11 Jun 2012

Kotak Simpan Baju | Please Recycle 2

Jika pada entri sebelum ini diceritakan tentang kotak terbuang yang diubahsuai untuk dijadikan tempat simpanan mainan (klik sini utk baca), kali ini kotak terbuang jenis yang sama digunakan untuk membuat kotak simpan baju pula.
Kotak yang sudah siap tapi hiasan tak sempat letak.
Satu kotak untuk pakaian siang dan satu kotak untuk pakaian malam
BAHAN DIPERLUKAN
1. Kotak yang tidak lagi digunakan, jenis ada penutup. (Cth kotak letak kertas A4)
2. Kertas pembalut hadiah. Kertas majalah berwarna-warni pun boleh.
3. Gunting atau pisau,
4. Pembaris jika dirasakan perlu.
5. Gam
6. Butang baju dan benang.
7. Hiasan seperti reben, bunga kecil atau apa yang difikirkan sesuai.
Kotak yang siap dibalut
CARA MEMBUAT
Gunting kertas pembalut hadiah berdasarkan saiz kotak dan lekatkan pada kotak tersebut. Guna pembaris untuk membuat garisan pada atas kotak (bahagian penutup) mengikut segi yang kecil sedikit dari saiz kotak. Potong pada tiga bahagian garisan tersebut dan biarkan satu garisan lagi tidak terpotong. Kemaskan lekatan gam pada pembalut tadi di bahagian yang dipotong. Lipat keluar bahagian yang dipotong tadi pada bahagian yang tak dipotong (jadi pintu). Jahitkan butang baju pada satu bahagian pintu dan sebelah kotak yang berhampiran dengan pintu tersebut. Letakkan riben pada salah satu butang (bagi tujuan sebagai pengikat). Akhir sekali, kenakan hiasan mengikut hiasan yang anda sukai. Dan kotak tersebut sedia digunakan untuk menyimpan apa sahaja (RIS-FAMILI gunakan untuk menyimpan baju baby).
Kotak yang telah siap dibuat pintu dan pengikat.
Nota : Kalau nak susun baju boleh dimasukkan terus melalui pintu yang dibuat atau boleh juga dimasukkan dengan membuka penutup kotak tersebut.

2 ulasan:

Denaihati berkata...

menarik dan cantik ni, dapat manfaatkan kotak yg dah tak guna.

ris-famili.blogspot.com berkata...

@Denaihati
Betul tu... Daripada terbuang, lebih baik manfaatkan. Duit pun jimat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails