12 Sep 2011

Jom Libur | Percutian Cherating


RIS-FAMILI dah hampir 3 tahun di Pantai Timur tapi Pantai Cherating pun belum penah jejak. Jadi pada cuti kapit (istilah org sini bagi cuti yg diambil apabila ada cuti umum sehari sebelum itu) sempena Keputeraan Sultan Terengganu sebelum puasa lalu, RIS-FAMILI berlibur di Pantai Cherating.
RIS-FAMILI mengambil keputusan untuk memilih penginapan ala-ala nelayan iaitu chalet yang mengadap pantai/laut. Lagipun harganya tak la begitu mahal berbanding kalau pilih hotel berbintang-bintang. Survey punya survey dapatlah 'Ranting Beach Resort' yang betul-betul seperti yang dirancangkan. Walaupun servisnya tak sebebaloi harganya tapi ok lah.
Masa RIS-FAMILI check-in, tak ramai yang menginap memandangkan bukan cuti umum seMalaysia, hanya cuti umum (dan cuti kapit) di Terengganu sahaja. Tapi masa nak mandi laut, ramai pulak yang ada. Entah dari mana datangnya.
Inilah keadaan chalet yang RIS-FAMILI menginap dari pandangan depan. Simple tapi luas. Ada dua katil double.
Amin suka sebab chalet dekat pantai/laut. Pandangan dari dalam bilik mengadap laut. Humaira dan Mak pun tak melepaskan peluang bergambar dalam bilik.
Amin dah teruja untuk mandi di laut dan main pasir di pantai. Siap bawa pelampung dari rumah.
Tapi sebelum mandi di laut, kena makan dulu supaya tak lapar masa mandi sbb nak main air dan pasir lama-lama. Makan di beranda chalet sambil menikmati pemandangan Pantai Cherating dan disapa oleh angin laut yang sepoi-sepoi bahasa.
Rancangan asal nak menginap selama 3 hari 2 malam di Pantai Cherating tapi tiba-tiba rancangan berubah. Nak tahu rancangan seterusnya, baca entri berikutnya @ klik di sini.


***********ADVERTISEMENT***********

2 ulasan:

Cikli berkata...

aku hari-hari santai kat chendering... eh hang cakap cherating ke chendering ni? bukan sama ke. chendering pun tepi laut juga.

Ris Ya berkata...

@Cikli
Sama tapi tak serupa. Dua2 tepi laut tapi yg ni boleh mandi sbb dasarnya landai.