6 Jun 2012

DART CORNER - Part 1

Dart adalah satu permainan yang nampak mudah tapi sebenarnya agak susah juga nak menghabiskan permainan dari jika mengikut peraturan sebenar dart. Tapi kalau nak main sekadar baling-baling untuk melepaskan stress memang la mudah dan sesuai benar. Dan inilah yang jadi di pejabat abah apabila sudut yang diletakkan dart dijadikan 'stress corner'.
Mungkin benar jugalah (walaupun sikit) dinamakan sebegitu kerana kalau stress oleh sebab sesuatu atau seseorang, boleh je baling 'buah' dart sambil membayangkan benda atau orang tersebut. Walaupun tak sepenuhnya hilang tapi bolehlah mengurangkan sedikit kestressan tu. Lebih baik buat sebegini dari dipendamkan saja atau baling 'buah' dart tu kepada orang tersebut. Ini salah satu caranya, rasanya banyak lagi cara nak mengurangkan stress ni.
Tapi nama corner tu saja je letak sbb tujuan asal adalah untuk bagi staff pejabat abah beriadah sebab staff pejabat abah ni aktif-aktif belaka, hanya abah je kurang aktif. Banyak aktiviti indoor dan outdoor yang diaorang diceburi di luar waktu pejabat.
Gambar atas sekali - Dart digantung terus di dinding tapi disebabkan terlalu ramai yang stress jadi bukan papan dart yang jadi mangsa. Dinding yang lebih banyak kena lempar. Jadi gambar kedua menunjukkan dart dilapisi pelapik bagi mengelakkan dinding menjadi mangsa. Ini adalah inisiatif yang dibuat oleh Nik Faqharuddin

2 ulasan:

Denaihati berkata...

bagus juga ofis ada tempat melepas geram macam ni, mungkin boleh kurang sikit risiko nak rosakan harta kompany

ris-famili.blogspot.com berkata...

@ Denaihati : Amboiii... ada ke org yg stress sampai nak merosakkan harta kompany. Itu dah stress teramat sangat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails