Pada 5 hingga 8 Jun 2014 lalu, RIS-FAMILI mengambil kesempatan cuti sekolah pertengahan tahun untuk melancong ke Langkawi. Memandangkan agak jauh juga untuk memandu kereta ke Langkawi, jadi RIS-FAMILI memutuskan untuk mengambil penerbangan bersambung terus dari Kuala Terengganu ke Langkawi. Penerbangan transit di KLIA untuk sambungan.
|
Dalam kapal terbang dari Kuala Terengganu ke KLIA |
|
Amin bersama sepupu semasa menunggu kapal terbang dari KLIA ke Langkawi |
Oh ye. Percutian ini turut disertai oleh Tok, Opah, Mak Nyah, Pak Ngah dan 3 orang sepupu Amin / Humaira. RIS-FAMILI bertemu mereka semasa transit di KLIA untuk sambungan penerbangan ke Langkawi.
|
Mendarat di Lapangan Terbang Langkawi |
|
Keadaan homestay yang disewa |
Mendarat sahaja di Langkawi, pihak homestay telah menunggu untuk membawa kami ke rumah sewa yang akan menjadi rumah kami selama 4 hari 3 malam. Memang selesa homestay ini. Homestay ini adalah rumah teres 2 tingkat lot tepi. Berkonsepkan Inggeris mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
|
Van yang memberikan perkhidmatan semasa percutian |
Penyewaan homestay ini turut disertakan dengan van Nissan Urvan. Memang luas dan selesa dinaiki kerana mempunyai 4 barisan kerusi. Maklumlah percutian ini disertai oleh 11 orang. Lebih menjimatkan dan praktikal dari mengambil 3 kereta berasingan
|
Menunggu kenderaan Duck Tour |
|
Semasa menaiki Duck Tour |
|
Frust sebab tak dapat naik kereta kabel |
Antara lokasi percutian yang dikunjungi adalah Underwater World
(klik sini utk baca), Pantai Cenang, Dataran Lang, Duck Tour. Disebabkan kesesakan yang teruk untuk membeli tiket kereta kabel maka aktiviti kereta kabel tidak dapat disertai semasa percutian kali ini. Maklumlah cuti persekolahan jadi keadaan amat sesak. Amin dan sepupunya frust jugalah sebab tak dapat naik.
|
Destinasi tumpuan - Kompleks Haji Ismail Group |
|
Antara barangan cenderahati dari Langkawi |
|
Kompleks HIG yang ini pun tak ketinggalan untuk disinggahi |
Tak sah kalau ke Langkawi jika tak pergi shopping, memang telah ada dalam jadual untuk 'Shopping Time'. Walaupun begitu, perbelanjaan terkawal dan hanya barang-barang keperluan sahaja yang dibeli antaranya bag kotak, coklat, gamat dan beberapa barang lain.
|
Humaira bersama burung besar |
|
Dataran Lang antara lokasi lawatan |
Bak kata orang, tak lengkap ke Langkawi jika tak singgah ke Dataran Lang, jadi RIS-FAMILI pergi jugalah ke sana walaupun hanya sebentar.
|
Bergambar sebelum meninggalkan homestay |
|
Amin bergambar dengan opah di replika burung lang |
|
Di Lapangan Terbang Langkawi bersama beg asal dan beg tambahan |
|
Menunggu kapal terbang Langkawi - KLIA |
Selepas berada selama 4 hari 3 malam, tibalah masa untuk balik. Perjalanan balik juga menggunakan perkhidmatan penerbangan. Sampai saja di KLIA, RIS-FAMILI mengambil penerbangan sambungan ke Kuala Terenganu manakala Tok, Opah, Mak Nyah, Pak Ngah dan sepupu Amin / Humaira menaiki teksi untuk balik ke rumah mereka.
|
Bergambar semasa sampai di KLIA dari Langkawi |
Memang seronok percutian ini terutamanya Amin dan Humaira kerana dapat bercuti bersama sepupu mereka. Tak puas rasanya dan rasa macam nak pergi lagi.
***********ADVERTISEMENT***********
Tiada ulasan:
Catat Ulasan