Memaparkan catatan dengan label Ipoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ipoh. Papar semua catatan

01 Mac 2021

Husna Syifa Kini Darjah 1


      Setelah tertangguh selama 2 bulan akibat PKP, hari ini (1 Mac 2021) Husna Syifa akhirnya menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Jelapang untuk memulakan langkah sebagai pelajar. Buat permulaan ni Husna diletakkan dalam kelas Transisi 7.

Selama dua bulan sebelum ni, Husna belajar secara online je. Sebenarnya persiapan masuk sekolah dah disediakan sebelum penangguhan permulaan sekolah lagi. Jadi tak la kelam-kabut kali ni beli pakaian dan alat tulis. Yuran dan buku tulis pun dah selesai awal-awal.

Pagi-pagi lagi Husna bangun dan tanya dah boleh mandi dan siap pakai baju sekolah ke. Bersemangat sungguh nak gi sekolah, maklumlah dah lama tertangguh. Sebenarnya Husna bersekolah sesi petang jadi tertangguhlah sebentar hajat nak gi sekolah.

Pukul 12.30 tengahari je terus suruh Husna mandi dan bersiap pakai baju sekolah. Disebabkan hari pertama sekolah bersemuka bermula pukul 2 dan zohor pukul 1.31 ptg, jadi masuk je waktu zohor terus solat dan seterusnya berdesup ke sekolah.

Yang tak syoknya, hanya boleh hantar sampai pintu pagar je sebab pandemik covid19 masih belum reda sepenuhnya.

Tapi Alhamdulillah nampaknya Husna dah bersedia dan steady je jalan masuk ke sekolah dengan cikgu menunjuk arah ke dewan untuk berkumpul.

Semoga Husna cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan  belajar dengan bersungguh-sungguh. Berjaya di dunia dan akhirat.






28 September 2020

Jom Jalan | Pavillion Petting Zoo

      Jom Jalan-Jalan, maklumla PKP ni dah lama terkurung dalam rumah je. Jadi RIS-FAMILI pun cari la lokasi yang tak begitu jauh tapi sesuai untuk seisi famili. Jadi Pavillion Petting Zoo di Chepor, Ipoh menjadi pilihan RIS-FAMILI. Tok Besah pun join sekali. Walaupun dah lama buka dan tak jauh dari rumah, ini adalah kali pertama RIS-FAMILI berkunjung ke sini.
      Amin, Kak Ira dan Una teruja kerana boleh bermain, membelai dan suapkan makanan kepada haiwan-haiwan yang ada. Comel-comel semuanya. Makan haiwan pun ada dijual di pintu masuk mini zoo ini. RIS-FAMILI beli makanan arnab, ikan dan ayam. Antara haiwan yang bersedia untuk dibelai dan sekadar tengok dalam ini adalah arnab, ayam, ikan, kambing, burung, iguana, ular, tikus, itik, kucing dan kambing. Rasanya akan ada pertambahan lagi sebab ada beberapa kawasa masih dalam proses renovasi.
      Sesuai untuk bawa saudara mara yang datang 'bukan' dari kampung kerana kebanyakkan haiwan memang dah ada kat kampung-kampung. Tapi bagi kanak-kanak, tak kisahlah dari manapun, memang diaorang teruja terutama arnab dan anak ayam. Comel-comel je semuanya.
      Ni la gambar-gambar RIS-FAMILI semasa berada di Pavillion Petting Zoo. Takkan nak tengok je kan. Ajaklah famili bersiap pergi ke sana. Haiwan-haiwan comel sedang menanti.
 



















Info Petting Zoo

27 Disember 2019

Masjid Cina Ipoh | Masjid Muhammadiah, Tasek

Kepada yang datang Ipoh dan mencari Masjid untuk bersolat, Masjid Cina atau lebih dikenali Masjid Muhammadiah, Tasek adalah antara lokasi menarik. Senibinanya yang persis bangunan bercirikan binaan cina membuatkan kita tak perasan ia adalah sebuah masjid. Kedudukannya terletak di belakang Medan Selera Tasek dan seberang jalan dari Kawasan Perindustrian Tasek.

 






Lokasi Masjid Muhammadiah

Masjid Muhammadiah bernilai lebih RM4 juta itu mula dibina pada 24 November 2011 atas tapak seluas 3,776 meter persegi dan siap pada Julai 2013 dan mula digunakan untuk solat mulai Ogos tahun sama. Ia dirasmikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 18 Julai 2014. (Sumber BH)