28 Sep 2014

Cuti-Cuti Malaysia | Masjid Ulul Albab

Sudah lama RIS-FAMILI tak memasukkan entri berkenaan masjid. Kali ini segmen cuti-cuti Malaysia kembali dan akan memaparkan berkenaan Masjid Kayu Seberang Jertih yang lebih dikenali sebagai Masjid Ulul Albab. Masjid ini dirasmikan pada Februari 2012 dan boleh memuatkan kira-kira 1500 jemaah.
RIS-FAMILI yang berkunjung ke masjid ini mendapati keseluruhan binaan adalah dari kayu. Mengikut maklumat yang ada, binaan dibuat dari 90 peratus kayu cengal manakala selebihnya dibuat dari kayu yang lain. Memang bagaikan berada di istana di zaman silam.
Ukiran kayu yang menarik menambahkan lagi seri binaan masjid ini. Masjid ini ada tiga tingkat di mana tingkat bawah (aras tanah) boleh dijadikan ruangan solat jika jemaah ramai. Ruangan rasmi untuk solat pula berada pada aras dua manakala aras tiga (atas) tak pasti la pula kerana RIS-FAMILI tidak la pula naik sampai ke aras tiga.
Persekitaran luar yang terjaga menambah lagi seri pemandangan masjid ini. Terdapat mini taman dan wakaf untuk berehat. Lokasinya yang berada di laluan utama bandar Jertih memudahkan pengunjung untuk singgah berehat dan menunaikan solat. Jaraknya kira-kira 6 km dari pusat bandar Jertih. Di bandar Jertih ini juga terdapat satu lagi masjid tumpuan ramai iaitu Masjid Hadhari (Klik Untuk Baca).

16 Sep 2014

Jom Libur | Underwater World Langkawi

Entri ini adalah Sub Entri bagi entri Langkawi seperti link di atas. Antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai semasa mengunjung Langkawi adalah Underwater World Langkawi. Pengalaman pertama bagi Humaira dan kedua bagi Amin namun Amin tak ingat pengalaman pertama tersebut kerana baru berumur 1 tahun masa pergi kali pertama (klik utk baca). Konsepnya hampir sama dengan Aquaria yang ada di KLCC (klik sini & sini utk baca).

Bergambar sebelum masuk

Eh Comelnya ikan tu

Tapi yang ni lagi comel

Abah... saya pun nak bergambar

Panjangnya sepit ketam tu

Sejuknya... Cam ni baru selesa

Kepenatan jadi tidur dulu lah
Antara tarikan yang ada sudah tentunya penguin dan kebanyakan masa ditumpukan untuk melihat penguin. Terdapat dua spesis penguin iaitu african penguin (mcm dlm cerita Madagascar) dan rockhopper penguin (mcm dalam cerita Surf Up). Kebetulan masa RIS-FAMILI masuk, adalah waktu penguin diberi makan jadi RIS-FAMILI tak melepaskan peluang ini. Seronok melihat penguin makan ikan dengan menelan seekor ikan tanpa di kunyah dan tak sangkut pun di tekaknya. Amazing.
One.. two.. three.. Lompat.

Rasa macam nak amik seekor bawa balik.

Terasa bagaikan pergi ke Antartika tapi kantoiii... pakai baju nipis.

Tak dapat bergambar dengan penguin betul, penguin tipu pun ok lah

Tak jemu memandangmu wahai penguin

Penguin lagi

Masa ni la yang menarik, tengok penguin makan. Lapar la pulak.

Sekadar makluman, Underwater World Langkawi ini mula beroperasi sejak Ogos 1995 lagi. Dibuka dari pukul 10 pagi hingga 6 petang pada hari biasa manakala dibuka 9.30 pagi hingga 6.30 petang pada hari cuti umum dan cuti persekolahan. Maknanya dibuka sepanjang tahun tanpa cuti. Bayaran masuk adalah RM30 (Dewasa) dan RM20 (kanak-kanak) jika ditunjukkan MyKad. Kadar lebih murah jika kakitangan kerajaan (ditunjukkan kad kerja) iaitu RM24 (Dewasa) dan RM13 (kanak-kanak). Warga emas RM24.

12 Sep 2014

Cuti-cuti Malaysia | Langkawi

Pada 5 hingga 8 Jun 2014 lalu, RIS-FAMILI mengambil kesempatan cuti sekolah pertengahan tahun untuk melancong ke Langkawi. Memandangkan agak jauh juga untuk memandu kereta ke Langkawi, jadi RIS-FAMILI memutuskan untuk mengambil penerbangan bersambung terus dari Kuala Terengganu ke Langkawi. Penerbangan transit di KLIA untuk sambungan.

Dalam kapal terbang dari Kuala Terengganu ke KLIA

Amin bersama sepupu semasa menunggu kapal terbang dari KLIA ke Langkawi

Oh ye. Percutian ini turut disertai oleh Tok, Opah, Mak Nyah, Pak Ngah dan 3 orang sepupu Amin / Humaira. RIS-FAMILI bertemu mereka semasa transit di KLIA untuk sambungan penerbangan ke Langkawi.

Mendarat di Lapangan Terbang Langkawi

Keadaan homestay yang disewa

Mendarat sahaja di Langkawi, pihak homestay telah menunggu untuk membawa kami ke rumah sewa yang akan menjadi rumah kami selama 4 hari 3 malam. Memang selesa homestay ini. Homestay ini adalah rumah teres 2 tingkat lot tepi. Berkonsepkan Inggeris mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Van yang memberikan perkhidmatan semasa percutian

Penyewaan homestay ini turut disertakan dengan van Nissan Urvan. Memang luas dan selesa dinaiki kerana mempunyai 4 barisan kerusi. Maklumlah percutian ini disertai oleh 11 orang. Lebih menjimatkan dan praktikal dari mengambil 3 kereta berasingan

Bergambar sebelum masuk Underwater World

Menunggu kenderaan Duck Tour

Semasa menaiki Duck Tour

Frust sebab tak dapat naik kereta kabel

Antara lokasi percutian yang dikunjungi adalah Underwater World (klik sini utk baca), Pantai Cenang, Dataran Lang, Duck Tour. Disebabkan kesesakan yang teruk untuk membeli tiket kereta kabel maka aktiviti kereta kabel tidak dapat disertai semasa percutian kali ini. Maklumlah cuti persekolahan jadi keadaan amat sesak. Amin dan sepupunya frust jugalah sebab tak dapat naik.

Destinasi tumpuan - Kompleks Haji Ismail Group

Antara barangan cenderahati dari Langkawi

Kompleks HIG yang ini pun tak ketinggalan untuk disinggahi

Tak sah kalau ke Langkawi jika tak pergi shopping, memang telah ada dalam jadual untuk 'Shopping Time'. Walaupun begitu, perbelanjaan terkawal dan hanya barang-barang keperluan sahaja yang dibeli antaranya bag kotak, coklat, gamat dan beberapa barang lain.

Humaira bersama burung besar

Dataran Lang antara lokasi lawatan

Bak kata orang, tak lengkap ke Langkawi jika tak singgah ke Dataran Lang, jadi RIS-FAMILI pergi jugalah ke sana walaupun hanya sebentar.

Bergambar sebelum meninggalkan homestay

Amin bergambar dengan opah di replika burung lang

Di Lapangan Terbang Langkawi bersama beg asal dan beg tambahan

Menunggu kapal terbang Langkawi - KLIA

Selepas berada selama 4 hari 3 malam, tibalah masa untuk balik. Perjalanan balik juga menggunakan perkhidmatan penerbangan. Sampai saja di KLIA, RIS-FAMILI mengambil penerbangan sambungan ke Kuala Terenganu manakala Tok, Opah, Mak Nyah, Pak Ngah dan sepupu Amin / Humaira menaiki teksi untuk balik ke rumah mereka.

Bergambar semasa sampai di KLIA dari Langkawi
Memang seronok percutian ini terutamanya Amin dan Humaira kerana dapat bercuti bersama sepupu mereka. Tak puas rasanya dan rasa macam nak pergi lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails