Kembali mengaktifkan online diary ini dengan cerita kakak melaporkan diri ke SMKASAS atau RIS-FAMILI panggil KASAS sebab senang sebut.
Nama panjangnya adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah. Terletak di Bota.
18.3.24 kakak laporkan diri ke SMKASAS.
Pendaftaran dibuat di Dewan As-Syafie. Selepas pendaftaran ada sesi taklimat kepada ibu-bapa pelajar. Abg Amin yg juga merupakan alumni KASAS tak melepaskan peluang turut hadir memberi sokongan senangat kpd kakak walaupun masih bertongkat (gambar tongkat ada di atas).
Masa pendaftaran ini lah abah, mak dan Una ambil peluang masuk ke bilik untuk meninjau keadaan bilik yang kakak tempatkan.
Lepas ni hanya boleh hantar sampai pintu pagar asrama je la.
Ini lah keadaan bilik kakak tapi masa ni belum kemas barang lagi. Kakak ambil katil tepi bahagian atas betul-betul di tepi almari. Good choice kakak, turun katil terus buka almari.
Aktiviti seterusnya adalah tengok kelas kakak. Buat permulaannya kakak ditempatkan di Kelas 1 Ibnu Khaldun iaitu kelas DLP. Atas permintaan Abah dan Mak dengan persetujuan kakak, kelas ditukarkan ke 1 Ibnu Sina iaitu kelas bukan DLP sbb kakak belajar dalam kelas Bukan DLP masa sekolah rendah. Dan kelas 1 Ibun Sina ini juga adalah kelas Abg Amin lima tahun sebelum ini.
Setelah selesai semua pendaftaran dan mengemas barang, tibalah masa abah, mak, abg Amin & Una bergerak balik.
Walaupun berat hati nak meninggalkan kakak tapi demi masa depan kakak, kami redha.
Nampaknya kakak cepat menyesuaikan diri dengan suasana asrama dan sekolah. Biasanya mula-mula ada homesick tapi lama kelamaan kakak dah dapat mengatasinya.
Selamat belajar kakak. Insha Allah setiap kali ada peluang melawat, mak dan abah akan ambil peluang berjumpa kakak.
SEMOGA KAKAK BEROLEH KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan