6 Mei 2010

Catatan Masa di Hari Ibu

Kali ni Ris Famili nak bercerita mengenai MASA. Walaupun dikejar, ia tak datang kembali. Walaupun didaki, ia tak mungkin menjelma lagi. Masa, masa. Sesungguhnya demi masa manusia itu dalam kerugian, kecuali yang beriman dan beramal soleh...

Cewah, banyak lak cerita pasal MASA. Pernah tak bloggers rasa tak puas hati tentang masa? Yelah, masa memang sangat penting dan perlu dihargai. Dalam urusan seharian, masa sangat penting dan kritikal. Kita expect orang lain menghargai masa kita dan kita juga perlu menghargai masa orang lain... Macamana tu? Jika berjanji, tepatilah masa! 


Adakah masa seorang menteri lebih berharga daripada masa seorang BAPA? Adakah masa seorang ustaz lebih berharga daripada masa seorang Penagih Dadah? Adakah masa saya begitu berharga berbanding masa bloggers? Ermmm, hakikatnya masa sangat penting bagi semua, tidak mengira usia, pangkat ataupun darjat. 
Salah satu ciri integriti adalah menepati masa. Tapi, mengapa kita tidak dapat mencontohi orang Jepun yang begitu tepat pada masa? Waktu solat yang telah tepat 5 waktu sehari semalam, dapatkah kita menepatinya?


Semua berkata masa mereka sangat begitu penting bangat (cehhh!), bagaimana pula dengan kehidupan? Kehidupan adalah masa dan momen yang perlu dilalui dan masa pula adalah kehidupan. Tetapi, jangan pula kita berkira masa dengan yang berhak, Allah Yang Maha Esa, kepada ibu bapa.... Luangkanlah masa emasmu bersama mereka. Sementara masa masih ada...
(Ibu mertuaku semasa berkunjung ke KT bulan Februari 2010)
Sesungguhnya kehidupan ini terlalu singkat untuk kita mensia- siakan masa... Untuk bonda, walaupun anakanda ini jauh, dan singkat masa bersama, ingatan kami selalu bersama bonda di sana----; Selamat Menyambut Hari Ibu! Buat opahku juga yang banyak berjasa sebagai role ibu ---menjagaku dari kecil sehingga 5 tahun usiaku...
(Gambar ibuku semasa kecil--- tembun tak?)
Dan selalulah sedar--- pengalaman merupakan guru yang terbaik   . Dan satu masa yang pasti akan dilalui oleh manusia adalah KEMATIAN. Sesungguhnya mati itu adalah benar dan pasti.




(Gambar kedua ibu bapaku bersama opah yang telah berumur 80+ tahun kini.
Di atas pangkuannya, arwah abangku yang kembali ke rahmatullah pada tahun lepas, ketika berumur 35 tahun 9 bulan... Al- Fatihah)
Buat bloggers, masa sangat cepat berlalu, jangan lupakan ibu samada jauh ataupun dekat. Sayangi mereka dan selalulah bertanya khabar/ menjenguk mereka sementara ada. Buat yang telah pergi, masih ada cara untuk menghargai ibu. Doakanlah mereka.
SELAMAT HARI IBU... Buat bonda, opah dan ibu mertuaku. Masa akan berlalu, tapi bukan kasih sayang ibu dan restumu... Semoga Allah sentiasa merahmatimu selalu...





Tiada ulasan: