30 Jun 2012

DART CORNER - Part 2

Entri sebelum ini mengenai dart sebagai 'stress corner' (klik sini utk baca) dan kali ini dart corner sebagai 'sudut bermain'. 'Stress corner' berada di opis abah dan 'sudut bermain' pula berada di rumah.
Dart untuk 'sudut bermain' ni menggunakan dart tiruan je dan 'buah' dart adalah bebas dari benda tajam. Sebabnya bahaya untuk kanak-kanak dan baby. Amin suka baling-baling manakala Humaira suka pegang-pegang terutama 'buah' dart berwarna biru tu. Abah pun tumpang sekaki bermain sama dart ni.
Peraturan main dart ni senang je - Baling je 'buah' dart kemana-mana ruangan yang ada. Dan setiap balingan yang kena dikira menang, jadi menang selalu lerrr.
Ada sapa-sapa berani lawan main dart dengan Amin?

24 Jun 2012

Tok Aman Bali Beach Resort | Percutian Hari Bapa

Hari Bapa disambut setiap Sabtu kedua Julai setiap tahun. Pada tahun ini hari bapa telah diraikan dengan percutian ke Tok Aman Bali Beach Resort. Terharu rasanya dan percutian kali ini amat menyeronokkan. Tok Bali Beach Resort ni terletak di Bali, Indonesia Tok Bali, Kelantan di daerah Pasir Putih. Resort ini baru sahaja dirasmikan oleh Sultan Kelantan kira-kira 2 minggu sebelum RIS-FAMILI menginap. Disebabkan baru, maka semua kemudahan yang ada masih baru dan nampak cantik.
Disebabkan masa RIS-FAMILI sampai, bilik belum ready jadi RIS-FAMILI ambil kesempatan berkelah di tapi pantai di Tok Bali. Mak telah sediakan makanan untuk perkelahan kali ini. Oh ya... percutian kali ini turut disertai oleh Izzul (Amin panggil Teacher Along - sepupu mak).
Tapi seperti biasa, yang paling teruja untuk percutian sudah tentunya Amin. Humaira rasanya teruja juga tapi mungkin tak tahu nak tunjuk sangat sebab masih kecik. Dan salah satu aktiviti yang RIS-FAMILI join adalah bersampan (kena kayuh sendiri macam kayuh basikal). Gambar ada tapi belum sempat upload. Amin dan Humaira ambil peluang bermain di bilik permainan (indoor) dan taman permainan (outdoor) yang ada di resort ini.
Dan sudah tentu aktiviti wajib bagi Amin (errr... abah juga) bila menginap di hotel / resort. Berendam di kolam renang resort. Ada 4 kolam iaitu kolam dewasa (besar sekali), kolam kanak-kanak (2 kolam - 1 air tenang & satu air ada buih air) dan satu kolam dengan 2 gelungsur.
Jika kolam renang aktiviti wajib Amin, sesi bergambar di papan tanda hotel adalah aktiviti wajib Abah. Dah hasilnya adalah seperti di atas.
Pada pandangan RIS-FAMILI, 3.5 bintang dari 5 bintang sebab masih baru. Antara kelemahan yang boleh diperbaiki oleh pihak hotel (manalah tahu, diaorang baca) ialah air di bilik air bertakung dan lambat kering, safety box tak berfungsi, lif awam tak ada utk kemudahan orang tua atau OKU (hanya ada lif bomba) dan laundry bag kehabisan stok.

17 Jun 2012

Selamat Hari Bapa

Terharu rasanya menerima ucapan 'Selamat Hari Bapa' dari Amin. Selain ucapan secara lisan, Amin juga menghadiahkan hasil kreativiti mewarna beliau sepertimana di atas. Cantik. Yang menariknya, gambar beruang yang menjadi watak bapa turut ada misai. Terima kasih Amin.
Dikesempatan ini RIS-FAMILI juga ingin mengucapkan selamat Hari Bapa kepada semua pembaca yang sudah bergelar bapa.

11 Jun 2012

Kotak Simpan Baju | Please Recycle 2

Jika pada entri sebelum ini diceritakan tentang kotak terbuang yang diubahsuai untuk dijadikan tempat simpanan mainan (klik sini utk baca), kali ini kotak terbuang jenis yang sama digunakan untuk membuat kotak simpan baju pula.
Kotak yang sudah siap tapi hiasan tak sempat letak.
Satu kotak untuk pakaian siang dan satu kotak untuk pakaian malam
BAHAN DIPERLUKAN
1. Kotak yang tidak lagi digunakan, jenis ada penutup. (Cth kotak letak kertas A4)
2. Kertas pembalut hadiah. Kertas majalah berwarna-warni pun boleh.
3. Gunting atau pisau,
4. Pembaris jika dirasakan perlu.
5. Gam
6. Butang baju dan benang.
7. Hiasan seperti reben, bunga kecil atau apa yang difikirkan sesuai.
Kotak yang siap dibalut
CARA MEMBUAT
Gunting kertas pembalut hadiah berdasarkan saiz kotak dan lekatkan pada kotak tersebut. Guna pembaris untuk membuat garisan pada atas kotak (bahagian penutup) mengikut segi yang kecil sedikit dari saiz kotak. Potong pada tiga bahagian garisan tersebut dan biarkan satu garisan lagi tidak terpotong. Kemaskan lekatan gam pada pembalut tadi di bahagian yang dipotong. Lipat keluar bahagian yang dipotong tadi pada bahagian yang tak dipotong (jadi pintu). Jahitkan butang baju pada satu bahagian pintu dan sebelah kotak yang berhampiran dengan pintu tersebut. Letakkan riben pada salah satu butang (bagi tujuan sebagai pengikat). Akhir sekali, kenakan hiasan mengikut hiasan yang anda sukai. Dan kotak tersebut sedia digunakan untuk menyimpan apa sahaja (RIS-FAMILI gunakan untuk menyimpan baju baby).
Kotak yang telah siap dibuat pintu dan pengikat.
Nota : Kalau nak susun baju boleh dimasukkan terus melalui pintu yang dibuat atau boleh juga dimasukkan dengan membuka penutup kotak tersebut.

6 Jun 2012

DART CORNER - Part 1

Dart adalah satu permainan yang nampak mudah tapi sebenarnya agak susah juga nak menghabiskan permainan dari jika mengikut peraturan sebenar dart. Tapi kalau nak main sekadar baling-baling untuk melepaskan stress memang la mudah dan sesuai benar. Dan inilah yang jadi di pejabat abah apabila sudut yang diletakkan dart dijadikan 'stress corner'.
Mungkin benar jugalah (walaupun sikit) dinamakan sebegitu kerana kalau stress oleh sebab sesuatu atau seseorang, boleh je baling 'buah' dart sambil membayangkan benda atau orang tersebut. Walaupun tak sepenuhnya hilang tapi bolehlah mengurangkan sedikit kestressan tu. Lebih baik buat sebegini dari dipendamkan saja atau baling 'buah' dart tu kepada orang tersebut. Ini salah satu caranya, rasanya banyak lagi cara nak mengurangkan stress ni.
Tapi nama corner tu saja je letak sbb tujuan asal adalah untuk bagi staff pejabat abah beriadah sebab staff pejabat abah ni aktif-aktif belaka, hanya abah je kurang aktif. Banyak aktiviti indoor dan outdoor yang diaorang diceburi di luar waktu pejabat.
Gambar atas sekali - Dart digantung terus di dinding tapi disebabkan terlalu ramai yang stress jadi bukan papan dart yang jadi mangsa. Dinding yang lebih banyak kena lempar. Jadi gambar kedua menunjukkan dart dilapisi pelapik bagi mengelakkan dinding menjadi mangsa. Ini adalah inisiatif yang dibuat oleh Nik Faqharuddin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails