8 Apr 2010

KENDURI - Flashback

Amin suka sangat bila abah & mak ajak pergi kenduri.
Masa kenduri la Amin ambil peluang bergambar. Berikut adalah antara gambar Amin semasa pergi kenduri.
KENDURI MAKSU : FELDA IJOK, PERAK -25 DIS 2008
Amin menjadi pengapit semasa Abah & Mak bersanding?
Bukanlah, ni pelamin masa Mak Su kahwin. Abah dengan Mak saja je berposing mengimbau kenangan lalu.
KENDURI MAKSU : FELDA IJOK, PERAK -25 DIS 2008
Yang paling best tu, pengasuh Amin datang dari Ipoh. Mak Ana nama pengasuh Amin tapi sekarang Mak Ana dah tak jaga Amin sebab Amin dan pindah ke KT.

KENDURI MAKSU : PASIR PUTEH, KELANTAN -27 DIS 2008
Ni pulak gambar kenduri Mak Su Ani semasa di rumah Pak Su. Mak Su Amin yang satu lagi pun datang. Mak Su Amin yang satu lagi tu pakai baju hitam bunga kuning. Dua-dua Mak Su Amin sayang.

KENDURI MAKSU : PASIR PUTEH, KELANTAN -27 DIS 2008
Amin dah letih berarak bersama pengantin. Apa lagi, suruh mak dukung la. Makasih mak.

KENDURI KAWAN ABAH : KERTEH, TERENGGANU -14 NOV 2009
Kawan Abah yang kerja di Labuan ajak abah ke kenduri kahwin adik dia di Kerteh. Sambil makan kenduri, ambil peluang jumpa kawan yang dah lama tak berjumpa.
KENDURI KAWAN ABAH : KERTEH, TERENGGANU -14 NOV 2009
Oh ya, Amin pun jumpa kawan lama juga, nama dia Aiman. kalau Abah kami berdua tak pindah, tentu kami dah jadi kawan karib.

KENDURI SEPUPU MAK : KEMAMAN, TERENGGANU -20 FEB 2010
Yang ni pulak, Mak dijemput untuk turut serta menghadiri kenduri sepupu mak. Sepupu mak tu pengantin perempuan, tapi yang ni kenduri di rumah pengantin lelaki. Sampai aje di rumah kenduri terus ambil peluang bergambar di depan rumah pengantin.
KENDURI SEPUPU MAK : KEMAMAN, TERENGGANU -20 FEB 2010
Amin, Abah dan Mak memang tak lepaskan peluang untuk pergi kenduri apabila di jemput. Rajin berjalan luas pandangan, banyak pengalaman (perut kenyang).

Tiada ulasan: