16 Feb 2014

Cuti-Cuti Malaysia | Suria KLCC

      Sambungan entri Cuti-Cuti Malaysia Part 3 di mana Part 1 adalah Episod Zoo Negara dan Part 2 adalah Episod Aquaria. Part 3 pula adalah Episod Suria KLCC. Walaupun Suria KLCC terkenal mengenai shopping complex tumpuan dunia, bukan tentang shopping yang RIS-FAMILI nak kongsikan. Selalunya kat Suria KLCC ni RIS-FAMILI hanya window shopping dan makan je. Cerita kali ini adalah berkenaan 'Taman Awam KLCC' yang terletak si luar bangunan yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia satu ketika dulu.
      Taman awam yang di tuju tentunya kolam renang awam yang terletak sebelah barat taman tersebut. Dan kolam renang ni khusus untuk kanak-kanak sahaja. Bukan main seronok lagi Amin dan Humaira bila dapat tahu nak pergi situ apatah lagi mereka hanya tahu setelah dibawa ke kolam renang tersebut. Maklumlah, segala peralatan mandi disorokkan dalam beg semasa hendak ke sana.
 Lihatlah begitu seronoknya Amin dan Humaira bermain air
 Memandangkan cuti persekolahan, ramai juga ibu bapa mengambil kesempatan bawa anak mandi di sini
Walaupun air tak begitu dalam buat Amin, itu tak jadi halangan buat Amin untuk berseronok main air

      Sebenarnya aktiviti ini adalah aktiviti tertangguh yang sepatutnya dibuat pada cuti persekolahan akhir 2012 lalu. Memandangkan pada masa tersebut adalah musim hujan terpaksalah ditangguhkan. Dua kali (hari berturut-turut) RIS-FAMILI ke Suria KLCC tetapi tiada rezeki utk Amin dan Humaira pada masa tersebut kerana hujan. Tetapi tak lah Amin dan Humaira sedih atau kecewa sebab pada masa tu pun mereka tak tahu nak bawa mandi-mandi. Jadi aktiviti tersebut digantikan dengan aktiviti lain (indoor je). Klik sini untuk baca entri tersebut. Rasanya mungkin ke sana lagi jika ada kesempatan. In Sha Allah.

Part 1 : Zoo Negara (klik sini)
Part 2 : Aquaria (klik sini)