Entri ini adalah Sub Entri bagi entri Langkawi seperti link di atas. Antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai semasa mengunjung Langkawi adalah Underwater World Langkawi. Pengalaman pertama bagi Humaira dan kedua bagi Amin namun Amin tak ingat pengalaman pertama tersebut kerana baru berumur 1 tahun masa pergi kali pertama (klik utk baca). Konsepnya hampir sama dengan Aquaria yang ada di KLCC (klik sini & sini utk baca).
Bergambar sebelum masuk |
Eh Comelnya ikan tu |
Tapi yang ni lagi comel |
Abah... saya pun nak bergambar |
Panjangnya sepit ketam tu |
Sejuknya... Cam ni baru selesa |
Kepenatan jadi tidur dulu lah |
One.. two.. three.. Lompat. |
Rasa macam nak amik seekor bawa balik. |
Terasa bagaikan pergi ke Antartika tapi kantoiii... pakai baju nipis. |
Tak dapat bergambar dengan penguin betul, penguin tipu pun ok lah |
Tak jemu memandangmu wahai penguin |
Penguin lagi |
Masa ni la yang menarik, tengok penguin makan. Lapar la pulak. |
Sekadar makluman, Underwater World Langkawi ini mula beroperasi sejak Ogos 1995 lagi. Dibuka dari pukul 10 pagi hingga 6 petang pada hari biasa manakala dibuka 9.30 pagi hingga 6.30 petang pada hari cuti umum dan cuti persekolahan. Maknanya dibuka sepanjang tahun tanpa cuti. Bayaran masuk adalah RM30 (Dewasa) dan RM20 (kanak-kanak) jika ditunjukkan MyKad. Kadar lebih murah jika kakitangan kerajaan (ditunjukkan kad kerja) iaitu RM24 (Dewasa) dan RM13 (kanak-kanak). Warga emas RM24.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan