28 Jul 2014

Salam Aidilfitri dari Ris-Famili

Ramadhan tahun ini baru sahaja meninggalkan kita. Moga bertemu lagi di ramadhan yg akan datang. Dikesempatan ini RIS-FAMILI ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri. Mohon ampun andai ada kesalahan. Tahun ini RIS-FAMILI beraya di Perak.

12 Jul 2014

Reunion SKSI 2 | Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II


      1 Jun lalu tercipta sejarah buat warga SKSI 2 yang pernah belajar disitu di antara tahun 1982 hingga 1987. Sejarah tercipta ini bagi mengimbau semula sejarah semasa belajar di SKSI 2 pada tahun tersebut melalui penganjuran Reunion 1. Terima kasih kepada beberapa urusetia yang komited untuk mejayakan majlis ini. Antaranya Ju'a, Kamarul, Fizah, Nazif, Shidah, Nua dan Ly. (Sapa lagi ye)


      Lihatlah aturcara majlis yang tersusun dan sememangnya berjalan dengan teratur dan baik sekali. Sebenarnya permulaan idea reunion ini adalah melalui FB group SKSI 2 dan seterusnya perbincangan demi perbincangan dibuat melalui group whatsapp memandangkan lebih mudah berkomunikasi beramai-ramai secara serentak. Boleh dikatakan macam mesyuarat la tapi yang ni secara tak rasmi. Nak bermesyuarat secara rasmi dengan berkumpul di satu tempat memang tak bolehlah memandangkan semua bekerja dan berada di segala pelusuk tempat. Kat Indonesia dan Arab pun ada tau.


      Gambar di atas adalah antara 2 orang urusetia yang boleh dikatakan orang penting majlis reunion ni. Sebenarnya ada lagi urusetia lain tapi tak de la pula sempat ambil gambar sebab teruja berjumpa dan berborak. Lain-lain urusetia yang tak ada dalam gambar ni jangan la berkecil hati ye.


      Ni semasa sesi mengisi maklumat diri dan melangkapkan pantun. Walaupun tak semua dapat hadir untuk reunion ni, boleh dikatakan majlis berjalan lancar dan meriah. Yang tak datang bukan sebab sengaja tapi disebabkan ada komitmen lain seperti kena bertugas, tak sihat, berada jaun nun di seberang laut dan ada juga yang terikat dengan komitmen yang telah ditetapkan lebih awal. Bertambah meriah apabila ahli keluarga juga turut hadir.


      Antara salah satu acara yang menarik iaitu cabutan bertuah. Tapi yang ini adalah masa nak ambil nombor bertuah selepas mendaftar. Hadiah cabutan bertuah adalah sumbangan peserta juga dan sesiapa sahaja boleh menyumbang hadiah, Banyak juga la juga hadiah untuk cabutan bertuah walaupun tak ada paksaan untuk memberi sumbangan. Selain dari hadiah cabutan bertuah, majlis tukar-tukar hadiah pun menarik juga. Yang ni semua kena bawa tapi tak de had maksimun nilai hadiah. Yang ada adalah had minimum nilai hadiah. Disebabkan bilangan lelaki dan perempuan hampir sama jadi hadiah yang perempuan bawa diberi kepada lelaki dan begitulah sebaliknya.


      Bila dah berjumpa, habis semua cerita lama terkeluar. Mengimbau kenangan lama sampaikan tak terasa masa cepat berlalu. Sambil bersembang sambil makan. Oh ye, makanan dan minuman adalah secara pot luck. Dan sudah tentunya RIS-FAMILI bawa kepok lekor ori dari Terengganu.


      Tak sah kalau majlis reunion ni tak de sessi bergambar. Yang ni adalah kumpulan kaum bapa bergambar. Kaum ibu tak de la pula gambar dalam simpanan untuk dimasukkan kat sini. Jangan marah ya kaum ibu. Lokasi ni rasanya semua masih ingat iaitu di depan kedai alat tulis. Dulu-dulu kat sinilah tempat dicari kalau nak beli buku dan alat tulis.


      Aktiviti yang ditunggu-tunggu adalah aktiviti meronda di sekitar kawasan sekolah. Teringat-ingat balik kenangan masa bersekolah dahulu semasa meronda-ronda di persekitaran sekolah. Terdapat perubahan pada persekitaran sekolah namun perubahan tersebut tak menghilangkan kenangan kami terhadap suasana persekolahan dahulu.

     Begitu meriah dan mencuit kenangan bila diingatkan kembali cerita-cerita lama. Disebabkan itu jugalah majlis reunion ini dicadangkan akan bersambung lagi di hari raya ini kerana pada masa inilah ramai yang dapat bercuti dan dan balik kampung. Yang mana tak hadir pada reunion yang pertama ni lah masa sesuai untuk berjumpa kawan-kawan lama yang hanpir 30 tahun tak bersua.

Diabadikan dalam sisipan akhbar Utusan Malaysia 8.1.15

Untuk lihat rakam video sila lihat video YouTube di sini ----> https://www.youtube.com/watch?v=XaSPrQfb3Kg atau di sini ----> http://ris-famili.blogspot.com/2015/06/setahun-berlalu-reunion-sksi-ii.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails