30 Apr 2010

Sesungguhnya Saat Yang Terindah Hanyalah Sementara...

Sila baca tajuk entry kali ni macam lagu Erra Fazira.
Salam semua. Entry kali ni sila baca dengan nada bersahaja sebab Ris Famili nak menjadikan entry kali ni entry sempoi. Hopefully jadiklah ia betul- betul sempoi... Last Monday, mak Amin telah ditugaskan untuk menghadiri tugas rasmi kat KL.
Jangan tak tau bloggers ya. Sebenornya mak Amin kecuttt perutt ke KL kali ni.
Semua rasa---> nak terdemam, seram sejuk, pening, nak termuntah pun ada...
Tapi fikir- fikir psikologi je tu, sebab mak Amin kena beri presentation masa tugasan tersebut nanti...

Tapi, bila masuk bilik hotel ni... fuhh... hilang tensen betui. Rasa best, nyaman, ringan dan yang sewaktu dengannya semua ada. Kira not badlah hotel ni. Dan rasa ok gak kena datang KL ni.
Pemandangan meja study ni mengingatkan diriku betapa perlunya study dulu presentation sebelum meeting menjelang tiba. Jangan tersasul , jangan tersasar. Be confident, yeah!
Tapi, TV ni memanglah berhantu. Movies Astro malam tu memanglah best- best belaka.
Dan perasaan best tu memang tak lama. Badan ni kemmbali rasa seram sejuk, rasa menggigil pun ada. Risaunya, H1N1 ke mak Amin nih? Esok nak presentation, tapi diri rasa tak secantik manusia lain, tak confident...

***
***
***
***
***

Gulllp... Beristighfar tengok muka kat cermin... Make sure bloggers semua dah makan ya. Kalau tak, muka mak Amin terkena chicken pox ni terapi baik untuk turunkan selera makan...
Diriku di attack virus chicken pox rupanya!!!
Baru nak menikmati saat- saat indah di hotel.
Betullah---> Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara,
sekarang mak Amin mengalami kegatalan seluruh badan dan demam seram sejuk.
Redha dengan ujian Allah.
Bloogers---> doakan saya cepat sembuh ya!

Info IT (Simple IT) @ RIS-IT (Klik Sini)






Tiada ulasan: