15 Sep 2011

Jom Libur | Pantai Teluk Cempedak

Rancangan asal - 3 hari 2 malam di Pantai Cherating.
Rancangan yang jadi - 2 hari 1 malam di Pantai Cherating dan 1 hari di Pantai Teluk Cempedak, 1 malam di Kuantan.
Inilah rancangan yang berubah sepertimana yang dibagitahu sebelum ni. Selepas selesai mandi di laut dan main pasir buat kali kedua di Pantai Cherating selepas bersarapan, RIS-FAMILI berkemas barang dan check-out. Terus menuju ke bandar Kuantan, rancangan asal nak menginap di Pantai Teluk Cempedak tapi rupa-rupanya tak banyak hotel di Pantai Teluk Cempedak. Chalet langsung tak ada. Yang ada hanyalah hotel yang berbintang-bintang yang harganya wowwwww.. (bukan taraf RIS-FAMILI) dan hotel yang berada di lot-lot rumah kedai (rasa mcm tak konfiden je hotel jenis ni). Jadi RIS-FAMILI terus ke bandar Kuantan dan menginap di hotel biasa-biasa je.
Hotel yang biasa kita dengar. Hotel Seri 1Malaysia Malaysia
Selepas aje check-in, agenda nak berlibur di Pantai Teluk Cempedak telah pun disuarakan oleh Amin. Disebabkan memang inilah tujuan asal percutian kali ini, permintaan Amin ditunaikan. Tapi sebelum itu kenalah makan, solat dan rehat dahulu.
@ Pantai Teluk Cempedak.  Pantai bersih dan Cantik.
Sampai je di pantai, Amin apa lagi. Terus nak main pasir dan mandi laut. Pakaian untuk mandi menang dah pakai masa kat hotel tadi. Jadi apa lagi - Jom mandi laut.
*Nota : Aksi semasa mandi tak dapat dipaparkan atas sebab yang tak mahu dinyatakan.

12 Sep 2011

Jom Libur | Percutian Cherating


RIS-FAMILI dah hampir 3 tahun di Pantai Timur tapi Pantai Cherating pun belum penah jejak. Jadi pada cuti kapit (istilah org sini bagi cuti yg diambil apabila ada cuti umum sehari sebelum itu) sempena Keputeraan Sultan Terengganu sebelum puasa lalu, RIS-FAMILI berlibur di Pantai Cherating.
RIS-FAMILI mengambil keputusan untuk memilih penginapan ala-ala nelayan iaitu chalet yang mengadap pantai/laut. Lagipun harganya tak la begitu mahal berbanding kalau pilih hotel berbintang-bintang. Survey punya survey dapatlah 'Ranting Beach Resort' yang betul-betul seperti yang dirancangkan. Walaupun servisnya tak sebebaloi harganya tapi ok lah.
Masa RIS-FAMILI check-in, tak ramai yang menginap memandangkan bukan cuti umum seMalaysia, hanya cuti umum (dan cuti kapit) di Terengganu sahaja. Tapi masa nak mandi laut, ramai pulak yang ada. Entah dari mana datangnya.
Inilah keadaan chalet yang RIS-FAMILI menginap dari pandangan depan. Simple tapi luas. Ada dua katil double.
Amin suka sebab chalet dekat pantai/laut. Pandangan dari dalam bilik mengadap laut. Humaira dan Mak pun tak melepaskan peluang bergambar dalam bilik.
Amin dah teruja untuk mandi di laut dan main pasir di pantai. Siap bawa pelampung dari rumah.
Tapi sebelum mandi di laut, kena makan dulu supaya tak lapar masa mandi sbb nak main air dan pasir lama-lama. Makan di beranda chalet sambil menikmati pemandangan Pantai Cherating dan disapa oleh angin laut yang sepoi-sepoi bahasa.
Rancangan asal nak menginap selama 3 hari 2 malam di Pantai Cherating tapi tiba-tiba rancangan berubah. Nak tahu rancangan seterusnya, baca entri berikutnya @ klik di sini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails