30 Ogo 2011

Salam Aidilfitri Dari RIS-FAMILI

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapakan kepada pembaca blog ini. Raya kali ni turut di kena pada hari ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke 54. Bagaimanapun kemeriahan Aidilfitri lebih terasa berbanding dengan Kemerdekaan bagi RIS-FAMILI. Anda bagaimana?
Aidilfitri bermakna cuti bekerja, jadi cuti Aidilfitri kali ini akan berterusan selama 5 hari bagi RIS-FAMILI tanpa perlu mengambil cuti rehat tambahan kerana Aidilfitri jatuh pada hari Selasa dan Rabu dan Rabu pula adalah hari Kemerdekaan jadi cuti Kemerdekaan bawa ke Khamis. Jumaat dan Sabtu pula sememangnya cuti hujung minggu di Terengganu. Jadi Selasa sampai Sabtu adalah hari berCUTI. Bolehlah beraya berterusan selama 5 hari. Kalau nak raya lebih lama, hanya tambahkan lagi cuti sendiri.
Dikesempatan ini RIS-FAMILI ingin memohon kemaafan andai ada sebarang kesalahan.

Salahkah jika ibu dodoikan
Tidurkan anak di atas pangkuan
Salah dan silap hamba lakukan
Ampun maaf hamba pohonkan

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN

23 Ogo 2011

This is Euian

Kat Rumah memang ada satu white board yang dibelikan khas untuk Amin menulis, melukis dan menconteng dan kedudukannya dipasang pada paras ketinggian Amin. Lagipun selamat la sikit dinding rumah dari diconteng memandangkan sekarang Amin berada pada umur belajar menulis dan melukis.
Baru-baru ini Amin telah menulis dan melukis perkataan yang dipelajari di sekolah tapi disebabkan dia tak begitu ingat sepenuhnya cara mengeja, diapun menulis di white board yang disediakan untuk beliau perkataan (ejaan) yang dia ingat tanpa disedari oleh mak dan abah.
Rupa-rupanya ini yang dia maksudkan;

12 Ogo 2011

Jom Jalan | KL & PJ

Mei Lepas RIS-FAMILI ada kerja di KL dan PJ jadi dikesempatan itu dapat la berjalan-jalan selepas kerja diselesaikan kerana dua hari berikutnya memang hari hujung minggu. Kebetulan pula hal abah dan mak tidak berjalan pada hari yang sama tetapi berlaku pada hari yang berturutan jadi ada lah masa mak nak uruskan baby Humaira dan Abang Amin pada masa abah ada urusan dan begitulah juga sebaliknya.
Ini juga merupakan antara pengalaman pertama baby Humaira berjalan jauh menaiki kereta. Alhamdulillah sepanjang perjalanan pergi dan balik, baby Humaira (dan juga Abang Amin) memberi kerjasama yang baik. Kalau macam ni bolehlah bawa lagi.
Hari pertama menginap di Vista Subang iaitu rumah Mak Ngah (Kak kpd abah) kerana abah ada taklimat di Putrajaya. Sukalah abang Amin sebab berjumpa dengan sepupu. Sepanjang hari bermain, bermain dan bermain. Antaranya bermain sambil pakai topeng seperti gambar di bawah.
Abang Amin pakai baju belang. Seorang lagi sepupu Amin tak de dalam gambar sbb kecil lagi.

Hari berikutnya mak pula ada mesyuarat di Petaling Jaya. Jadi lepas abah selesai urusan di Putrajaya, RIS-FAMILI check out Vista Subang dan Check In Hotel di Petaling Jaya sebab dekat dengan tempat mak bermesyuarat (jalan kaki je ke sana).
Lepas selesai check in, terus serbu bilik untuk bersantai sambil berbaring-baring. Ni kali kedua RIS-FAMILI menginap di Hotel ni tapi kali ni istimewa sebab baby Humaira pun ada sekali. Sebagai kenangan, gambar pun diambil.
Amin seperti biasa, kalau hotel ada bath tub, mesti nak cuba paling kurang mesti sekali. Kalau tak, berkali-kali.
Dan RIS-FAMILI juga tak ketinggalan bergambar semasa nak check out selepas selesai urusan rasmi (kerja) dan urusan tak rasmi (ronda-ronda).
Tapi..... Lepas check out, urusan tak rasmi (ronda-ronda) terus berjalan dengan jayanya. Hanya balik Terengganu selepas penat ronda-ronda.

6 Ogo 2011

ETS | Perkhidmatan Keretapi Laju

(Promo dulu, free je. ETS tak bayar pun. Hehehe) ETS - Perkhidmatan Keretapi Laju di Malaysia antara Kuala Lumpur - Ipoh dan Kuala Lumpur - Seremban. Persinggahan di Stesen dihadkan kepada beberapa stesen dan masa singgah juga dihadkan. Jadi tak perlu tunggu lama kalau nak ke Kuala Lumpur atau sebaliknya.
Sebagai contoh, jika dulu nak ke Kuala Lumpur dari Ipoh mengambil masa lebih 3 jam 40 minit (Sinaran Utara) tapi sekarang 2 jam (ETS Platinum). Penjimatan dalam masa perjalanan tapi dari segi tiket kena up le sikit (sikit ke?). Tapi kekurangan pula kalau dibandingkan dengan menaiki kereta sendiri, perjalanan dengan ETS hanya dari stesen ke stesen je. Kalau nak gerak ke tempat lain kenala naik pengangkutan awam lain pula. Apapun pilihan memang ditangan anda.

Baru-baru ni, RIS-FAMILI (sebenarnya saya sorang je, hehehe) berkesempatan menaiki ETS ni dari Ipoh ke Kuala Lumpur pergi balik. Memandangkan ada hal di Kuala Lumpur semasa balik Ipoh, jadi nak juga merasa naik ETS ni, maklumla kat Terengganu mana ada keretapi penumpang. Bagi RIS-FAMILI, memang berbaloi naik sebab cepat dan keadaan dalam keretapi agak memuaskan (mungkin masih baru dan harap-harap dapat dikekalkan keadaan seperti ini).

Dengan ini RIS-FAMILI nak kongsikan gambar-gambar yang sempat diambil.
Harga Tiket RM30 sehala bagi ETS Platinum. Sekali sekala boleh la.

Keadaan Train dari Luar. Masa naik tak la bersesak-sesak sbb naik train terawal (5.00 pagi)

Keadaan dalam Train. Bersih dan Selesa.

Ada skrin untuk menayangkan kelajuan keretapi dan petunjuk kelajuan hanya akan terpapar bila kelajuan melebihi 95 kmsj. Masa naik hanya dipasang cerita kartun 'Mickey Mouse' je.

Kepada yang nak guna noebook/netbook/telefon canggih, bolehlah guna sambil cas sebab disediakan soket untuk anda cas peralatan eletrik di tepi tempat duduk.

Kalau nak tahu serba sedikit tentang ETS, semak kat website ETS di sini. (Klik lah sini)

1 Ogo 2011

Selamat Berpuasa | Salam Ramadan

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah memperkenankan hari Isnin bersamaan 1 Ramadhan 1432 sebagai hari pertama berpuasa.
Dengan itu RIS-FAMILI mengambil peluang mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails