Hari Bapa disambut setiap Sabtu kedua Julai setiap tahun. Pada tahun ini hari bapa telah diraikan dengan percutian ke Tok Aman Bali Beach Resort. Terharu rasanya dan percutian kali ini amat menyeronokkan. Tok Bali Beach Resort ni terletak di Bali, Indonesia Tok Bali, Kelantan di daerah Pasir Putih. Resort ini baru sahaja dirasmikan oleh Sultan Kelantan kira-kira 2 minggu sebelum RIS-FAMILI menginap. Disebabkan baru, maka semua kemudahan yang ada masih baru dan nampak cantik.
Disebabkan masa RIS-FAMILI sampai, bilik belum ready jadi RIS-FAMILI ambil kesempatan berkelah di tapi pantai di Tok Bali. Mak telah sediakan makanan untuk perkelahan kali ini. Oh ya... percutian kali ini turut disertai oleh Izzul (Amin panggil Teacher Along - sepupu mak).
Tapi seperti biasa, yang paling teruja untuk percutian sudah tentunya Amin. Humaira rasanya teruja juga tapi mungkin tak tahu nak tunjuk sangat sebab masih kecik. Dan salah satu aktiviti yang RIS-FAMILI join adalah bersampan (kena kayuh sendiri macam kayuh basikal). Gambar ada tapi belum sempat upload. Amin dan Humaira ambil peluang bermain di bilik permainan (indoor) dan taman permainan (outdoor) yang ada di resort ini.
Dan sudah tentu aktiviti wajib bagi Amin (errr... abah juga) bila menginap di hotel / resort. Berendam di kolam renang resort. Ada 4 kolam iaitu kolam dewasa (besar sekali), kolam kanak-kanak (2 kolam - 1 air tenang & satu air ada buih air) dan satu kolam dengan 2 gelungsur.
Jika kolam renang aktiviti wajib Amin, sesi bergambar di papan tanda hotel adalah aktiviti wajib Abah. Dah hasilnya adalah seperti di atas.
Pada pandangan RIS-FAMILI, 3.5 bintang dari 5 bintang sebab masih baru. Antara kelemahan yang boleh diperbaiki oleh pihak hotel (
manalah tahu, diaorang baca) ialah air di bilik air bertakung dan lambat kering, safety box tak berfungsi, lif awam tak ada utk kemudahan orang tua atau OKU (hanya ada lif bomba) dan laundry bag kehabisan stok.
***********ADVERTISEMENT***********
6 ulasan:
Gua ingat lu pi Bali bro.
Nanti gua singgah.
wah bestnya bercuti... done follow - Noob
@Cikli
Kira Bali gak ni, Bali kat Malaysia ada dua iaitu tok BALI dan BALIng. Hahaha....
@Prince of Noob
Bercuti sememangnya best. Kalau bercuti kat rumah pun dah seronok, inikan pula bercuti bersama famili ke Resort percutian.
besar juga kolam renang dewasa.dgn 2 kolam kanak buat lebih menarik lagi
@Denaihati
Boleh dikatakan besar berbanding hotel/resort yg pernah saya pergi sebelum ni.
Catat Ulasan