak mengurut, ada pihak media datang untuk buat liputan tentang rawatan tradisional dan komplimentari di hospital. Kalau tak silap dari TV Al-Hijrah. Penuh la kawasan TCM ni maklumlah bukannya besar sangat kawasan TCM ni. Abah yang menemani mak apa la, terpaksa menyisihkan diri dari kawasan tersebut disebabkan ruangan yang terhad. Nyaris-nyaris jurugambar suruh abah berlakon konon-konon sedang berurusan. Kalau tak dah tentu abah dah jadi pelakon popular sekarang ni.
Rasanya perkhidmatan ini tidak ditawarkan di semua hospital kerajaan kerana kat Terengganu pun hanya kat Hospital Sultanah Zahirah je. Perkhidmatan ini pun tak diwar-warkan secara besar-besaran mungkin disebabkan masih baru dan masih kekurangan tenaga kerja. RIS-FAMILI tahu pun sebab ada member mak yang kerja kat situ yang bagitahu.
Bagi RIS-FAMILI perkhidmatan seumpama ini perlu dikembangkan ke semua hospital dan diwar-warkan sebab memang diperlukan oleh orang ramai.
*TCM - Tradisional & Complimenty Medicine*
3 ulasan:
Cantiknya. Kenapalah saya tak tahu. Dan kenapa hospital tak bagitahu.
Mungkin sbb belum cukup staf dan kemudahan.
Mungkin sbb belum cukup staf dan kemudahan.
Catat Ulasan