Memaparkan catatan dengan label Belajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Belajar. Papar semua catatan

01 Mac 2021

Husna Syifa Kini Darjah 1


      Setelah tertangguh selama 2 bulan akibat PKP, hari ini (1 Mac 2021) Husna Syifa akhirnya menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Jelapang untuk memulakan langkah sebagai pelajar. Buat permulaan ni Husna diletakkan dalam kelas Transisi 7.

Selama dua bulan sebelum ni, Husna belajar secara online je. Sebenarnya persiapan masuk sekolah dah disediakan sebelum penangguhan permulaan sekolah lagi. Jadi tak la kelam-kabut kali ni beli pakaian dan alat tulis. Yuran dan buku tulis pun dah selesai awal-awal.

Pagi-pagi lagi Husna bangun dan tanya dah boleh mandi dan siap pakai baju sekolah ke. Bersemangat sungguh nak gi sekolah, maklumlah dah lama tertangguh. Sebenarnya Husna bersekolah sesi petang jadi tertangguhlah sebentar hajat nak gi sekolah.

Pukul 12.30 tengahari je terus suruh Husna mandi dan bersiap pakai baju sekolah. Disebabkan hari pertama sekolah bersemuka bermula pukul 2 dan zohor pukul 1.31 ptg, jadi masuk je waktu zohor terus solat dan seterusnya berdesup ke sekolah.

Yang tak syoknya, hanya boleh hantar sampai pintu pagar je sebab pandemik covid19 masih belum reda sepenuhnya.

Tapi Alhamdulillah nampaknya Husna dah bersedia dan steady je jalan masuk ke sekolah dengan cikgu menunjuk arah ke dewan untuk berkumpul.

Semoga Husna cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan  belajar dengan bersungguh-sungguh. Berjaya di dunia dan akhirat.






18 September 2020

Jom Melukis

      Koleksi lukisan Kak Ira dan Una sepanjang tempoh PKP yang sempat dikumpul. Sebenarnya banyak juga hasil lukisan tapi yang lain tu terlupa nak ambil gambar.

     Letak di sini supaya nanti kak Ira dan Una bolehla tengok hasilnya sepertimana hasil abang Amin melukis "euian" masa kecil dulu. Nak tau apa itu euian abang Amin, klikla perkataan euian tadi.

Jom lihat hasil lukisan kak Ira dan Una.


       


21 November 2019

Majlis Anugerah Kecemerlangan SRAR Al-Muttaqin 2019

Aktiviti : Majlis Anugerah Kecemerlangan.
Lokasi : Sekolah Rendah Agama Rakyat Madrasah Al-Muttqin, Meru, Ipoh.
Tarikh : 16 November 2019

      Pada majlis kali ini, kakak menerima anugerah bagi tulisan Jawi Terbaik. Walaupun tak menerima hadiah 3 pelajar terbaik, mak dan abah tetap berbangga kerana keputusan kali ini menunjukkan peningkatan berbanding penilaian pada tahun lepas dan awal tahun.
      Selain itu kakak Ira juga terlibat untuk mengadakan pesembahan nasyid. Sebanyak dua lagu nasyid yang dipersembahkan oleh kakak dan kawan-kawan dari tahap 1. Terbaiklah kakak.




 

 


 

18 November 2019

Majlis Apresiasi Pelajar Sekolah Kebangsaan Jelapang 2019

Tarikh : 14 November 2019
Lokasi : Casuarina Convention Centre, Meru, Ipoh
Masa  : 8.00 pagi - 10 pagi (Sesi 1)

      Tahun ini tiada majlis Anugerah Kecemerlangan seperti tahun-tahun sebelum ini kerana tiada lagi peperiksaan untuk menilai pencapaian kedudukan pelajar dan pencapaian pelajaran terbaik. Kali ini anugerah diberikan kepada pelajar-pelajar yang mencapai tahap minimum.
      Bagi kelas kakak, kesemuanya menaiki pentas kerana semua telah melepasi tahap minimum yang ditetapkan.
      Disebabkan ramai yang menerima kali ini, masa majlis diadakan sebanyak 3 sesi. Kakak diletakkan pada sesi 1 iaitu dari pukul 8.00 pagi sehingga 10 pagi.




 


Video Kakak Ira Terima Anugerah

27 Mac 2019

Hari Pertama Ke Sekolah | Tadika Little Caliph, SKJ, SMKASAS

Muhammad Amin
Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu
Tahun 1 Aktif
2 Januari 2013

Muhammad Amin
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah, Bota
Tingkatan 1Ibnu Sina
8 Januari 2019

Humaira Soleha
Sekolah Kebangsaan Jelapang, Ipoh.
Tahun 1 Teratai
2 Januari 2018

Husna Syifa
Tadika Little Caliph, Taman Meru, Ipoh
Kelas 5KG1
2 Januari 2019


***********ADVERTISEMENT***********


09 Januari 2019

SMKA Sultan Azlan Shah, Bota | SM KASAS

      Tarikh 8.1.19 adalah hari bersejarah buat RIS-FAMILI kerana abang Amin melapor diri ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah, Bota. Bermakna bermulalah hidup abang Amin berdikari jauh dari keluarga kerana tinggal di asrama. Memang ini impian abang Amin sejak memasuki darjah 6.
      Abg Amin ditempatkan di bilik Khalid bersama 9 pelajar tingkatan 1 dan dua orang pelajar tingkatan 4. Pelajar tingkatan 4 ini adalah pelajar yang dilantik oleh pihak asrama untuk membimbing pelajar lain. Seorang adalah pengawas asrama dan seorang lagi adalah biro BADAR.



      Sampai saja di sekolah, abg Amin disambut oleh pelajar Tingkatan 4 yang menjadi abang angkat yang akan membantu pelajar-pelajar baru. Abang angkat Amin bernama Hakimi dan berasal dari Chemor.
      Seperti biasa, proses bermula dengan pendaftaran murid dan pembayaran yuran.
Amin ditempatkan di kelas 1 Ibnu Sina dan rumah merah untuk sukan.



      Selepas tamat taklimat berkenaan sekolah dan asrama barulah abg Amin dibenarkan masuk kebilik asrama. Bagi abah dan mak, keadaan asrama dan sekolah memuaskan. Suasana pun nampak menarik. Abg Amin pun nampak ceria.
      Kemudahan asas pun agak memuaskan. Jeles abah dan mak sebab dulu tak de kemudahan macam ni. Disebabkan hari mula masuk asrama, abah dan mak ambil kesempatan meronda-ronda sekitar asrama. Antara kemudahan yang ada (tapi tak ada masa mak & abah) adalah bilik beg, bilik seterika, mesin basuh. pelbagai gelanggang sukan, surau berekon dan dewan berekon. Malah air bertapis coway juga disediakan. Bertuahnya.
      Semoga abg Amin dapat menyesuaikan diri tinggal di asrama ini dan berjaya menjadi insan kamil seperti motto sekolah ini.


***********ADVERTISEMENT***********