31 Mei 2017

Pendaftaran Online SSPN-I Plus : Skim Simpanan Pendidikan Nasional

      SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif.
SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

Sumber Asal : Laman Web PTPTN (Untuk Muat Turun Broser Klik Sini)

Keistimewaan:
- Patuh syariah.
- Pelepasan taksiran cukai pendapatan keatas simpanan bersih tahun semasa sehingga  RM12,000.00 setahun.
- Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
- Manfaat bagi Kematian/ Ilat kekal( kemalangan) sehingga RM 1 000 000.00.
- Tiada pemeriksaan kesihatan.
- Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
- Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak.
- Layak memohon pembiayaan pendidikan.
- Simpanan dijamin oleh Kerajaan.

Kelayakan:
Pendeposit
Warganegara Malaysia.
Berumur 18 tahun keatas atau sebelum mencapai 64 tahun.

Penerima Manfaat
Warganegara Malaysia.
Berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai 29 tahun.
Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/anak/anak jagaan yang sah sahaja.

Lain-lain
Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat.
Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun bagi penerima manfaat yang sama


Setiap pembukaan akaun dan penambahan akaun melayakkan anda menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti banner di atas. (Tahun 2017)

Pelepasan taksiran cukai pendapatan hingga RM12,000
Pelepasan taksiran cukai  pendapatan diberikan maksimum hingga RM6,000 bagi simpanan bersih SSPN-i Plus dan SSPN-i tahun semasa di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).
Melalui SSPN-i Plus,pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful maksimum hingga RM6,000 di bawah  Insuran Nyawa dan KWSP.

Pembukaan Akaun:
Pembukaan akaun SSPN-i Plus boleh dibuat melalui saluran berikut:
Secara online melalui https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000003995
Ejen Online PTPTN
Eksekutif Pemasaran PTPTN
Kaunter PTPTN

Klik banner di bawah jika anda ingin mendaftar secara atas talian. Mudah dan tak perlu beratur di kaunter, boleh dilakukan 24 jam.



***********ADVERTISEMENT***********

26 Mei 2017

Salam Ramadan

RIS-FAMILI mengucapkan Selamat Berpuasa dan selamat mnjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Mohon maaf di atas segala salah dan silap. Semoga ibadah kita semua diterima Allah, Insha Allah. Marhaban Ya Ramadan..Ramadan kareem..

14 Mei 2017

Little Caliph Ocean Sport Day

6 Mei 2017 lalu tadika kakak ada menganjurkan sukaneka yang dinamakan Ocean Sport Day. Walaupun namanya ocean, majlis tersebut tak dibuat di laut mahupun di kawasan berair.
Sukaneka ni dijalankan di dalam dewan PBSM berdekatan Stadium Perak. Selain sekolah kakak kat Little Caliph Al-Ameen, Little Caliph Taman Idris pun turut serta.
Jadi pertandingan adalah antara sekolah kakak melawan sekolah satu lagi. Pertandingan yang ada adalah kategori 4 tahun, 5 tahun, 6 tahun, bekas pelajar dan ibu bapa.
Disebabkan kategori ibu bapa mendapat sambutan hangat jadi mak abah bagi bagi peluang orang lain sertai sukaneka ibu bapa. Kakak Humaira sertai kategori umur 6 tahun dan berjaya dapat pingat. Tahniah kakak.
Selepas selesai sukaneka, ada kejutan untuk ibu bapa dan kanak-kanak. Kemunculan maskot bumble bee membuatkan dewan kecoh seketika. Semua kanak-kanak bertempiaran mengejar bumble bee. Tengoklah gambar di atas ni. Untuk meredakan keadaan, semua diberikan peluang bergambar dengan bumble bee tapi secara beramai-ramai la. Jadi la.
RIS-FAMILI bagi 5 ☆☆☆☆☆

10 Mei 2017

Cuti-Cuti Perak : Taman Rekreasi Gunung Lang

      Cuti Wesak orang lain beraya atau melancong ke Langkawi, RIS-FAMILI merayau-rayau jalan kat Taman Rekreasi Gunung Lang je. Ada la juga bunyi Lang. Ingatkan tak ramai orang, rupanya ramai la juga.
      Aktiviti yang mula-mula sekali RIS-FAMILI buat kat sini adalah bagi makan ikan. Roti dah dibawa dari rumah. Besar-besar ikannya. Banyak pulak tu.
      Dah puas melayan ikan, RIS -FAMILI gi naik bot untuk ronda-ronda atas air. Ok la gak harga tiketnya, RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak.
      Sampai je bot di taman di seberang, RIS -FAMILI turun dulu ronda. Ada gak yang tak turun. Kat sini banyak gak tarikannya, ada rusa, burung unta, ayam, monyet, pelbagai burung, taman permainan dan 3 biji rumah tradisional untuk bergambar.
      Ni antara dua haiwan yang jadi tumpuan. Macam mini zoo la. Husna dan Kakak Humaira suka sangat la tengok haiwan sampai kena pujuk banyak kali untuk pergi tempat lain pula.
      Sesuai dengan namanya, ada la mural gambar helang kat satu tembok yang ada. Ceria je mural tu, sesuai sangat nak bergambar. RIS-FAMILI pun bergambarlah jugak.
      Aktiviti terakhir sebelum naik bot untuk ke stesen asal adalah membiarkan Abang Amin, Kakak Humaira dan Adik Husna bermain di taman permainan yang ada. Lepas tu baru lah naik bot semula. Tiket yang beli tadi boleh digunakan untuk pergi dan balik.


***********ADVERTISEMENT***********