8 Dis 2013

Jom Renang | Kompleks Akuatik Negeri Terengganu

Dah lama rasanya RIS-FAMILI tak pergi mandi di kolam renang. Selalunya RIS-FAMILI ambil kesempatan bila berkursus atau bercuti di hotel. Pantang nampak kolam renang, mulalah Amin nak pergi mandi. Tapi memandangkan dah lama tak ke hotel, jadi RIS-FAMILI mengambil peluang untuk mencuba mandi di kolam renang yang terletak berhampiran Pantai Batu Buruk iaitu ke Kompleks Akuatik Negeri Terengganu yang RIS-FAMILI lebih mesra panggil Kompleks Renang Batu Buruk. Kompleks renang ni adalah kompleks rasmi bagi acara renang dan sukan berasaskan air masa Terengganu jadi tuan rumah SUKMA tahun 2008 lalu.
Bayaran masuk adalah RM4.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak. Terdapat pengasingan kolam renang untuk kanak-kanak, lelaki dewasa dan wanita dewasa. Tapi yang tak bestnya, ibubapa yang nak masuk untuk mengawasi anak-anak mandi pun akan dikenakan bayaran walaupun hanya duduk di tepi kolam.
Waktu dibuka adalah setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang. Dan dibahagikan kepada 3 sesi. Kalau nak sambung ke sesi berikutnya, kena la tambah bayaran lagi. RIS-FAMILI memilih sesi ketiga iaitu bermula pukul 5.00 petang iaitu selepas solat Asar. Lagipun waktu ni dah tak begitu panas maklumlah kawasan kolam tak berbumbung.
Inilah aksi Amin dan Humaira mandi kolam dan mak tak melepaskan peluang masuk sekali dalam kolam walaupun tak mandi, maklumlah dah kena bayar. Ramailah juga kanak-kanak lain turut bersama dalam sesi renangan kali ini. Walaupun hanya mandi di kolam kanak-kanak, pelampung tetap dipakai bagi tujuan keselamatan.
Selepas sejam bermain air, tibalah masa untuk balik. Lihatlah betapa cerianya Amin dan Humaira dapat bermain air kali ini. Dan seperti biasa Amin bagitahu nak datang lagi mandi di sini. Baiklah Amin, In Sha Allah nanti bila ada kelapangan kita datang sini lagi.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nampak macam best.

Tanpa Nama berkata...

hai cik id

RIS YA berkata...

Hai 'Tanpa Nama'

Yaya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Yaya berkata...

Sy juga merancang utk ke sini..jd sy ingin bertanya, bleh ke masuk ke kolam sini klu pkai bju biasa? Mknanya x pakai pakaian renang

Yaya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
RIS YA berkata...

Boleh berpakaian biasa. Yg tak boleh kalau tak berpakaian. Rasanya masih tutup utk penyelengaraan. Cuba check dgn mbkt samada dah buka atau belum.

RIS YA berkata...

Boleh berpakaian biasa. Yg tak boleh kalau tak berpakaian. Rasanya masih tutup utk penyelengaraan. Cuba check dgn mbkt samada dah buka atau belum.

Yaya berkata...

Oo mungkin masih tutup.. Ok terima kasih untuk maklumat

Yaya berkata...

Oo mungkin masih tutup.. Ok terima kasih untuk maklumat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails