12 Sep 2014

Cuti-cuti Malaysia | Langkawi

Pada 5 hingga 8 Jun 2014 lalu, RIS-FAMILI mengambil kesempatan cuti sekolah pertengahan tahun untuk melancong ke Langkawi. Memandangkan agak jauh juga untuk memandu kereta ke Langkawi, jadi RIS-FAMILI memutuskan untuk mengambil penerbangan bersambung terus dari Kuala Terengganu ke Langkawi. Penerbangan transit di KLIA untuk sambungan.

Dalam kapal terbang dari Kuala Terengganu ke KLIA

Amin bersama sepupu semasa menunggu kapal terbang dari KLIA ke Langkawi

Oh ye. Percutian ini turut disertai oleh Tok, Opah, Mak Nyah, Pak Ngah dan 3 orang sepupu Amin / Humaira. RIS-FAMILI bertemu mereka semasa transit di KLIA untuk sambungan penerbangan ke Langkawi.

Mendarat di Lapangan Terbang Langkawi

Keadaan homestay yang disewa

Mendarat sahaja di Langkawi, pihak homestay telah menunggu untuk membawa kami ke rumah sewa yang akan menjadi rumah kami selama 4 hari 3 malam. Memang selesa homestay ini. Homestay ini adalah rumah teres 2 tingkat lot tepi. Berkonsepkan Inggeris mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Van yang memberikan perkhidmatan semasa percutian

Penyewaan homestay ini turut disertakan dengan van Nissan Urvan. Memang luas dan selesa dinaiki kerana mempunyai 4 barisan kerusi. Maklumlah percutian ini disertai oleh 11 orang. Lebih menjimatkan dan praktikal dari mengambil 3 kereta berasingan

Bergambar sebelum masuk Underwater World

Menunggu kenderaan Duck Tour

Semasa menaiki Duck Tour

Frust sebab tak dapat naik kereta kabel

Antara lokasi percutian yang dikunjungi adalah Underwater World (klik sini utk baca), Pantai Cenang, Dataran Lang, Duck Tour. Disebabkan kesesakan yang teruk untuk membeli tiket kereta kabel maka aktiviti kereta kabel tidak dapat disertai semasa percutian kali ini. Maklumlah cuti persekolahan jadi keadaan amat sesak. Amin dan sepupunya frust jugalah sebab tak dapat naik.

Destinasi tumpuan - Kompleks Haji Ismail Group

Antara barangan cenderahati dari Langkawi

Kompleks HIG yang ini pun tak ketinggalan untuk disinggahi

Tak sah kalau ke Langkawi jika tak pergi shopping, memang telah ada dalam jadual untuk 'Shopping Time'. Walaupun begitu, perbelanjaan terkawal dan hanya barang-barang keperluan sahaja yang dibeli antaranya bag kotak, coklat, gamat dan beberapa barang lain.

Humaira bersama burung besar

Dataran Lang antara lokasi lawatan

Bak kata orang, tak lengkap ke Langkawi jika tak singgah ke Dataran Lang, jadi RIS-FAMILI pergi jugalah ke sana walaupun hanya sebentar.

Bergambar sebelum meninggalkan homestay

Amin bergambar dengan opah di replika burung lang

Di Lapangan Terbang Langkawi bersama beg asal dan beg tambahan

Menunggu kapal terbang Langkawi - KLIA

Selepas berada selama 4 hari 3 malam, tibalah masa untuk balik. Perjalanan balik juga menggunakan perkhidmatan penerbangan. Sampai saja di KLIA, RIS-FAMILI mengambil penerbangan sambungan ke Kuala Terenganu manakala Tok, Opah, Mak Nyah, Pak Ngah dan sepupu Amin / Humaira menaiki teksi untuk balik ke rumah mereka.

Bergambar semasa sampai di KLIA dari Langkawi
Memang seronok percutian ini terutamanya Amin dan Humaira kerana dapat bercuti bersama sepupu mereka. Tak puas rasanya dan rasa macam nak pergi lagi.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails