3 Nov 2012

Amin bersama Upin & Ipin

Balik raya Aidiladha baru-baru ini Amin mengambil kesempatan untuk pergi ke 'Kedai Makan Upin & Ipin' yang baru dibuka di Mydin Meru Raya Ipoh. Rasanya ini adalah kedai makan berkonsepkan 'Upin dan Ipin' yang PERTAMA DI DUNIA selain Lembah Kelang. Kat Lembah Klang rasanya dah ada tiga kedai seperti ini.
Hiasan kedai dari Luar
Pada pandangan pertama, nampak macam kedai makanan segera tapi bila dah masuk dan membeli makanan, rasanya kedai ni macam kedai makan kat kompleks membeli belah yang lain. Berbaris ambil order kat kaunter dan bayar, lepas tu tunggu makanan dihantar ke meja.
Amin mengambil kesempatan bergambar dengan Upin dan Ipin serta kawan-kawan
Apa yang membezakan kedai ini dengan kedai lain adalah hiasan dalamnya yang dipenuhi dengan watak-watak upin & ipin, serta dipasangkan cerita upin & ipin. Juga terdapat sudut menjual produk yang bertemakan upin & ipin. Menu biasa je tapi direncahkan dengan nama-nama watak upin ipin seperti 'Set Nasi Upin & Ipin', 'Set Nasi Opah', 'Pilihan Mee Kak Ros' dan 'Set Kanak-kanak Upin & Ipin'.
Atas : Bergambar dulu sambil menunggu pesanan sampai.
Bawah : Nasi Ayam Upin & Ipin (Kiri) & Nasi Lemak Ayam Berempah (Kanan)
Masa RIS-FAMILI ke kedai ni adalah cuti Aidiladha, maka ramailah juga orang yang berkunjung makan di kedai ini hinggakan hampir penuh meja makan. Rasanya ramai diantara pelanggan adalah orang luar Ipoh sepertimana RIS-FAMILI. Bukannya apa, sekadar nak merasai pengalaman makan di kedai upin & ipin sambil membawa anak. Harganya boleh tahan juga, standard kedai makan dalam kompleks membeli belah.
Lepas order dah tentunya kena bayar
Kalau sesapa yang nak tahu kedai ni baru je dirasmikan pada 20 Oktober lalu dan lokasinya adalah terletak di Mydin Meru Raya (alamat sepertimana ditunjukkan pada resit di atas). Jadi Amin adalah antara terawal jugalah mengunjungi kedai ini.

2 ulasan:

Denaihati berkata...

makanan nampak sedap.
lepas makan, mungkin anak susah nak balik, asyik dgn gambar besar upin-ipin.

RIS YA berkata...

Biasa-biasa je.
Tapi dekorasi memang menarik minat kanak2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails