19 Jan 2015

Panduan Wanita Berkerjaya | Persiapan Pakaian Famili Bila Outstation

      Pada entri sebelum ini, RIS-FAMILI ada berkongsi berkenaan cara-cara wanita berkerjaya menyediakan masakan jika terpaksa berjauhan dengan famili atau untuk mempercepatkan proses penyediaan selepas balik kerja. Klik sini untuk membaca tentangnya. Tapi entri kali ini pula berkenaan persiapan kelengkapan anak-anak untuk ke sekolah, tadika atau taska terutamanya bagi anak-anak yang masih belum tahu menguruskan diri. Bukan bermaksud suami @ ayah tak tahu menyediakannnya tapi bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja maklumlah kena uruskan seorang diri.
      Biasanya outstation yang biasa mak dihadiri adalah mesyuarat dan kursus. Jika dulu abah sentiasa mengambil kesempatan jika mak outstation tapi kali ni dah tak boleh buat sebab Amin dan bersekolah. Ambil kesempatan yang RIS-FAMILI maksudkan adalah abah akan ambil cuti dan join mak sekali. Jadi dapatlah bercuti yang ditaja sepenuhnya. Mak berkursus dan abah enjoy. Yahoooo...
      Caranya adalah seperti ini dan ini dipraktikkan oleh RIS-FAMILI. Terima kasih mak. Mana-mana baju yang hendak dipakai perlulah siap diseterika dan digantung satu set. Bagi baju yang akan dipakai sebelah petang pula, bungkuskan dalam plastik (sepertimana gambar bawah) dan akan dimasukkan ke dalam beg setiap hari. Kalau ada banyak beg, terus masukkan dalam setiap bag. Selain mencepatkan isi bag, dapat juga mengelakkan terlupa sesuatu barang maklumlah dah kelam kabut menguruskan seorang diri.
Untuk maklunam pembaca blog ini, RIS-FAMILI menghantar anak ke Taska, Tadika dan Sekolah dan ketiga-tiganya di lokasi berbeza.

Baju yang dibekalkan pada tadika/taska (kiri) dan baju untuk dipakai di rumah (kanan)

Stok pakaian untuk dimasukkan ke dalam beg telah dilabelkan ikut nama dan hari

15 Jan 2015

Persekolahan 2015 | Amin, Humaira & Husna

      Tahun 2015 ini bermula sesi persekolahan untuk Humaira. Pra sekolah kerana baru umur 4 tahun. Pilihan RIS-FAMILI sudah tentunya Tadika Rossa yang menyediakan perkhidmatan pengajaran dan jagaan sampai mak dan abah balik kerja. Inilah juga tadika Amin masa berumur 4 hingga 6 tahun. Lagipun tadika ni dekat je dengan rumah. Pagi-pagi mak hantar berjalan kaki dan petang pula abah ambil naik kereta.
Humaira bersama bekalan.
Tiap-tiap pagi mak kena masak bekal untuk Humaira dan Abang Amin.

      Amin pula akan ke darjah 3. Masih kekal di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1. Sekolah terdekat dengan rumah dan terletak dalam laluan mak dan abah pergi kerja. Tahun ni Amin diletakkan dalam kelas 3 Ehsan. Kelas kat sini adalah ringkasan perkataan TERAMPIL. Baru je tukar nama kelas sebab tahun ni guru besar dah baru. Kalau dulu nama kelas adalah ringkasan perkataan KREATIF. Tak kisahlah nama apa pun, asalkan Amin seronok belajar. Sebelah petang pula Amin akan pergi ke pusat transit iaitu Akademik Rossa iaitu pusat jagaan selepas sekolah sebab tak ada sesiapa kat rumah. Pengangkutan dari sekolah ke pusat transit ni ada disediakan. Kalau ada kelas KAFA selepas sekolah pagi, Amin tunggu je kat sekolah sampai petang.
Amin dalam kelas 3 Ehsan. Gambar pagi masa abah hantar.
Tak ramai yang datang lagi waktu ni.

      Husna pun kenalah pergi sekolah juga. Pilihan RIS-FAMILI sudah tentulah Taska Rossa iaitu taska yg menjaga Amin dan Humaira sebelum ini. Juga terletak berhampiran rumah dan telah terbukti sesuai. Nak masuk sini kena booking awal-awal dan nisbah pengasuh dengan baby adalah 3 kepada 10.
Humaira dihantar ke Taska menggunakan stroller.
Kak Humaira pun nak gi sekolah sambil hantar Husna.

4 Jan 2015

Beradik @ 2 dan 3 Bulan

Jika entri sebelum ini memaparkan gambar Amin, Humaira dan Husna di hari pertama kelahiran. Kali ini RIS-FAMILI ingin memorikan gambar ketiga-tiganya dalam blog ini bila berumur 2 dan 3 bulan. Bagi RIS-FAMILI, kali ini barulah ternampak sedikit persamaan apabila dah sedikit besar. Mari cari persamaan;


Kiri : Amin Umur Sebulan ; Kanan : Amin Umur 2 Bulan

Kiri : Humaira Umur Sebulan ; Kanan : Humaira Umur 2 Bulan


Kiri : Husna Umur Sebulan ; Kanan : Husna Umur 2 Bulan


1 Jan 2015

3 Beradik Di Hari Pertama Dilahirkan

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU

      RIS-FAMILI ingin mengabadikan gambar 3 beradik iaitu Amin, Humaira dan Husna dalam entri kali ini. Gambar yang menjadi pilihan adalah gambar di hari pertama kelahiran iaitu gambar masa masih di wad. Biarlah gambar ini menjadi tatapan mereka bila besar nanti.
Amin 04 Oktober
Humaira 11 Februari



Husna 05 Oktober
      Pada masa ni rasanya tak banyak perbezaan. Nanti RIS-FAMILI akan selongkar semula koleksi gambar-gambar masa umur 1 bulan, 2 bulan dan 3 bulan (jika ada) dan akan dimasukkan ke dalam entri akan datang. Rasanya pada umur tu mungkin lebih nampak persamaan rupa. In sha Allah, RIS-FAMILI cuba nak masukkan gambar ketiga-tiganya bila umur 1 tahun. Tapi kalau ingatlah sebab Husna masih kecil lagi sekarang ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails