30 Mei 2012
27 Mei 2012
Asrama S.M. King Edward VII, Taiping | Reunion
Selepas 20 tahun meninggalkan Asrama Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping, maka pada 5 Mei 2012 lalu, abah telah kembali semula ke asrama K.E. VII. Ini disebabkan adanya reunion pelajar asrama K.E. VII pada tarikh tersebut. Reunion yang dihadiri kali ini adalah reunion yang dijalankan secara rasmi dan juga reunion secara tak rasmi bagi batch abah.
Bagi reunion rasmi ini adalah kali kesepuluh dan terbuka kepada semua bekas penghuni asrama tak kira tahun bila namun bagi abah ini adalah kali pertama join. Aktivitnya dibuat secara formal dari pagi ke malam iaitu mesyuarat agung, bacaan yassin, perlawanan outdoor / indoor dan majlis makan malam bersama pelajar asrama. Manakala bagi aktiviti secara tak formal pula adalah untuk bekas pelajar yang sama batch dengan abah je. Aktivitinya pun tak formal seperti borak-borak, bergambar dan menjamu selera di kedai yang sering dikunjung masa student dulu.

Antara kawan abah yang satu batch
Pada asalnya abah hanya ingin join aktiviti yang melibatkan batch yang sama je tapi disebabkan tempat reunion adalah sama dengan yang rasmi jadi kena join jugalah yang rasmi. Yang rasmi bermula lewat pagi dan berakhir malam tapi abah join sampai pukul 2 petang je.
Antara aktiviti yang sempat di join dan diambil gambar.
# Aktiviti Reunion Bekas Pelajar Asrama King Edward VII diadakan setiap tahun pada setiap Sabtu pertama bulan Mei di Asrama S.M.K.E. VII, Taiping. Semua bekas pelajar dijemput hadir.
***********ADVERTISEMENT***********
25 Mei 2012
KOTAK SIMPANAN MAINAN | PLEASE RECYCLE
Sekarang ni Humaira sudah ada kotak untuk disimpan barang mainan dia sediri. Sebelum ni dia berkongsi kotak simpanan bersama dengan abang Amin. Tapi kotak Humaira ni spesel sikit sebab kotak ni hasil dari sentuhan mak yang dibuat dengan penuh kasih sayang sempena hari ibu baru-baru ini.
Nak tengok kotak spesel ni !!!!
Nak tahu cara buatnya;
1. Dapatkan kotak, kertas pembalut hadiah, gunting, gam dan hiasan.
2. Gunting kertas pembalut hadiah mengikut saiz kotak dan lekatkan kertas tersebut pada bahagian luar kotak.
3. Dah kering gam, bolehlah simpan barang mainan. (Atau apa saja barang lain)
Nak tengok kotak spesel ni !!!!
Ni la kotak spesel tu
Nak tahu cara buatnya;
1. Dapatkan kotak, kertas pembalut hadiah, gunting, gam dan hiasan.
Kotak sekadar contoh (RIS-FAMILI gunakan kotak ini)
2. Gunting kertas pembalut hadiah mengikut saiz kotak dan lekatkan kertas tersebut pada bahagian luar kotak.
3. Dah kering gam, bolehlah simpan barang mainan. (Atau apa saja barang lain)
21 Mei 2012
Cuti-cuti Malaysia | Jusco Station 18
Awal bulan 5 lepas, RIS-FAMILI balik Perak dan salah satu tempat yang dikunjungi adalah Jusco yang baru dibuka di Ipoh iaitu Jusco Station 18. Abah pernah tinggal berdekatan Station 18 selama hampir 9 tahun di situ tapi pada masa tu tak ada apa-apa pun kat situ. Yang grand pada masa tu hanyalah Pasaraya Pasabina (dah tutup pun sekarang ni).
Sekarang ni dah pesat jugalah tempat ini dengan adanya Tesco dan Jusco dan deretan kedai dan pejabat yang baru dibuka. Kalau dulu boleh dianggap tak ada apa-apa sangat sebab kalau nak berlibur dan membeli belah kena pergi ke bandar tapi sekarang semuanya ada. Macam-macam adaaaa....
Tapi yang lain tak mahula cerita sebab tujuan entri ini ditulis adalahmempromosi berkongsi cerita berkenaan Jusco yang baru je dibuka. Baru buka ni seronok sikit nak cerita, kalau dah lama tak best la nak cerita.
Besar jugalah kompleks ni tapi masih ada lot-lot kedai yang masih belum dibuka. Maklumla baru je beroperasi. Dan dekorasi pembukaan masih lagi ada RIS-FAMILI tak melepaskan peluang untuk bergambar. Kalau dibandingkan dengan Jusco Kinta City, Jusco ni lebih besar.
Tak banyak barang yang dibeli sebab tujuan asal datang sini bukan untuk tujuan shopping. Tujuan asal adalah untuk meronda-ronda sambil melihat keadaan dalaman Jusco ini sebab nak tahu gak apa yang ada kat sini. Juga masa untuk bersama-sama famili untuk beriadah dan berlibur. Kalaulah kat Kuala Terengganu ada kompleks-kompleks macam ni kan best.
Sekarang ni dah pesat jugalah tempat ini dengan adanya Tesco dan Jusco dan deretan kedai dan pejabat yang baru dibuka. Kalau dulu boleh dianggap tak ada apa-apa sangat sebab kalau nak berlibur dan membeli belah kena pergi ke bandar tapi sekarang semuanya ada. Macam-macam adaaaa....
Tapi yang lain tak mahula cerita sebab tujuan entri ini ditulis adalah
Besar jugalah kompleks ni tapi masih ada lot-lot kedai yang masih belum dibuka. Maklumla baru je beroperasi. Dan dekorasi pembukaan masih lagi ada RIS-FAMILI tak melepaskan peluang untuk bergambar. Kalau dibandingkan dengan Jusco Kinta City, Jusco ni lebih besar.
Tak banyak barang yang dibeli sebab tujuan asal datang sini bukan untuk tujuan shopping. Tujuan asal adalah untuk meronda-ronda sambil melihat keadaan dalaman Jusco ini sebab nak tahu gak apa yang ada kat sini. Juga masa untuk bersama-sama famili untuk beriadah dan berlibur. Kalaulah kat Kuala Terengganu ada kompleks-kompleks macam ni kan best.
17 Mei 2012
Petua | Daun Sirih | Hidung Berdarah
RIS-FAMILI sejak dulu mengamalkan penggunaan daun sirih jika hidung berdarah (jika ada daun sirih). Walaupun ia sekadar petua, dipercayai daun sirih mengandungi agen pembekuan darah (belum survey dlm internet) yang mempercepatkan pembekuan darah. Kebiasannya RIS-FAMILI mrenggunakan kaedah ini apabila hidung tiba-tiba berdarah akibat kepanasan.
Caranya amat mudah;
1. Ambilkan daun sirih. Kalau tak pernah lihat, gambar bawah sebagai panduan.
2. Gulungkan daun sirih sehingga muat untuk menutupi hidung (tutup sebelah hidung yg berdarah sahaja).
3. Masukkan ke lubang hidung yang berdarah. Jika darah banyak, jangan baring tapi duduk sambil tundukkan kepala.
4. Bila dah rasa pendarahan dah kering, keluarkan daun tersebut dan cuci hidung dengan lemah lembut bagi mengelakkan pendarahan semula.

13 Mei 2012
SELAMAT HARI IBU
Tiap hari adalah hari ibu. Ehhh... macam biasa dengar pula ungkapan seumpama itu.
Khamis baru ni Amin ada buat kad hari ibu khas untuk ibu atau dia lebih mesra panggil MAK. Kad ni dibuat di tadika bersama-sama kawan. Balik je tadika terus dia bagi kad yang dia buat untuk mak kesayangan beliau. Ni la kad yang dia buat.
Esoknya Amin ajak mak makan spesel kat kedai bagi meraikan hari Ibu. Terima kasih mak kerana menjadi ibu (mak) yang terbaik untuk kami.
Tak lupa juga ucapan hari ibu untuk pembaca yang merupakan para ibu. Selamat Hari Ibu.
Nota : Tahun lepas pun Amin ada buat kad gak (kad atas paper plate) tapi lupa nak masukkan ke dalam blog ni.

Muka depan Kad
Isi Dalam Kad

Langgan:
Catatan (Atom)