20 Okt 2011

Happy Birthday | Amin Turns Five (Part 2)

Kalau part 1, birthday di tadika. Part 2 menyambung cerita sebelum jadinya cerita part 1 (klik utk baca part 1).

Begini ceritanya : Dua minggu sebelum birthday, RIS-FAMILI pergi ke kedai kek untuk tempah kek untuk sambut birthday Amin di tadika bersama kawan-kawan sekolah. Bila tengok kek, Amin teruja melihat kek bentuk padang bola (siap dengan tiang gol) dalam peti sejuk tapi memandangkan saiz terlalu besar utk sefamili makan jadi RIS-FAMILI mengambil keputusan utk beli kek yg dah dipotong je. Kek utk birthday hanya akan diambil sehari sebelum birthday.

Dalam diam-diam rupanya mak ada agenda lain untuk Amin memandangkan birthday Amin hanya akan disambut di tadika. Jadi mak ke kedai kek tu semula beberapa hari sebelum birthday Amin dan membeli sebiji kek. (*Saiz kecil je sekadar cukup utk RIS-FAMILI bertiga). Dan seterusnya berlangsungnya sambutan birthday Amin secara mengejut beberapa hari awal dengan gilang-gemilangnya.

Gambar diambil sebagai kenangan. Sebenarnya ada lagi gambar lain diambil termasuk gambar RIS-FAMILI sekeluarga tapi tak jumpa pula masa menulis entri ni. Kalau dah jumpa nanti, bolehlah upload dalam entri ini.
Birthday Boy and Cake
* Kek kecik tapi seminggu pun tak habis makan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails