Selepas mendapat keputusan peperiksaan SPM, Abg Amin mengemaskini permohanan melanjutkan pelajaran. Permohonan telah dibuat awal menggunakan keputusan percubaan SPM dalam bentuk draf dan perlu dikemaskini selepas keputusan sebenar diterima.
Masih mengekalkan pilihan USIM sebagai pilihan pertama, Unisza pilihan kedua dan IIUM pilihan ketiga.
Pada 28 Jun 2024 keputusan penempatan dikeluarkan dan abg Amin ditawarkan kursus Tamhidi Syariah dan Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan. Ini adalah pilihan pertama Abg Amin. Alhamdulillah.
Untuk yang tak tahu, Tamhidi ini adalah serupa dengan istilah Tahun Asas @ Asasi bagi sesetengah universiti. Seakan sama dengan Matrikulasi, hanya yg berbezanya tak perlu isi semula UPU untuk piihan pengajian Ijazah selepas itu sebab terus sambung di universiti yang sama.
Pengesahan, pembayaran yuran dan pengisian maklumat pelajar hanya dibuat secara online bagi mengurangkan kesesakan semasa pendaftaran. Pembukaan akaun bank pun perlu dibuat sebelum daftar dengan bank yang ditetapkan. Amin setelkan sebelum daftar.
Hanya pemeriksaan kesihatan sahaja perlu dibuat selepas daftar kerana perlu dibuat di pusat kesihatan USIM.
Amin perlu mendaftarkan diri di USIM pada 23 Julai 2024. Untuk mengelakkan kesesakan dan tiba lewat, RIS-FAMILI datang sehari awal dan menginap di Nilai Spring Resort. Alang-alang dah sampai awal, RIS-FAMILI ambil peluang ronda-ronda sekitar Nilai dan juga masuk USIM meninjau tempat pendaftaran, kelas dan kolej yang Abg Amin akan ditempatkan. Kali ini kakak tak turut serta kerana telah berada di asrama SMKASAS.
Tiba masa yang dinantikan, awal pagi keluar sarapan di kedai makan di tepi jalan. Kelihatan juga pelajar yang akan melaporkan diri bersama keluarga bersarapan di kedai yang sama. Terus ke USIM awal untuk mengelakkan barisan panjang. Tapi rupa-rupanya dah ramai yang datang. Beraturlah juga.
Namun proses pendaftaran tak lama kerana kebanyakkan proses telah dibuat awal dan secara online. Sesi ini hanya untuk semakan maklumat, penyerahan dokumen hardcopy dan pengambilan kunci bilik. Amin ditempatkan di kolej kediaman pertama atau dipanggil KK1.
Selesai proses pendaftaran, ibubapa dan pelajar menunggu di dalam dewan untuk mendengar amanat dan taklimat berkenaan USIM. Selesai taklimat semua bergerak ke kolej kediaman untuk meletakkan barang. Memandangkan Abg Amin antara yg terawal, dapatlah pilih katil, almari dan meja yang disukai. Satu bilik menempatkan 3 pelajar dan Abg Amin ditempatkan bersama kawan dari Damansara dan Bangi.
Keesokkan hari adalah masih pendaftaran sesi kedua bagi kursus lain. Jadi pelajar sesi pertama dibenarkan keluar dan mesti kembali semula sebelum 6 pagi 25 Julai 0224. Jadi Abg Amin ambil peluang bersama dengan abah, mak dan Una bermalam di Nilai Resort lagi dan meronda-ronda sekitar Nilai satu malam lagi.
Tibalah masa Abg Amin kembali ke KK1 untuk memulakan sesi pembelajaran di USIM. Selepas hantar Abg Amin pada petang 24 Julai, RIS-FAMILI terus balik ke Ipoh.
Semoga Abg Amin dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran yang baru di alam unversiti dan mancapai cita-cita yang diidamkan. Aamiin…
Selain USIM, abg Amin juga di tawarkan tempat di Institut Pendidikan Guru (Guru Pendidkan Islam), Tingkatan 6 dan Kolej Matrikulasi Gopeng (Matrikulasi Sains).