Memaparkan catatan dengan label Saudara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Saudara. Papar semua catatan

15 April 2016

Flashback | Sepupu @ Zoo Taiping 2011

      Imbau kembali kenangan Amin bersama-sama sepupu Amin sebelah abah melawat Zoo Taiping pada 22 Disember 2011. Masa tu Humaira masih kecil jadi tak de dalam gambar ni. Ini merupakan minggu-minggu akhir sebelum Amin masuk darjah 1. Selain RIS-FAMILI sekeluarga, lawatan ini turut disertai oleh sepupu Amin iaitu Along Muhammad, Kak Ayu dan Kak Aya. Abah ditugaskan mengawasi Amin dan sepupunya dan mak menjaga Humaira yang ditolak dalam stroller. Antara gambar yang sempat dikongsi dan disimpan dalam blog ini.
Bergambar di Papan Tanda Zoo sebelum masuk
Aksi bersama haiwan
Ronda-ronda sampai penat
Sebelum balik, bermanja-manja dengan replika haiwan.

04 Januari 2015

Beradik @ 2 dan 3 Bulan

Jika entri sebelum ini memaparkan gambar Amin, Humaira dan Husna di hari pertama kelahiran. Kali ini RIS-FAMILI ingin memorikan gambar ketiga-tiganya dalam blog ini bila berumur 2 dan 3 bulan. Bagi RIS-FAMILI, kali ini barulah ternampak sedikit persamaan apabila dah sedikit besar. Mari cari persamaan;


Kiri : Amin Umur Sebulan ; Kanan : Amin Umur 2 Bulan

Kiri : Humaira Umur Sebulan ; Kanan : Humaira Umur 2 Bulan


Kiri : Husna Umur Sebulan ; Kanan : Husna Umur 2 Bulan


01 Januari 2015

3 Beradik Di Hari Pertama Dilahirkan

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU

      RIS-FAMILI ingin mengabadikan gambar 3 beradik iaitu Amin, Humaira dan Husna dalam entri kali ini. Gambar yang menjadi pilihan adalah gambar di hari pertama kelahiran iaitu gambar masa masih di wad. Biarlah gambar ini menjadi tatapan mereka bila besar nanti.
Amin 04 Oktober
Humaira 11 Februari



Husna 05 Oktober
      Pada masa ni rasanya tak banyak perbezaan. Nanti RIS-FAMILI akan selongkar semula koleksi gambar-gambar masa umur 1 bulan, 2 bulan dan 3 bulan (jika ada) dan akan dimasukkan ke dalam entri akan datang. Rasanya pada umur tu mungkin lebih nampak persamaan rupa. In sha Allah, RIS-FAMILI cuba nak masukkan gambar ketiga-tiganya bila umur 1 tahun. Tapi kalau ingatlah sebab Husna masih kecil lagi sekarang ni.

12 September 2014

Cuti-cuti Malaysia | Langkawi

Pada 5 hingga 8 Jun 2014 lalu, RIS-FAMILI mengambil kesempatan cuti sekolah pertengahan tahun untuk melancong ke Langkawi. Memandangkan agak jauh juga untuk memandu kereta ke Langkawi, jadi RIS-FAMILI memutuskan untuk mengambil penerbangan bersambung terus dari Kuala Terengganu ke Langkawi. Penerbangan transit di KLIA untuk sambungan.

Dalam kapal terbang dari Kuala Terengganu ke KLIA

Amin bersama sepupu semasa menunggu kapal terbang dari KLIA ke Langkawi

Oh ye. Percutian ini turut disertai oleh Tok, Opah, Mak Nyah, Pak Ngah dan 3 orang sepupu Amin / Humaira. RIS-FAMILI bertemu mereka semasa transit di KLIA untuk sambungan penerbangan ke Langkawi.

Mendarat di Lapangan Terbang Langkawi

Keadaan homestay yang disewa

Mendarat sahaja di Langkawi, pihak homestay telah menunggu untuk membawa kami ke rumah sewa yang akan menjadi rumah kami selama 4 hari 3 malam. Memang selesa homestay ini. Homestay ini adalah rumah teres 2 tingkat lot tepi. Berkonsepkan Inggeris mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Van yang memberikan perkhidmatan semasa percutian

Penyewaan homestay ini turut disertakan dengan van Nissan Urvan. Memang luas dan selesa dinaiki kerana mempunyai 4 barisan kerusi. Maklumlah percutian ini disertai oleh 11 orang. Lebih menjimatkan dan praktikal dari mengambil 3 kereta berasingan

Bergambar sebelum masuk Underwater World

Menunggu kenderaan Duck Tour

Semasa menaiki Duck Tour

Frust sebab tak dapat naik kereta kabel

Antara lokasi percutian yang dikunjungi adalah Underwater World (klik sini utk baca), Pantai Cenang, Dataran Lang, Duck Tour. Disebabkan kesesakan yang teruk untuk membeli tiket kereta kabel maka aktiviti kereta kabel tidak dapat disertai semasa percutian kali ini. Maklumlah cuti persekolahan jadi keadaan amat sesak. Amin dan sepupunya frust jugalah sebab tak dapat naik.

Destinasi tumpuan - Kompleks Haji Ismail Group

Antara barangan cenderahati dari Langkawi

Kompleks HIG yang ini pun tak ketinggalan untuk disinggahi

Tak sah kalau ke Langkawi jika tak pergi shopping, memang telah ada dalam jadual untuk 'Shopping Time'. Walaupun begitu, perbelanjaan terkawal dan hanya barang-barang keperluan sahaja yang dibeli antaranya bag kotak, coklat, gamat dan beberapa barang lain.

Humaira bersama burung besar

Dataran Lang antara lokasi lawatan

Bak kata orang, tak lengkap ke Langkawi jika tak singgah ke Dataran Lang, jadi RIS-FAMILI pergi jugalah ke sana walaupun hanya sebentar.

Bergambar sebelum meninggalkan homestay

Amin bergambar dengan opah di replika burung lang

Di Lapangan Terbang Langkawi bersama beg asal dan beg tambahan

Menunggu kapal terbang Langkawi - KLIA

Selepas berada selama 4 hari 3 malam, tibalah masa untuk balik. Perjalanan balik juga menggunakan perkhidmatan penerbangan. Sampai saja di KLIA, RIS-FAMILI mengambil penerbangan sambungan ke Kuala Terenganu manakala Tok, Opah, Mak Nyah, Pak Ngah dan sepupu Amin / Humaira menaiki teksi untuk balik ke rumah mereka.

Bergambar semasa sampai di KLIA dari Langkawi
Memang seronok percutian ini terutamanya Amin dan Humaira kerana dapat bercuti bersama sepupu mereka. Tak puas rasanya dan rasa macam nak pergi lagi.


***********ADVERTISEMENT***********


19 Disember 2012

Welcome To Terengganu

      Pada 9 Disember 2012 lalu, RIS-FAMILI menerima tetamu yang amat-amat ditunggu. Kedatangan Tok dan Along Mohammad amat dialu-alukan. Jika Tok telah beberapa kali datang ke Terengganu namun bagi Along Mohammad ini adalah pertama kali dia datang ke Terengganu. Along Mohammad adalah sepupu kepada Amin.
      RIS-FAMILI mengambil peluang untuk membawa Tok dan Along Mohammad berjalan-jalan sekitar Kuala Terengganu bagi meraikan kedatangan ke sini. Amin dan Humaira amat seronok sebab ada teman untuk bermain dan berjalan-jalan. Kalau kebiasaannya Humaira agak sukar didekati oleh orang lain tapi kali ini dia amat manja dengan Toknya. Amin pula amat ceria bersama dengan Along Mohammad.
      Jalan-jalan juga, tapi gambar jangan lupa utk diabadikan. Inilah antara gambar yang sempat di ambil untuk kenangan. Layan je lah;
Masjid Kristal -  Cadangan asal nak bawa ke Taman Tamadun Islam juga tapi disebabkan hujan, cadangan tersebut dibatalkan.

Muzium Terengganu - Bertingkat jadi sukar jugalah nak bawa stroller Humaira.

Pameran Islamik - Pameran yang ada di dalam Muzium dari 19 November hingga hujung tahun ini.

Masjid Tengku Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung.

Noor Arfa Craft Complex - Window shopping je kat sini sbb tujuan utama adalah untuk melihat demonstrasi membuat batik

Along Mohammad mencuba pakaian batik yang disediakan. Jadilah - Nak cuba pakaian betul tak de la pula disediakan.

Pulau Warisan - RIS-FAMILI panggil mini i-city sebab sama konsep.

Pantai Batu Buruk - Lokasi wajib untuk tetamu. Tapi pergi sekejap je sebab hujan (hujung tahun adalah musin hujan di sini)

Pasar Payang - Tempat membeli cenderhati / buahtangan untuk dibawa pulang ke kampung.

      Ini adalah antara tempat yang sempat dibawa dan diambil gambar. Sebenarnya ada beberapa tempat lagi yang dikunjungi tapi disebabkan tak gambar diambil jadi tak de lah kenangan bergambar di tempat tersebut.
      Oleh kerana Tok ada hal di kampung jadi percutian Tok dan Along Mohammad di Terengganu hanya seminggu. Moga dapat datang lagi berkunjung ke sini bila ada kesempatan. Jadi RIS-FAMILI mengambil peluang mengirimkan keropok lekor sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke kampung. Datanglah lagi ye.

06 September 2012

Amin Berpuasa dan Berhari Raya

Raya puasa pada tahun ini Amin tak melepaskan peluang pergi beraya bersama-sama sepupunya ke sekitar kampung bagi mengeratkan tali silaturrahim sesama orang kampung. Sambil menyelam sambil minum air. Itulah misi yang dilaksanakan oleh Amin pada raya kali ini, di mana sambil beraya dan berkenal-kenalan dengan orang kampung, misi kedua iaitu mengutip duit raya juga terlaksana dengan jayanya. Tak cukup beraya pada raya pertama, misi tersebut bersambung pada hari raya kedua iaitu bersama-sama sepupu yang tiba ke kampung pada raya kedua.
Aksi Amin pergi berhari raya. Amin pakai baju jubah putih.
Tahun ini juga merupakan tahun pertama Amin berpuasa dan Alhamdulillah Amin hanya tinggal 3 hari sahaja iaitu pada 3 hari permulaan puasa. Ketiga-tiga hari tu Amin puasa separuh hari sahaja. Yang seronoknya, Amin senang untuk bangun sahur dan berselera makan semasa sahur. Dan dia kata tahun depan nak puasa penuh. Insya Allah.

11 Februari 2012

Berkelah & Mandi | Lata Belatan, Besut

Hujung Januari 2012 lalu, RIS-FAMILI bersantai di Lata Belatan, Besut. Santai sambil berkelah dan bermandi manda. Aktiviti kali ini diterajui oleh sepupu mak iaitu Teacher Along (Izzul) yang sekarang ini sepenuh masa berada di Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut.
Berkelah?... Dah tentunya mak yang paling sibuk di pagi hari menyediakan juadah untuk dibawa ke Lata Belatan. Yummy, sedap nasi dan lauk yang mak masak. Licinnnnnn.
Mandi?... Dah tentunya yang paling sibuk sebelum pegi adalah Amin, siap kumpulkan pelampung, pakaian mandi dan goggle. Dan pakaian mandi dah siap pakai di rumah.

Dan ini pula gambar yg sempat diabadikan sebagai kenangan untuk dicoretkan dalam 'online diary' kali ini.
Gambar Atas : Humaira berposing selepas selesai sesi berkelah. Gambar Bawah : Amin dan Hunaira berposing sebelum balik.
Pada pandangan RIS-FAMILI, Lata Belatan ini bersih dan dijaga dengan baik oleh pihak pengurusan. Ada kemudahan surau, tandas, parking dan kedai di kawasan tersebut.
Kawasan parking disediakan jadi tak perlu tercari-cari parking di bawah pokok atau ditepi jalan. Sampai je RIS FAMILI terus cari port untuk dihamparkan tikar terbang untuk aktiviti berkelah. Kagum melihat kawasan tersebut boleh dikatakan terurus dengan baik.
Gambar Atas : Antara gelongsor yang ada. Gambar Bawah : Teacher Along mendukung Amin.
RIS-FAMILI memilih kawasan mandi yang cetek saja sebab senang nak jaga Amin semasa dia mandi. Gelongsor juga disediakan untuk kanak-kanak gunakan tapi ada sesetengahnya telah rosak. Namun Amin tak suka main gelongsor disebabkan air agak dalam di penghujung gelongsor. Mujur ada Teacher Along sentiasa menemani Amin mandi. Bolehlah abah menikmati kesejukan air di Lata Belatan ni. Airnya memang sejuukkk...
Gambar Kiri : Amin mengigil kesejukan. Gambar Kanan : Humaira turut mandi, Mak cuma mandi kaki je.
Disebabkan kesejukan, Humaira hanya dibawa mandi sekejap sahaja iaitu pada akhir sesi mandi. Jadilah ye Humaira. Ada kesempatan nanti, bila besar boleh pergi lagi dan mandi puas-puas. Lepas mandi, Amin sambung makan lagi sebab kepenatan main air.
Gambar kenangan sebagai bukti pernah datang ke sini.
Sekadar maklumat : Lata Belatan ini berada di Kaki Gunung Tebu dan antara laluan yang akan dilalui jika hendak mendaki Gunung Tebu. Tapi RIS-FAMILI tak pula pergi jauh sekadar berada di sekitar air terjun saja.

Rasa macam nak pergi lagi. Terima Kasih Teacher Along.



***********ADVERTISEMENT***********


11 Julai 2011

Tok Besah Gi Umrah

Bulan Jun lalu, Tok Amin sebelah abah pergi umrah. Tok pergi bersama-sama dengan jiran sekampung. Ingatkan tak ramai yang mengikuti pakej umrah ni. Rupa-rupanya kat Lapangan Terbang Kuala Lumpur ramai dah yang berkumpul. Maklumlah rombongan bersama Tok hanya ada tujuh orang sahaja. Bila dicongak-congak rasanya lebih dari 70 orang. Semuanya datang dari serata Malaysia. Terasa kemeriahan dan keseronokan apabila ramai yang turut serta.
Berikut adalah gambar-gambar kenangan yang diambil oleh abah Amin sebelum Tok berangkat mengerjakan umrah.
Baru Sampai Di KLIA, Menunggu Lain-Lain Jemaah Umrah
Antara Ahli Rombongan Umrah bersama Tok
Sepupu Amin Pun Datang Untuk Hantar Tok (Tok Amin Pakai Tudung Putih)
Tok Semasa Nak Daftar Masuk (Abah Ambil Gambar Dari Jauh Sebab Dah Tak Boleh Masuk)
Di Kaunter Daftar Masuk
Kapalterbang Yang Tok Naik. Kalau tak silap, Bahrain Airlines.

Pada masa entri ini di publish, Alhamdulillah Tok Besah dah selamat mengerjakan umrah dan telah kembali ke tanahair.