30 Okt 2011

Bukit Merah Kami Datang

Hujung bulan September lalu, RIS FAMILI berpeluang untuk ke Bukit Merah Lake Town. Sambil berkursus, bawa sekali famili bercuti. Tapi dapatlah bersama-sama famili selepas pukul 5 petang dan malam sahaja kerana tuntutan kursus. Disebabkan itu juga aktiviti mandi hanya berjalan di kolam renang apartment merangkap hotel sepanjang 3 hari dua malam di Bukit Merah. Tapi berbaloi juga kerana kolam renang hotel ni memang besar. Lagipun dalam bulan Disember nanti, Insya Allah RIS-FAMILI akan ke sana lagi dan tentunya ke Taman Tema pula. Sesi kali ni kiranya macam sessi survey bagi persediaan sesi Disember nanti.
Bercakap tentang kolam renang, dah tentunya si Amin la yang beruntung sekali kerana memang dah menjadi kegemaran dia kalau hotel ada kolam renang.
Kolam renang pun besar dan bersih. Yang Amin mandi ni kolam untuk kanak-kanak je, kolam utk dewasa nun di sebelah sana. Amin je yang bermandi-manda sambil berenang ke sana sini. Mak, abah dan baby jadi pemerhati je.

20 Okt 2011

Happy Birthday | Amin Turns Five (Part 2)

Kalau part 1, birthday di tadika. Part 2 menyambung cerita sebelum jadinya cerita part 1 (klik utk baca part 1).

Begini ceritanya : Dua minggu sebelum birthday, RIS-FAMILI pergi ke kedai kek untuk tempah kek untuk sambut birthday Amin di tadika bersama kawan-kawan sekolah. Bila tengok kek, Amin teruja melihat kek bentuk padang bola (siap dengan tiang gol) dalam peti sejuk tapi memandangkan saiz terlalu besar utk sefamili makan jadi RIS-FAMILI mengambil keputusan utk beli kek yg dah dipotong je. Kek utk birthday hanya akan diambil sehari sebelum birthday.

Dalam diam-diam rupanya mak ada agenda lain untuk Amin memandangkan birthday Amin hanya akan disambut di tadika. Jadi mak ke kedai kek tu semula beberapa hari sebelum birthday Amin dan membeli sebiji kek. (*Saiz kecil je sekadar cukup utk RIS-FAMILI bertiga). Dan seterusnya berlangsungnya sambutan birthday Amin secara mengejut beberapa hari awal dengan gilang-gemilangnya.

Gambar diambil sebagai kenangan. Sebenarnya ada lagi gambar lain diambil termasuk gambar RIS-FAMILI sekeluarga tapi tak jumpa pula masa menulis entri ni. Kalau dah jumpa nanti, bolehlah upload dalam entri ini.
Birthday Boy and Cake
* Kek kecik tapi seminggu pun tak habis makan.

16 Okt 2011

Happy Birthday | Amin Turns Five (Part 1)

Awal Oktober lalu iaitu pada 4 Oktober 2011 lalu adalah hari ulangtahun kelahiran Amin yang ke 5. Bagi meraikan ulangtahun kelahiran Amin, RIS-FAMILI telah meraikan sambutan tersebut di sekolah Amin iaitu bersama-sama rakan Amin di Tadika Rossa. Walaupun mak dan abah tak join tapi dari gambar dan reaksi Amin selepas balik dari sekolah nampaknya majlis tersebut meriah dan menggembirakan Amin.
Cakap je tak best... saksikan gambarnya;
Bergambar dengan kek sebelum diserbu oleh rakan-rakan.
Potong... jangan tak potong.
Sebahagian rakan yang dah tak sabar nak merasai kek yang mak buat.
Oppssss..... Rupanya ramai lagi yang nak makan kek, sabar ye. Nanti Amin bagi sorang sepotong.

SELAMAT ULANGTAHUN KE 5 UNTUK AMIN. SEMOGA AMIN MEMBESAR DENGAN SIHAT DAN MENJADI ANAK YANG SOLEH.
Tunggu untuk sambungan entri birthday untuk part 2 pula.
Dah publish part 2 (klik di sini utk baca)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails