2 Jan 2019

Tahun Baru | Hobi Baru | Kumpul Setem

Kali ni hobi Abah masa sekolah menengah dan permulaan kerja dulu menurun kepada anak-anak abah. Jika dulu setem mudah didapati kerana sistem penghantaran surat menyurat masa itu menggunakan sepenuhnya perkhidmatan pos, jadi mudahlah mengumpul setem.
Tapi sekarang, urusan surat menyurat sudah banyak menggunakan email atau aplikasi maya. Namun masih ada lagi yang masih memerlukan penggunaan khidmat pos walaupun sudah tak banyak seperti dulu.
Namun hobi yang diturunkan ke anak abah mudah saja. Hanya susun mengikut kategori yang bersesuaian kerana koleksi setem yang ada masih banyak yang belum tersusun. Tersimpan dalam kotak. Jadi tugasan untuk memupuk hobi ini dengan cara meminta anak abah menyusun setem ke dalam buku setem.
Inilah hasil susunannya.





























Masih ada lagi lebihan setem dalam kotak yang masih tersimpan. Nanti bila ada masa lapang dan kerajinan bolehlah susun lagi.


***********ADVERTISEMENT***********

2 ulasan:

Fakhrul berkata...

Ada setem yang double tak? Kalau ada bolehlah kita exchange. Saya pun banyak setem dan banyak yg double, terutamanya setem daripada Indonesia

RIS YA berkata...

Ada la juga yang double. Tapi saya punya banyak yg Malaysia punya.