21 Jul 2010

Jom Kayuh!

Minggu lepas, mak hadiahkan Amin basikal baru. Abah dan mak bawa Amin ke kedai basikal, dan suruh Amin tunjukkan basikal mana yang Amin nak.

Amin apalagi, tak sabar rasanya nak naik basikal. Basikal lama dah semakin kecil rasanya, sebab Amin pun dah makin membesar. Belum bukak plastik lagi Amin dah posing naik basikal.

Naik basikal dalam rumah dulu, maklumlah masih baru dan bersih. Basikal Amin ni warna purple dan blue. Amin suka sangat!

Sebelah petang, Amin naik basikal bawah garaj. Lepas puas naik basikal, Amin tak lupa cuci semula basikal, lepas tu lap... Sayang tul Amin dengan basikal Amin.
Jom Kayuh!


RIS-IT

SUATU KETIKA DI INSTEP

Pada 14 dan 15 Jun lepas, Abah Amin ditugaskan untuk menjaga Peperiksaan bertulis bagi Peperiksaan Kebolehan Jurutera Stim & IPD, Gerd 1 & 2 (peperiksaan bertulis). Peperiksaan tersebut dijalankan di Institut Teknologi Petronas atau lebih dikenali sebagai INSTEP. Untuk peperiksaan bertulis ini seramai tiga orang pegawai ditugaskan mengawasi peperiksaan tersebut iaitu Abah Amin, Kawan Abah Amin (JKKP Terengganu) dan Kawan Abah Amin (JKKP Putrajaya). Untuk peperiksaan lisan yang diadakan pada 16 - 18 Jun, Bos Abah Amin pula terlibat sebagai panel penemuduga.
Peperiksaan yang dijalankan ini berlangsung serentak di seluruh Malaysia dan bagi peperiksaan yang dijalankan di INSTEP ini adalah dikhaskan untuk staf-staf Petronas yang datang dari Terengganu, Sarawak dan Kedah.
Semasa waktu rehat iaitu antara kertas exam pagi dengan kertas exam petang, Abah Amin dan kawan Abah diberikan sebuah bilik seorang untuk berehat. Memang selesa berehat selepas bertungkus lumus melihat calon-calon exam menjawab exam. Semasa hari kedua pula, Abah Amin dan Kawan Abah di bawa meronda sekitar kawasan INSTEP.
Panorama PERMATA-INSTEP. INSTEP ini terletak di  Batu Rakit, Kuala Terengganu. Jaraknya lebih kurang 30 KM dari Bandaraya Kuala Terengganu.

Tempat penginapan ini di kenali sebagai PERMATA-INSTEP. Keadaan bilik serupa macam bilik Hotel dan antara yang disediakan adalah bilik komputer berinternet (Promosi sikit). Tapi famili tak boleh dibawa bersama.
Semoga semua calon yang menduduki peperiksaan ini lulus dengan cemerlang.


RIS-IT

5 Jul 2010

Semanis senyuman, semeriah gelak ketawa.

Hidup yang sentiasa bergembira adalah hidup yang penuh bermakna. Walaupun kegembiraan tidak semestinya perlu diiringi dengan senyuman dan gelak ketawa namun orang yang senyum dan gelak ketawa adalah orang yang dalam kegembiraan.

Berikut adalah beberapa fakta tentang senyum dan ketawa yang dipetik dari internet.
Senyum adalah anugerah yang wujud sejak kita lahir, jadi jangan sia-siakannya.
Senyum adalah sejenis senaman untuk muka, jadi rajin-rajinlah tersenyum.
Senyum hanya melibatkan 17 otot muka berbanding 43 otot muka ketika mengerutkan dahi.
Kanak-kanak lebih banyak ketawa berbanding orang dewasa.
Ketawa sebanyak 100 kali dalam 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit
Ketawa dapat mengurangkan masalah kemurungan dan tekanan.

Oleh itu selalulah tersenyum kerana senyuman yang ikhlas adalah satu sedekah yang mudah dan murah untuk kita berikan. Ketawalah dikala suka atau duka kena ketawa dapat meceriakan hari anda namun ketawa secara berpada-pada adalah sebaik-baik ketawa.

Nota :Fakta dipetik dari internet. Hahahahaha....
Simple IT@RIS-IT (Sila KLIK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails