(Promo dulu, free je. ETS tak bayar pun. Hehehe) ETS - Perkhidmatan Keretapi Laju di Malaysia antara Kuala Lumpur - Ipoh dan Kuala Lumpur - Seremban. Persinggahan di Stesen dihadkan kepada beberapa stesen dan masa singgah juga dihadkan. Jadi tak perlu tunggu lama kalau nak ke Kuala Lumpur atau sebaliknya.
Sebagai contoh, jika dulu nak ke Kuala Lumpur dari Ipoh mengambil masa lebih 3 jam 40 minit (Sinaran Utara) tapi sekarang 2 jam (ETS Platinum). Penjimatan dalam masa perjalanan tapi dari segi tiket kena up le sikit (sikit ke?). Tapi kekurangan pula kalau dibandingkan dengan menaiki kereta sendiri, perjalanan dengan ETS hanya dari stesen ke stesen je. Kalau nak gerak ke tempat lain kenala naik pengangkutan awam lain pula. Apapun pilihan memang ditangan anda.
Baru-baru ni, RIS-FAMILI (sebenarnya saya sorang je, hehehe) berkesempatan menaiki ETS ni dari Ipoh ke Kuala Lumpur pergi balik. Memandangkan ada hal di Kuala Lumpur semasa balik Ipoh, jadi nak juga merasa naik ETS ni, maklumla kat Terengganu mana ada keretapi penumpang. Bagi RIS-FAMILI, memang berbaloi naik sebab cepat dan keadaan dalam keretapi agak memuaskan (mungkin masih baru dan harap-harap dapat dikekalkan keadaan seperti ini).
Dengan ini RIS-FAMILI nak kongsikan gambar-gambar yang sempat diambil.
Harga Tiket RM30 sehala bagi ETS Platinum. Sekali sekala boleh la.
Keadaan Train dari Luar. Masa naik tak la bersesak-sesak sbb naik train terawal (5.00 pagi)
Keadaan dalam Train. Bersih dan Selesa.
Ada skrin untuk menayangkan kelajuan keretapi dan petunjuk kelajuan hanya akan terpapar bila kelajuan melebihi 95 kmsj. Masa naik hanya dipasang cerita kartun 'Mickey Mouse' je.
Kepada yang nak guna noebook/netbook/telefon canggih, bolehlah guna sambil cas sebab disediakan soket untuk anda cas peralatan eletrik di tepi tempat duduk.
Kalau nak tahu serba sedikit tentang ETS, semak kat website ETS di sini. (Klik lah sini)
***********ADVERTISEMENT***********
4 ulasan:
nanti kalau pindah ipoh, bolehla coba ni.
Kena coba ni. Naik hari tu pun sbb Rizal Azizi bgtahu memang cepat dan selesa. Jumpa dia masa kursus ujung tahun lepas.
lom pernah cobaaa!!!
kalo alya nek, mesti teruja abes!!
nek lrt pn dh gumbira sakan.. =)
@♥Leily|Ummi Alya Husna♥
Kena cobaaa ni Alya sementara masih baru. Kerusi, lantai dan persekitaran masih bau kilang. Hahaha.
Nanti dah buruk kurang teruja pulak.
Catat Ulasan