21 Jul 2010

SUATU KETIKA DI INSTEP

Pada 14 dan 15 Jun lepas, Abah Amin ditugaskan untuk menjaga Peperiksaan bertulis bagi Peperiksaan Kebolehan Jurutera Stim & IPD, Gerd 1 & 2 (peperiksaan bertulis). Peperiksaan tersebut dijalankan di Institut Teknologi Petronas atau lebih dikenali sebagai INSTEP. Untuk peperiksaan bertulis ini seramai tiga orang pegawai ditugaskan mengawasi peperiksaan tersebut iaitu Abah Amin, Kawan Abah Amin (JKKP Terengganu) dan Kawan Abah Amin (JKKP Putrajaya). Untuk peperiksaan lisan yang diadakan pada 16 - 18 Jun, Bos Abah Amin pula terlibat sebagai panel penemuduga.
Peperiksaan yang dijalankan ini berlangsung serentak di seluruh Malaysia dan bagi peperiksaan yang dijalankan di INSTEP ini adalah dikhaskan untuk staf-staf Petronas yang datang dari Terengganu, Sarawak dan Kedah.
Semasa waktu rehat iaitu antara kertas exam pagi dengan kertas exam petang, Abah Amin dan kawan Abah diberikan sebuah bilik seorang untuk berehat. Memang selesa berehat selepas bertungkus lumus melihat calon-calon exam menjawab exam. Semasa hari kedua pula, Abah Amin dan Kawan Abah di bawa meronda sekitar kawasan INSTEP.
Panorama PERMATA-INSTEP. INSTEP ini terletak di  Batu Rakit, Kuala Terengganu. Jaraknya lebih kurang 30 KM dari Bandaraya Kuala Terengganu.

Tempat penginapan ini di kenali sebagai PERMATA-INSTEP. Keadaan bilik serupa macam bilik Hotel dan antara yang disediakan adalah bilik komputer berinternet (Promosi sikit). Tapi famili tak boleh dibawa bersama.
Semoga semua calon yang menduduki peperiksaan ini lulus dengan cemerlang.


***********ADVERTISEMENT***********

Tiada ulasan: