21 Ogo 2014

Program Bahasa Inggeris Cuti Persekolahan | Pusat Bahasa Terengganu


Pada Cuti Sekolah Pertengahan Tahun lalu, Amin menyertai aktiviti cuti sekolah yang dianjurkan oleh Pusat Bahasa Terengganu yang terletak di dalam kawasan Perpustakaan Awam Terengganu. Daripada masa terbuang sepanjang cuti ini, abah dan mak telah mencadangkan supaya Amin mengikuti kursus tersebut dan Amin sebulat suara bersetuju untuk menyertai kursus tersebut.


Ini disebabkan abah dan mak kerja sepanjang cuti pertengahan tahun persekolahan. Selain belajar berkursus, dapat juga Amin bertemu dengan kawan-kawan baru dari sekolah lain kerana kursus ini terbuka kepada semua pelajar. Terdapat 3 kelas untuk kursus ini iaitu untuk pelajar darjah 1-3, darjah 4-6 dan pelajar menengah.


Selain Bahasa Inggeris, terdapat juga kursus bahasa lain seperti Arab dan Mandarin. Bahasa Inggeris untuk dewasa pun ada. Lihatlah gambar atas di mana Amin bersemangat untuk ke kelas Bahasa Inggeris.


Ini pula adalah gambar candid yang sempat abah ambil semasa Amin menyertai aktiviti dalam kelas. Pada hari terakhir kursus, terdapat acara persembahan dan penyampaian sijil. Amin adalah salah seorang yang terlibat dalam persembahan bagi mewakili kelasnya. Persembahan Amin adalah nyanyian lagu 'Twinkle Twinkle Little Star.


Setelah dua minggu kursus inilah bukti yang diterima. Tapi bukan ini yang mak dan abah harapakan. Yang penting ilmu yang dipelajari dan keseronokan Amin mengikut kelas tersebut sepanjang cuti persekolahan yang lalu.


2 ulasan:

Ibu Fahim berkata...

Alhamdulillah...
Bagus untuk perkembangan anak-anak...Teruskan. ;-)

RIS YA berkata...

Ibu Fahim : Terima kasih. Anak pun memang suka pergi aktiviti mcm ni masa cuti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails