1 Mac 2021

Husna Syifa Kini Darjah 1


      Setelah tertangguh selama 2 bulan akibat PKP, hari ini (1 Mac 2021) Husna Syifa akhirnya menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Jelapang untuk memulakan langkah sebagai pelajar. Buat permulaan ni Husna diletakkan dalam kelas Transisi 7.

Selama dua bulan sebelum ni, Husna belajar secara online je. Sebenarnya persiapan masuk sekolah dah disediakan sebelum penangguhan permulaan sekolah lagi. Jadi tak la kelam-kabut kali ni beli pakaian dan alat tulis. Yuran dan buku tulis pun dah selesai awal-awal.

Pagi-pagi lagi Husna bangun dan tanya dah boleh mandi dan siap pakai baju sekolah ke. Bersemangat sungguh nak gi sekolah, maklumlah dah lama tertangguh. Sebenarnya Husna bersekolah sesi petang jadi tertangguhlah sebentar hajat nak gi sekolah.

Pukul 12.30 tengahari je terus suruh Husna mandi dan bersiap pakai baju sekolah. Disebabkan hari pertama sekolah bersemuka bermula pukul 2 dan zohor pukul 1.31 ptg, jadi masuk je waktu zohor terus solat dan seterusnya berdesup ke sekolah.

Yang tak syoknya, hanya boleh hantar sampai pintu pagar je sebab pandemik covid19 masih belum reda sepenuhnya.

Tapi Alhamdulillah nampaknya Husna dah bersedia dan steady je jalan masuk ke sekolah dengan cikgu menunjuk arah ke dewan untuk berkumpul.

Semoga Husna cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan  belajar dengan bersungguh-sungguh. Berjaya di dunia dan akhirat.






Tiada ulasan: